Dah macam-macam aku tengok entri follower aku. Dari cerita bab resepi asparagus, sampailah ke bab cikgu dan PBS, angkut sekali dengan cerita bab cicak, luahan hati dan sebagainya. Macam-macam. Cuma ramai yang aku tengok blog dah berubah-ubah rupa. Ada yang dah macam laman berita, ada yang dah tukar nama, macam-macam. Aku ikutkan sahaja. Apapun, semuanya menarik.
Kali ini aku nak kongsikan sedikit tentang sejenis dadah yang dah banyak budak-budak sedut sekarang ini. Methamphetamine. Ada juga memanggil 'syabu'. Lebih dikenali di kalangan budak-budak sebangsa aku sebagai 'batu' atau 'ice'. Mungkin juga ada nama-nama komersial lain. Bentuk fizikalnya? Macam garam, tapi halus-halus. Macam kaca mentol kena tumbuk halus-halus pun ada.
Kita mulakan dengan harganya dahulu. Kalau peniaga-peniaga kecil-kecilan, mereka biasanya membeli dengan kuantiti yang agak kecil. 1g atau 1 gram di kawasan Ipoh harganya sekitar RM250. Daripada 1 gram ini, ia akan dipaket-paketkan kecil-kecil untuk tujuan perniagaan. 1 gram itu boleh menghasilkan kira-kira 15-20 paket kecil yang berharga RM50. Itu kira harga mengikut piawaian. Untungnya? Anda sendiri boleh kira. Lumayan bukan? Memang mahal. Benda ini juga tak boleh kena air, waima embun sekalipun. Kalau tak, nanti dia melekat-lekat. Macam itulah.
Sasaran dadah jenis ini tak kira orang. Budak sekolah pun ada ambil. Kata pengambil dadah jenis ini, kebiasaannya pelajar-pelajar kolej suka mengambilnya kerana ia akan membuatkan badan tak memerlukan tidur. Selera makan hilang. Boleh tumpu satu buku kira sampai khatam. Paling muda yang aku pernah campur, tingkatan satu. Hebat bukan? Tapi, kata mereka, dadah jenis ini tak gian atau ketagih. Itu kata mereka. Sejauh mana kebenaran untuk bab kehebatan dadah ini, aku tak tahu nak kata. Susah nak cakap.
Cara nak menghisap dadah jenis ini? Tak susah mana. Perlu sedikit kreativiti. Ia menggunakan alat buatan sendiri yang dipanggil dapur. Ada satu bahagian yang selalunya dibuat dari kaca, ini bahagian untuk letak ais tersebut dan dibakar, kemudian terus ke air, dan di bahagian satu lagi, ada tiub untuk sedut asapnya.
Mengenal pasti mereka ini? Agak susah. Tapi boleh periksa barang-barang mereka. Lihat-lihat kalau-kalau ada jenis penyedut minuman Vitagen atau straw yang dipotong serong. Boleh jadi juga batang kapas telinga yang dipotong serong. Gunanya? Untuk ceduk ais tersebut dari paket kecil itu. Lihat juga jenis pemetik api. Kebiasaannya menggunakan pemetik api boleh laras macam jenama Alladdin dan sebagainya, supaya apinya boleh dikawal untuk jadi betul-betul kecil. Dapur, mungkin boleh cari.
Apapun, aku ceritakan semua ini dari pengalaman aku. Sedih aku tengok anak bangsa aku macam dah tak tahu hala tuju hidup. Aku kongsikan ini, supaya kalau ada di kalangan pembaca ini yang mungkin ada anak-anak, atau kawan-kawan, yang dah lain macam, tolong dan tolong dan tolong pantau mereka ini. Aku jadi luluh hati tengok kawan-kawan ada yang terjebak benda-benda macam ini. Zaman sekarang dah tak kira lelaki atau perempuan. Main redah semua benda. Bangang yang bukan-bukan.
Selit-selit: Rasa pelik bila lihat budak-budak perempuan sekarang bukan main bangga sebut nak pergi kelab atau 'club' dengan kawan-kawan. Bukit Bintanglah, Changkatlah, nak minumlah, weed apa bagai. Kalau ya pun jahat, tak payahlah nak bangga dengan kejahatan. Nampak sangat bangangnya.
Selit-selit: Myvi warna biru cantik atau tidak?
