Wednesday, 5 December 2012

Artis, Sekolah Pondok, Akhbar yang Bodoh dan Rezeki..

Maaf tidak mengemaskini blog sehari dua ini. Ada sedikit kesukaran dari segi teknikal dan praktikal. 

Maka, bersempena ramai rakan-rakan blog yang mengimarahkan hari Rabu tanpa kata, aku juga hendak meraikannya dengan banyak kata-kata.

Pada hari Isnin yang lalu, di waktu aku banyak tugasan untuk dilakukan, aku sempat membaca akhbar tabloid Metro. Kebiasaannya aku akan langkau bahagian artis dan dunia hiburan, tetapi pada pagi itu Allah takdirkan aku terselak satu halaman di dalamnya, seraya membuakkan segala naluri dan kesan adrenalin untuk menaip mengenainya.

Apa yang aku baca? Satu hamba Allah yang aku tak tahu namanya, konon-konon tak bersetuju apabila ada seorang artis yang masuk pondok, berhenti kerja. Kemudian isteri kepada artis tersebut minta izin untuk berlakon dan dilarang oleh artis tersebut kerana punca rezeki seperti itu haram. Maka, kata orang yang mengarang dalam akhbar itu, seolah-olah artis itu tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja dan tidak mencari wang untuk anak dan isteri.

Kalau ada di antara kalian mempunyai rakan di akhbar tersebut atau sesiapa yang boleh sampaikan pada penulis tersebut, dengan senang hati, sila sampaikan pada beliau apa yang aku taip.

Ini dari aku pula, penulis itu, pernah masuk pondok atau tidak? Pernah mengaji agama seperti di pondok? Dah mampu nak syarah kitab-kitab? Kalau tak tahu apa, jangan sedap bercakap. Jangan guna logik Yahudi dan Nasrani untuk kehidupan orang Islam. Penulis tersebut, aci kerat jari, kalau aku minta dia senaraikan kitab-kitab tua yang dia dah belajar, aku rasa tak lepas dengan bilangan jari tangan aku.

Pemikiran kita dijajah oleh barat, dijajah oleh Yahudi sejak sekian lama. Mengatakan bahawa, tanpa sijil-sijil, tanpa diploma, tanpa ijazah, maka laluan rezeki akan menjadi amat payah. Apakah rezeki kita datang dari keping-keping kertas itu? Adakah kita sudah hilang kepercayaan kita kepada Tuhan yang memberi rezeki? Berapa ramai yang ada ijazah dan segala kelayakan yang hebat-hebat, masih menganggur dan mengharap kepada duit ibubapa? Tak pernah terfikirkah? Mengapa ada di antara kita yang menjadi begitu bodoh, menaip dan bercakap benda yang seolah-olah mengatakan Tuhan itu akan membiarkan hambanya yang mencari ilmu, lapar dan kebulur? Mengapa ramai di antara kita yang menjadi begitu bangang sebegitu sekali?

Allah kata apa pada hamba-hambanya? Kahwin dan Dia akan beri rezeki. Muhammad suka umatnya ramai. Adakah Muhammad akan biar sahaja umatnya yang ramai anak-anak lapar dan dahaga?

Kita dimomokkan ketika kecil dengan UPSR, PMR dan SPM. Apabila tamat SPM, kita dijuih-juih dengan ideologi mengatakan dengan berbekalkan SPM, payah hendak bergaji besar. Maka, berbondong-bondong menghantar anak untuk diploma dan ijazah; demi mengharapkan gaji RM3000 ke atas. Sedangkan, hutang pelajaran untuk mendapatkan gaji sedemikian rupa dah nampak sangat tak berbaloi. Tak pernah fikirkah kita? Adik aku, dengan SPM 11A, pergi ke pondok. Tak ada kisah dengan diploma atau sijil. Kalau kita yakin dengan Allah, maka apa yang kita nak takutkan dan risaukan dengan dunia?

Entri lepas aku ada cakap, dalam kitab tertulis sebegini. Tanam padi dapat lalang, tanam lalang tak dapat padi. Tak nampak lagikah kita? Lagi nak aku terangkan?

Fikir-fikirlah. Jangan kita taip benda-benda yang bukan-bukan tanpa kita tahu hal sebenar. Cukup-cukuplah menjadi seorang manusia yang tak ada ilmu. Dari mengata orang sebegitu, pergilah menuntut ilmu bersama-samanya.


Selit-selit: Aku tertanya-tanya mengapa kita masih tak nampak Islam itu apa.

Selit-selit: Aku percaya, masih ramai ibubapa yang berpaksikan ideologi orang kafir harbi.


7 comments:

JR said...

Setuju dgn RL. Otak kebanyakan org kita cuma jenis otak yg berpikir dlm kotak belacan atau aruah mak JR kata otak udang. Kalau yg berpikir di luar kotak tak akan mencari kesimpulan mudah bahwa hanya sijil/ijazah penentu masa depan. JR kagum dgn seorang jiran JR, usia awal 20an, dia seorang lepasan tahfiz dan menjadi imam muda surau kami. Dia usahawan berjaya, ada bisnes mantap, kdg2 kelihatan bergaya dgn BMW dan Merc sport nya..Akhirat dijunjung dunia dikendong..seimbang...

Wadi AR said...

serius adik ko 11A spm pegi pondok? bagusnyaa. dua dua ilmu dia dapat

zaty said...

beselah tu. org yg tak blaja kt sane n xtau mcm mne kt sane tak merasa ape yg sbnrnye blaku kt sne. sbb tu dye ikut sdp dye je ckp..

Unknown said...

Romeo... mohon ang jan marah2 sgt.. nanti dikuatiri kena darah tinggi == mohon klw ada sesiapa yg terbaca ni dikalangan kwan2 dia retis dpt disampaikan insyallah perkara baik mesti akan sampai jugak kepada mrk2 yg berkenaan...

Ooh Deo said...

Sedih jgk dgn ideologi sstgh org, menghantar anak ke sekolah pondok apabila anak bebal dan dah xboleh melanjutkan pelajaran ke institusi lebih tinggi. Seolah2 sekolah pondok ini tmpt org yg dh xpandai. Timbul satu stigma pula mengenai sekolah pondok.

Bila lahir tokoh ulama atau ustaz yg kurang cerdik dr sekolah pondok, lg lah macam2 stigma yg timbul.

Rezeki hak Allah.. dan janji Allah benar.. Aku setuju dengan saudara.. Kadang2 mereka yg mempunyai sijil akan mula meninggi diri Dan membeza-bezakan taraf pendidikan, sedangkan ilmu Allah amat cetek..

Unknown said...

adek romeo ni selalu marah2 dalam entry

patutla nmpak tua dr usia

kah3

^mati aku kene siat pasni^

Unknown said...

Setuju sangat!
tAPI nk tya,kalau saya belajar di pondok 1tahun je smasa tingkatan 3 , molek x?pastu masuk sekolah kebangsaan harian biasa masa form4 dan 5 sbb nk ambil SPM..hmmmm.,