Pertama, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat seseorang kerana telah berjaya mendapatkan sekeping ijazah. Aku tak dapat nak pergi sekali kerana aku tidak berkesempatan di atas beberapa halangan dan faktor-faktor yang tak dapat nak dielakkan. Semoga lebih maju di hari-hari mendatang. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. Begitulah hendaknya. Aku ini tumpang gembira. Nak beri hadiah, tunggulah bila-bila. Hahah. Apapun, tahniah.
Nak cerita lebih-lebih pun, tak tahu sangat nak cakap apa. Aku hanya mampu menggunakan ia sebagai sebab untuk aku senyum hari ini. Badan penat. Ada macam-macam kerja. Tapi tak mengapa. Rasa macam dapat semangat baru. Begitulah keadaan.
Bab lain, aku rasa nak buat contest. Aku tengok macam-macam contest ada orang buat. Nampak macam menarik. Tapi aku kekurangan idea kerana aku tak pernah buat apa-apa contest. Kalau ada idea, amat dihargai.
Satu lagi bab, kawan aku hari ini yang duduk di Selangor, di bawah Majlis Perbandaran Selayang, komplen sebab dapat waran tahanan kerana tak bayar cukai pintu selama 2 tahun. Maka, jumlah termasuk denda, kira-kira RM400. Dia kata kerajaan negeri jahat sebab tak berhati perut dan sebagainya kerana zaman pemerintah dulu, tak bayar pun tak kena apa-apa. Aku senyum sahaja. Bagi aku tidak salah, kerana dah memang salah. Tetapi lumrah manusia, suka pada orang yang tak buat apa-apa bila dia buat salah. Aku tak tahu nak kata apa. Kalian yang membaca, nilailah sendiri.
Itu sahaja untuk aku taip-taip. Niat nak mengutuk, mengata, memperli, berjiwang, berkongsi, tak berapa nak ada hari ini kerana senyum sahaja. Hahah.
Selit-selit: Pernah tak anda rasa pedih hulu hati apabila melihat gambar yang sangat-sangat menyakitkan walaupun tahu ia sudah lama berlalu?