Aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah di atas pemergian dua anggota 69 PDRM. Jasa mempertahankan negara, tiada harganya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Aku berharap kita dapat bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan anggota-anggota keselamatan negara Malaysia.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, Engkau tetapkanlah keamanan ke atas negara Malaysia.
Engkau tetapkanlah agar pertelingkahan ini dapat diselesaikan dengan aman.
Namun ya Allah,
Sekiranya telah Engkau tetapkan pertumpahan darah sebagai titiknya,
Engkau tepatkanlah bidikan senjata-senjata anggota keselamatan Malaysia.
Engkau berikanlah ketenangan di hati mereka yang berada di tengah kekacauan.
Engkau limpahkanlah rahmatMu agar tetap keimanan dan ketaqwaan mereka kepadaMu.
Ya Allah,
Engkau campakkanlah ketakutan ke dalam hati-hati musuh kami.
Engkau kacau-bilaukanlah persatuan mereka.
Engkau lumpuhkanlah senjata-senjata mereka.
Hancurkanlah mereka bagai debu-debu pasir.
Sesungguhnya hanya Engkau tempat kami berlindung.
Engkaulah yang berkuasa meninggikan darjat dan Engkau jualah yang berhak menjatuhkannya.
Menangkanlah negara Malaysia.
Menangkanlah kami.
Amin Ya Rabb.
Selit-selit: Di tengah kekecohan ini, aku dapat berita juga bahawa bekas perdana menteri dapat Master Foreign Going yang mana membawa gelaran Captain. Terkejut juga aku kerana aku difahamkan bukan anugerah kehormat. Lantas, bertanya salah seorang rakan kepada aku, "agak-agak kalau aku suruh dia baca draught, dia tahu tak?" Aku tak tahu nak jawab apa.
6 comments:
aminnn
Barulah entri yang tak berbau penghinan....
Bekas PM kita yg mana yg dpt kepten tu? Hebat tu...lepas ni bolehlah dia cuba pandu feri Pulau Pinang....
Jay Ar... kamu ni... manusia pendengki.........
amen.
aku tak tahu nak 'reach' kau pakai apa sekarang, cuma aku tgh harap yang kau masih hidup. Sebab aku nak tuntut janji entry kau manaaaaa… dah lebih setahun dah ni RL.
cikya
Post a Comment