Thursday 31 May 2012

Negaraku dan Hidupku..

Beberapa hari lepas, aku pergi menjejakkan kaki ke satu ceramah politik. Sebelum itu, aku ada juga pergi ke satu ceramah politik yang dianjurkan parti lain. Aku tak pegang atau kibar mana-mana bendera, jadi aku pun dengan suka hatinya masuk ke ceramah mereka. Kenapa aku pergi? Dah teringin sangat nak bergiat dalam bidang politik? Tidak. Jawapannya sama sekali tidak. 

Jadi, mengapa aku pergi? Aku pergi kerana aku lihat hidup sekarang terlalu banyak berubah. Aku pergi kepada dua-dua belah pihak untuk aku timbang tara sendiri. Aku ceritakan benda ini sedikit lewat kerana aku berfikir dalam-dalam dengan apa yang aku lihat dan dengar. Lagipun, agama itu sendiri ada politik. Cuma tidaklah disebut dalam bahasa Arab sebagai politik, tetapi siasah. Lebih kuranglah. Bahasa di mana-mana pun ada bezanya sedikit. Sesetengah orang mungkin berpendapat politik dan agama jangan dicampur. Itu bagi orang yang kurang mengaji. Kalau tak, Muhammad tak payah nak sibuk-sibuk berfikir macam mana nak buat perlembagaan Madinah. 

Ok, setakat itu sahaja. Di sebelah mana aku berpihak, walaupun aku terlalu muda dalam perkara sebegini, eloklah aku diamkan. Undi itu rahsia. Antara ketua-ketua kawasan pun ada di kalangan keluarga luar aku juga, dan mereka juga mengatakan bahawa undi itu rahsia walaupun sibuk canang "Undilah parti saya". Dan sesungguhnya aku berdoa agar Malaysia ini berubah. Berubah dari bermacam aspek. Agar boleh aku beli barang dapur untuk emak aku tanpa mengeluh "baru 2 tahun dah naik macam ini". Bagi yang ibubapa kaya raya, hartawan, budiman dan jutawan, mungkin sikit pun tak peduli. Apa-apalah. Sama-sama kita berdoa agar Malaysia menjadi negara yang lebih maju, lebih aman dan lebih makmur.


Selit-selit:

Ya Allah, segala kebesaran dan pujian hanya milikMu,
Yang Maha Berkuasa dan Maha Tinggi,
Kami memohon dari kebesaran dan kekuatanMu,
Berikanlah kemenangan dan kelapangan bagi orang yang berjuang ikhlas di jalanMu,
Semoga Engkau senantiasa bersama mereka, 
Berilah kekuatan kepada mereka,
Ya Allah, satukan hati mereka, pandangan dan pemikiran mereka,
Sekiranya mereka itu bersenjata, Engkau tepatkanlah bidikan mereka,
Gabungkan kekuatan dan hujah-hujah mereka,
Engkau tetapkanlah hati dan pendirian mereka.

Ya Allah, tuhan yang mendirikan langit dan yang menghamparkan bumi,
Kuasailah musuh-musuh mereka,
Pecah-belahkan kesatuan yang memusuhi Islam,
Lemahkan musuh-musuh Islam,
Campakkan ketakutan yang dahsyat dan berterusan di dalam hati mereka,
Sedang nasib kami berada di dalam genggamanMu, kami serahkan segala urusan di tanganMu,

Ya Allah, Tuhan yang mentadbir awan dan hujan,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan kami dan apa yang terjadi, tanpa sesuatu pun terlepas dari pengetahuanMu,
Hanya kepadaMu kami mengadu kesengsaraan kami,
Hanya kepadaMu kami mengadu kesedihan kami,
Hanya kepadaMu wahai tuhan, kami mengadu ketidakadilan dan kezaliman orang-orang yang menindas,
Kami mengadu kekejaman orang-orang yang jahil,
Kami mengadu akan penindasan dan penipuan dari ajen laknatullah,

Ya Allah, tuhan yang menjadikan kami dari satu jiwa,
Sesungguhnya zaman gelap penipuan dan kezaliman telah berpanjangan,
Kebencian dan dendam kesumat golongan orang yang tidak beriman padaMu sangat mendalam,
Dan begitu juga dengan pembelot agamaMu, ya Allah.

Ya Allah, kirimkan bantuan dariMu untuk kami tegakkan keadilan dan kebenaran,
Agar dapat kami hancurkan musuh-musuh kami,
Tumpaskan segala unsur ketidakadilan dan penindasan,
Arahkan kekuatanMu untuk menghancurkan kubu-kubu musuh kami,
Kubu kekuatan yang menjadi pusat segala fasad dan kekufuran,
Engkau lebih mengetahui keadaan mereka yang menyebar luaskan fasad di muka bumiMu,
Sedang mereka pernah membunuh makhlukMu, pernah memijak muka hamba-hambaMu,
Sedang mereka pernah menghina agamaMu,
Dan sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, maka hancurkan mereka.

Ya Allah, kirimkan ke atas mereka angin ribut kaum 'Ad,
Kirimkan ke atas mereka pekikan malaikat kepada kaum Thamud,
Kirimkan ke atas mereka ombak badai kaum Nuh,
Kirimkan ke atas mereka balasanMu yang datang dari langit dan yang keluar dari bumi.

Jadikanlah musuh-musuh kami berada di dalam genggaman kami,
Getarkan hati mereka berterusan bagai angin taufan,
Bebaskan orang-orang kami yang dipasung dan dikurung,
Kuatkan keimanan mereka, berikan hidayahMu pada orang yang tidak menentangMu,
Jadikan rancangan musuh kami sebagai rencana yang menjahanamkan mereka sendiri,

KepadaMu kami memohon, dan kami yakin dengan janji-janjiMu,
Kami yakin akan penerimaanMu dari doa-doa kami,
Dan kataMu semuanya benar sentiasa.




Selit-selit lagi: Jangan salah faham. Anda semua tahu menilai, dan aku percaya pembaca-pembaca blog aku bijak-bijak belaka.



Tuesday 29 May 2012

Emosi dan Wanita, Bagaimana?

Aku terbaca satu berita yang menarik. Aku taip semula secara ringkas untuk memudahkan kalian. Kemudian, baru aku bercerita sedikit.

Russia- Lyalya Tupikova, 45 tahun, sanggup membunuh suaminya, Khalpik, 50 tahun, hanya kerana suaminya lupa untuk mengucapkan selamat ulangtahun kepadanya. Tragedi ngeri itu bermula apabila beliau mengharapkan suaminya akan pulang dengan memberikan sejambak bunga padanya. Namun, beliau hampa kerana suaminya hanya pulang dengan tangan kosong dan tidak mengucapkan apa-apa. Seterusnya, beliau menghidangkan makan malam istimewa buat mereka berdua dengan harapan suaminya akan mengingati tarikh bersejarah itu. Sekali lagi, kehampaan menjadi jawapan. Akibat bosan dengan suaminya yang masih lupa akan saat-saat manis itu, beliau menikam dada suaminya dengan sebilah pisau. Suaminya mati tanpa sempat diberi rawatan lanjut. Beliau menerima hukuman setimpal di atas tindakannya.

Ok. Nampak dahsyatnya dunia? Lelaki itu mungkin lupa kerana bebanan kerja. Mungkin juga lupa kerana mengalami masalah kerja yang cuba disembunyikan. Adakah nyawa itu galang ganti bagi kesalahan lupa itu? Aku tahu bahawa wanita, gadis, perempuan semuanya berjiwa lembut dan perlu dibelai. Tapi berbaloikah mengamuk sedemikian rupa? Dapatkah nak berpatah balik? Kalau satu hari, ada kalian yang terfikir hendak berbuat demikian, adakah kalian berkuasa untuk kembali ke masa lalu untuk membetulkannya? Dah sah-sah tentu tak boleh. Sama juga hal apabila lelaki hendak berjuang demi seorang perempuan, tetapi nampak seperti menyebelahi ibunya yang tak sukakan perempuan itu. Sebabnya mudah, dia nakkan perempuan itu, tapi tak mahu mengeruhkan lagi suasana dengan ibunya sendiri. Tak guna nak tunjuk hebat depan perempuan, konon nak menegakkan cinta, sampai yang lain hancur jahanam. Lelaki akalnya lebih. Lelaki tahu apa perlu dibuat. Itu sebab antara budak lelaki dengan perempuan tua, yang lagi layak jadi imam ialah budak.

Mungkin ada di antara kalian rasa keliru. Apa kaitannya berita tersebut? Berita itu ialah contoh kepada dahsyatnya emosi wanita. Dan kerana itu, kita sebagai manusia, tak kira lelaki atau perempuan, harus sahaja berjaga-jaga dengannya.

Semua masalah, tak kira kecil atau besar, dah tentu ada jalan penyelesaian. Hidup tak pernah ada 'game over'. Antara kita mempunyai keyakinan atau tidak. Setakat jatuh sekali, kita langsung tak mahu bangun balik? Atau mungkin juga sebab terlalu lama berada di puncak, sampai lupa cara nak mendaki? Fikir-fikirkan.

Hati itu harus banyak bersabar. Akal yang mengawal, bukan perasaan.




Selit-selit: "Dan kami pastinya akan menguji kamu dengan sesuatu dari ketakutan dan kelaparan, dan kerugian harta, dan jiwa dan buah-buahan, tetapi berita gembira untuk orang-orang yang sabar." Baqarah ayat 155.

Selit-selit lagi: Telefon bimbit aku berada di kedai. Rosak kena air teh sarapan pagi. Nasib baik ada jaminan.  Esok hari siap katanya. Ujian itu datang bertimpa-timpa. Bukan untuk menyusahkan, tetapi kerana tuhan itu hendak mendengar kita berdoa padanya.

Monday 28 May 2012

Tembakau, Pengalaman dan Ceritanya..

Pertama, aku mohon maaf kerana ada entri yang aku padam atas masalah teknikal. Penutupan buat sementara waktu yang terjadi tanpa notis adalah dibuat untuk betulkan Google+. 

Sebelum aku lanjutkan pada apa aku nak cerita, izinkan aku ucap tahniah pada jenis wanita separuh umur yang berjaya tunjuk pandai dengan meletakkan entri tentang jenis istilah yang berkenaan tentang sifat lelaki yang menganggap bahawa lelaki selalu berada di atas. Siap tampal tajuk 'fakta bukan auta'. Pada orang yang tahu siapa beliau, boleh tengok blog perempuan yang cukup layak dipanggil makcik ini. Aku sangkakan taip sendiri, paling tidak ambil dari buku, tapi nyatanya sangkaan aku meleset. Dari wikipedia dia rembat. Ilmiah apa benda. Ambil degree, tapi 'fakta' dari wikipedia? Eloklah. Nampak sangat jenis Melayu cakap macam bagus. Patutlah Melayu susah nak bangun. Wikipedia pun dah siap beritahu tahap 'reliability' benda tersebut tidak dijamin. Kalau dah sah salah, perbaikilah. Orang muda tegur, nak melenting. Apa punya akal. Ok. Setakat itu sahaja.

Jadi, mari aku bawa pula kepada cerita yang aku nak sampaikan. Rata-rata rakyat Malaysia tahu apa itu tembakau. Produk tembakau dah sah ada macam-macam. Ini yang aku nak cerita. Macam aku, masih lagi dalam proses berhenti merokok. Guna gula-gula getah yang doktor bagi. Memang berkesan. Aku pun ada kekurangan juga. Baik, di Malaysia, rata-rata kita tengok orang merokok macam yang biasa kita lihat. Yang tradisional sikit, guna daun. Paling tidak, pakai paip. Itu kebiasaan. Aku pun begitu juga. Pernah guna paip waktu aku belajar sekejap di ABM dulu. 

Tapi aku pernah jumpa yang guna tembakau cara yang lain dan bagi aku, jauh lebih merbahaya. Pertama, aku berkawan dengan 'Pump Man' waktu atas kapal dulu. Dia dari India, bahagian utara sikit dari Chennai. Cara dia lepas gian, ambil tembakau jenis halus, campur sedikit dengan kapur, gentel secukup rasa, tepuk-tepuk sikit bagi lebihan kapur keluar, kemudian letak antara gigi bawah dengan bibir. Disebabkan aku cukup suka mencuba (lagipun bukan dadah), aku buat dan letak macam dia buat. Akibatnya, rasa pedas tahap menghakis dan aku basuh terus. Kalau dah nama kapur, memang rasa tahap nak meleleh airmata. Merah menyala gusi aku jadinya. Mungkin akan ada yang kata aku bodoh sebab cuba. Lantaklah.

Kedua, tahap dahsyat punya. Ini aku jumpa waktu aku di Cabinda, Angola. Tembakaunya jenis serbuk hitam macam belerang peluru. Diletak atas tapak tangan sedikit, dikaut dengan atas kuku jari telunjuk tangan satu lagi. Terus disedut dengan hidung. Diulang lagi sekali ke hidung satu lagi. Memang tergamam aku tengok mula-mula. Aku tak berani cuba sebab aku rasa benda macam itu boleh buat paru-paru aku hancur terus. Jadi, aku sekadar melihat. Pengalaman macam ini, sah-sah susah nak cari. Setakat tengok dalam wikipedia, budak tadika boleh tolong cari. Apapun, benda yang aku sangat-sangat ingat waktu di Angola, aku beli Pau Cabinda, atau Kayu Cabinda. Aku jual dekat kawan aku bila aku sampai di Malaysia. Gunanya, eloklah anda cari sendiri.

Memang rata-ratanya kita lihat produk tembakau digunakan oleh lelaki. Bukan kerana lelaki itu bodoh, tetapi kerana mencari tempat dan ruang yang sesuai untuk melegakan. Kalau nak kata tembakau boleh membunuh apa semua, gincu yang orang perempuan palit ke bibir itu pun sama bahaya juga. Terpulang pada yang menilai. Yang pasti, ia tak elok untuk kesihatan. Pada yang masih merokok, mari kita sama-sama berhenti. Lagipun bendanya dah difatwakan haram.

Setakat itu sahaja entri aku kali ini. Nasihat aku, dalam dunia ini, manusia tak lepas dari silap. Kalau dah silap, elok mengaku. Perbaiki diri dan jadi warganegara yang lebih berdisiplin. Pengalaman tak dilihat dari umur sahaja. Faktor lain juga diambil kira. Moga kita sama-sama menuju ke arah yang lebih baik.

Wednesday 23 May 2012

Senyuman dan Kehidupan..

Senyum. Apa yang kita akan fikirkan apabila melihat seseorang itu senyum? Tak kiralah senyum bersebab atau tidak. Kalau senyum bersebab, mungkin rata-rata akan kata biasa. Tapi kalau senyum tak bersebab, mungkin akan kata orang itu kurang siuman dan sebagainya.

Kedua-dua pendapat itu adalah salah. Senyuman bagi kita adalah perkara biasa. Biasa kerana kita lupa senyum itu ialah ibadah. Cuba kalau kita senyum dekat awek-awek yang kita jumpa waktu jalan kaki, dah sah dia tengok kita macam kita nak pikat dia. Siap dalam hati dia kata "aku bukan main lawa, mamat macam ni nak senyum-senyum. Ceh!". Walhal muka dia kalau banding dengan kucing, tak banyak beza pun. Tak kisahlah. Tengok pula pada makcik-makcik, kalau kita senyum, dia akan kata kita nak ambil hati dia sebab dia ada berdozen anak dara yang lawa-lawa. Lantaklah. Rata-ratanya, kaum lelaki memang suka senyum.

Kenapa senyum? Ada apa dengan senyuman?

Senyum itu bukan perkara biasa. Ia adalah ibadah. Kita sering lupa tentang itu. Tak perlu banyak sebab untuk kita senyum. Malah, ia membantu diri kita. Kita senyum, 'mood' pun akan jadi baik. Orang akan senyum juga bila lihat kita senyum. Kita bangun pagi dengan senyuman, dah buat kita nampak lagi manis. Ini tidak, kita bangun dengan 'mood swing', lepas itu kita mula marah-marah. Akibatnya, kesihatan terganggu, kita pun dah hampir sama macam orang tak berapa nak ada akal.

Tentang senyum ini, aku teringat satu kisah waktu Ka'ab Bin Malik tak hadir perang. Aku tak ingat dari perang mana, tapi pada hari dipanggil semua pesalah perang, mengadaplah Ka'ab kepada Nabi Muhammad. Apa jenis reaksi muka yang Ka'ab dapat? Kesalahan yang dibuatnya bukan sikit, tapi Muhammad terima kehadirannya dengan senyuman. Memang bukan senyuman menawan, cuma senyum kecut. Tapi masih dengan senyuman. Kenapa? Kerana senyuman itu membuatkan hati yang panas jadi sejuk, membuatkan akal dan minda berfikir dengan lebih kreatif dan cergas.

Dah nampak kenapa perlu senyum? Ini aku tujukan khas juga untuk orang-orang yang selalu nak masam muka tak tentu hala. Cuba senyum-senyum selalu. Tak payah nak ego sangat sampai muka nampak tak berseri langsung. Kalau ada yang tahu siapa itu Abu Darda', boleh cari kisahnya tentang senyuman beliau.

Lelaki secara umumnya memang selalu tersenyum. Perempuan? Aku rasa bolehlah dikira-kira dengan jari. Jadi perbanyakkan senyum. Dikatakan oleh para sahabat Muhammad, apabila dia senyum, seolah-olah ada matahari dan bulan mengelilingi dirinya. Jadi, bayangkan indahnya bila kita senyum.

Senyuman itu menyerikan hidup. Membuatkan kesempitan menjadi luas. Membuatkan hidup menjadi ceria.

Senyuman tak pernah merendahkan maruah kita. Senyuman tak pernah menjatuhkan diri kita.

Maka, hiduplah dengan senyuman. Senyum pada keluarga. Senyum pada teman. Senyum pada kawan-kawan. Senyum pada orang sekeliling. Senyum pada orang muda dan orang tua. Dan, senyum tak perlu kata apa-apa...


P/S: Aku tak boleh letak gambar aku senyum terang-terang. Nanti ramai ajak aku kahwin. Hahah..



Selit-selit: Rasulullah pernah berkata, bahawa akan muncul selepas dari aku para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang masuk di kalangan mereka, dan membenarkan pembohongan mereka, dan membantu kezaliman mereka, maka dia bukanlah dari kalangan aku dan aku bukanlah dari kalangannya, dan dia tidak akan dapat mendatangi telaga di syurga. Begitulah maksudnya. Au kama qala. (atau seperti yang dikatakan). Aku tak habis mengaji lagi.

Monday 21 May 2012

Danger of Beauty Products..


Okay, it have been long times I didn't write about anything, as I am a bit busy these days. So, now I'm back. Deliver something to all of you which might be important to all of us. For this time, I wrote in English. Okay, enough with mumbling around. Just read.

Have you ever seen women in late 50’s or 60’s which deserve to be called as auntie by my mother, cake on make up just like they are still in early 20’s? And the way we look at such panorama differ from one another. For some of us who been infected with the ‘ideology of beauty products’ things will most likely say something like this, “that is normal, everyone deserve to be beautiful”.

However, for those have a clean mind, and live with some knowledge in their head would likely say something like this, “she is trying to make a real soundless suicide”.

Everyone, I deliver something that we faced every single day, the dangers of beauty products. Generally, beauty products cover a wide area of skin care, self care products and so on. It includes the very basic things such as talcum powder, whitening cream, lipsticks, shower soap, shampoo and etc. Beauty products are around us, almost everywhere, in your bedroom, bathroom, or even in your bag. And this topic is not focusing on girls, but for guys too unless you guys never use a soap when you take a bath.
This picture doesn't have any relation to this topic
There are 3 main points I want to talk about the dangers of beauty products. First, it exposed dangers to our health. There are a lot of beauty products that contributes to cancer diseases. For an example, whitening creams. It simply told you that the cream can give you 50 times more Vitamin C in order to make your skin becomes fair and white. Yes, it does make your skin fair, but does it make you even prettier? Maybe it makes you prettier, and maybe not. The only sure thing that they deliver without you ever realize is, that 50 times more vitamin C actually slowed down your pigmentation. And as your pigmentation slowed down to a low level, your skin lost its shield. Your skin is exposed to the sunlight and you are in a high risk of getting skin cancer. Why in the world our Creator never gives us such a lot of vitamins? That is because He knew that it is not suitable for human anatomy. Don’t simply believe to commercial on your TV screen because business never tells you the truth.

Second thing is the danger to our loved environment. I’m pretty sure most of you have basic in chemistry. Most of the beauty products use chemical instead of natural things. For an instance, there are a lot of beauty products that contains MEA or DEA or TEA. These things are ammonia compounds. Basically, it is used as foaming agents, or used to adjust the level of PH of certain cosmetic products. The effects are, as you wash it, it goes together with the water and it go directly to our environment. Same goes to other chemicals like Parabens. Almost every conditioner shampoo has it. It is ubiquitous in skin care. It is used to extend the product shelf life. It is dangerous as this thing disrupting our hormones. Moreover, it is dangerous to other human being as it can make your skin dried, or allergic reactions after exposed for too long. I did ask an officer who sail on chemical tankers. The people on ships who carried this kind of chemicals onboard, having their body fully covered, having some mask on when they have to work on with this kind of chemicals. And can you imagine, we are not covered, and we even put it directly to our body.

Last point is the danger of the beauty products to our social and economy. I did read an article discussing about this. Some people judge others through which cosmetics product that they used. That is one thing. the other thing that might concern you is what would you say when you look to an old lady dying her hair with some futuristic color? Does it show a good example to the people? Of course it doesn’t. The beauty products are killing the natural beauty of a human. It is not pretty to put your hair in green color because there is no single human been born in green color hair. It makes our social life becomes more complicated. The disciplines of students become hard to be straightened up because they want to be like what they see in the beauty products’ commercials. It is self explains.

As a conclusion, be who we are, because all of us are beautiful. The natures know what is good for us, so after this, start watching ‘Backyard Meds’ as they will show you how to produce chemical-free cosmetics. And be careful in what you use to make you prettier. Look beautiful and be safe.

P/S: Most beautiful girl that I have ever met, Cik Ikin.