Pada entri lepas, aku beritahu sedikit sebanyak tentang adab, sunnah dan akhlak yang berkaitan dengan kenderaan. Kali ini aku pergi pula ke satu bahagian yang ada sebahagian perempuan tak tahu dan ada sebahagiannya memang suka langgar perintah Allah. Adapun, entri kali ini secara amnya ditujukan kepada semua muslim, khususnya kepada manusia bergelar wanita.
Adapun kali ini aku hendak kongsikan sedikit sebanyak tentang rambut perempuan. Ada banyak benda yang ada perlu kita lihat, dan perlu kita aplikasikan.
Pertama, adapun telah kita sedia maklum bahawa rambut itu adalah aurat perempuan. Beza aurat bagi tiap-tiap kategori, adalah telah sedia maklum jua yakni aurat solat dan aurat ru'yah. Aurat itu adalah perkataan yang diambil dari asal perkataan 'aar, yang bermaksud perkara yang aib atau memalukan. Adapun, terlalu banyak yang kita lihat sekarang, wanita muslim dah tak tahu malu. Susah nak cerita lebih-lebih, nanti banyak pula yang keluar nas, mengalahkan dia dah mengaji 40 kitab.
Kita melangkah pula ke bahagian lain, iaitu hukum memotong rambut di kedai atau salun bukan Islam. Adapun bahagian ini ada yang berpendapat harus, namun majoriti fuqaha memberi pandangan haram menggunting rambut di kedai atau salun bukan Islam. Kalau ada di antara kalian yang dah buat, terpulang pada anda. Elok pula yang menggunting rambut itu berlainan jantina. Apapun, sediakan diri anda untuk akhirat. Nanti ada pula yang kata, "eh, takkan gunting rambut pun susah sangat?". Sebenarnya tak susah, tapi anda yang menyusahkan diri sendiri. Agak rasa diri anda lagi hebat dari ulama, silakan buat apa yang anda suka.
Kemudian, kita lihat pula pada hukum penjagaan rambut. Adapun penjagaan rambut ini juga ada hukum. Pertama, rambut itu hendaklah dimuliakan. Ini sabit sekali dengan hadis nabi. Adapun, ada juga hadis yang mengatakan nabi melarang wanita menyikat rambut terlalu kerap. Kedua, dilarang mencukur rambut. Adapun sekarang boleh kita lihat wanita-wanita yang mengatakan diri mereka 'moden', banyak yang mencukur rambut. Siap ada corak-corak lagi. Nanti api neraka punya corak lagi hebat. Tunggulah. Ketiga, dilarang menyambung rambut. Ini anda boleh rujuk pada asatizah atau alim ulama kerana bab ini agak luas hukumnya. Terakhir, dilarang untuk mewarnakan rambut sama ada untuk menutup warna asli atau warna uban. Adapun bab ini nabi ada beritahu dalam suatu hadis, bahawa warnakan uban itu hendaklah dijauhi dari warna hitam.
Kita maju lagi dua tiga tapak ke hadapan. Adapun ini adalah berkaitan dengan hukum mengikat rambut ketika mandi hadas(junub). Adalah dibolehkan mengikat rambut ketika mandi hadas kerana hal ini pernah ditanyakan oleh Ummu Salamah. Adapun, hendaklah disiram 3 kali siraman dan ratakan air pada anggota yang lain. Tetapi jika mandi kerana haid, adalah baik untuk menguraikan rambut. Nak tahu lebih terperinci, boleh rujuk kitab.
Sekarang, ada satu lagi bab yang payah orang Islam nak faham sekarang. Tidak halal bagi wanita memotong rambutnya sehingga menyerupai lelaki. Kata ulama, ia termasuk dalam salah satu dosa besar. Ini tetap dosa besar sekalipun potong pendek tapi pakai tudung. Namun, sekiranya dipendekkan tak menyerupai lelaki, hukumnya ialah harus.
Walaubagaimanapun, ada banyak bab tentang rambut wanita Islam. Ada di antaranya ikut betul dan lurus dengan ajaran dan perintah Allah. Tapi majoritinya tak reti bahasa bahawa api neraka itu bukan macam api lighter. Ikutlah ajaran Allah dan Rasul. Tak susah mana. Buang duit pergi buat rambut di salun, berjam-jam tak ada masalah, tapi bila minta pakai tudung, seribu satu alasan diberi.
Mari aku nak ingatkan sikit, bahawa Nabi berkata pada anaknya Fatimah, "Wahai anakku Fatimah. Perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya sehingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah dari golongan yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahram". Cuba tanya pada diri sendiri, dah hebat sangatkah anda nak biar rambut jadi tatapan? Dah hebat sangatkah anda nak melawan dan membidas orang yang minta anda tutup rambut anda? Ingat, azab tuhan itu pedih. Kita sekadar mambaca, mungkin kurang takut. Cuba sesekali minta pada Allah, lihatkan suasana neraka dalam mimpi. Biar melekat terus dalam ingatan.
Aku nak ingatkan pada semua pembaca. Sijil UPSR, PMR, SPM, sijil-sijil setaraf, Diploma, Ijazah, Sarjana, atau apa-apa sekalipun, tak akan jadi peneman waktu dalam kubur dan akhirat. Fikir guna akal, bukan guna perasaan.
Ingat! Pada manusia anda boleh tipu, anda boleh ugut-ugut, boleh anda main-main. Tapi dengan Allah dan Rasul, tak payahlah nak cari pasal.
9 comments:
Sekrg ramai org duk sambung2 rambut kan? Hari ni pedek, esok dah panjang -,- Nice entry. Reminds me, thank you.
harap2 dgn gmbr kartun tu pun sudah cukup mengingatkan mereka
Nurulee: Orang perempuan jenis macam itu, nak tunjuk gengster dengan tuhan.
Rizal: Aku percaya hanya 1% dari yang tengok gambar itu akan berubah. Selebihnya, memang saja-saja tempah tiket masuk neraka.
oo.. br tau pasal larangan kerap menyikat rambut tu. byk la skrg trend cukur rambut corak2 tu. Nauzubillah.
Kak Na: Larangan untuk kerap sikat rambut saya tak pasti kenapa. Bab ini saya mengaji pada permukaan sahaja. Lanjutnya, boleh tanya pada orang yang lebih faham. Bab cukur corak-corak tu, kalau dapat kepala jenis gitu, kita kikis dengan kertas pasir. Baru nak rasa. Hahah.
mane kau menGHILANG DOEE . LAME kau x hapdate . nak gado pon ssh . HAHAHA .
haha cakap pasal rambut ni . dulu aku memang suka gile rambut pendek , haha
AS: Aku ada banyak kerja kena buat. Sibuk. Heheh. Lepas ni, jangan pendek sampai macam lelaki. Nanti susah nak jawab bila mati.
replica bags in dubai fake hermes s3j18o9g53 7a replica bags philippines replica bags on amazon view publisher site b3t43t0m76 7a replica bags view publisher site x2g58x5f88 7a replica bags wholesale replica bags china k0p68f8e49
like it q5y18e5u77 louis vuitton replica handbags replica bags sydney replica bags from korea click here to read q8a61z3d95 replica bags in dubai replica bags seoul replica gucci handbags a4m86s6k41 replica bags turkey
Post a Comment