Monday, 3 June 2013

Lelaki, Gadis, Pengkid dan Cinta. Hahahah.


2 June 2013, 0415hrs LT, UTC -6. Sedang minum sambil menaip di anjungan.

Aku tak banyak buat apa-apa. Kapal dah siap sangkut dekat luar pelabuhan tunggu arahan masuk. Kira-kira 10 hari juga kalau diikut dari mesej yang sampai. Begitulah. Tak ada kerja apa-apa. Bila kapal tak jalan, macam biasa, kerja-kerja di geladak menanti. Bot keselamatan (life boat) nak kena cuci sikit sebab baru lepas tukar wayar. Tempoh hari dah siap cat kerangka untuk rakit keselamatan (life-raft) setelah 2 bulan ditinggalkan oleh Pegawai Ketiga Tarmizee. Begitulah. Nama sahaja pegawai, tapi tak ada pejabat. Kerja tak terbatas hanya dengan menghadap kertas dan pen sahaja. Pegawai Pertama aku, baju kerjanya jauh lebih kotor sebab turun naik tangki. Ada paip berlubang. Macam itulah payahnya nak cari rezeki. Tak ada 'scene' ala-ala filem Titanic.

Baru selesai aku baca sepenuhnya (kira setakat ini penuhlah sebab tak habis) novel jenis sambung-sambung dari blog Cik Aimi Syafiqah. Cerita bab orang bercinta lepas nikah. Tak ada apa yang menarik sangat. Plot dan jalan cerita hampir sama macam cerita Melayu yang lain.Cuma bila cerita bab kahwin, biasalah, buat aku melayang-layang sikit. Hahah. Cerita kahwin chorrr... Apapun, aku tetap menanti kesudahannya. Nak dipikat tuan punya blog, aku tengok cermin, renung muka sendiri, terus aku batalkan hasrat. Hahah. Muka dah hampir sama macam penyangak Somalia, nak pikat gadis-gadis. Rentikan le chor.. Hahah.

Cukup bab seronok-seronok. Aku nak kongsi-kongsi sikit bab benda pelik-pelik yang aku tengok dekat Malaysia sehari dua ini, bersumberkan akhbar online. Tak kiralah Harakah ke, Berita Harian ke, semua aku baca. Maka, bab satu budak pengkid melarikan anak gadis menarik perhatian aku. Bak kata orang, 'catching eyes' gitu..

Dulu, aku tengok fenomena "gadis cun berboiprenkan jantan muka backhoe" & "lelaki kacak dan bergaya bergeprenkan gadis muka ada angkat sikit dari getah abang posmen". Sekarang, dah ada pengkid pula main kacau 'line'. Lagi sadis. Hahah. Tidaklah di sini aku menghina rupa manusia itu. Semuanya sempurna, semuanya cantik di mata Tuhan. Dan kita sebagai manusia, selalu sahaja membezakan kecantikan itu dari segi lapisan kulit mati itu. Aku juga kadang-kadang membezakan juga, sebab aku tak sempurna mana. Yalah, orang boleh kata pilih pasangan dari hati, bukan ikut cantik. Tapi, dah kalau tengok muka pun rasa geli anak tekak, manakan pula aku nak sekatil nanti. Ye tak?

Pilih ikut hati. Maka, banyaklah jantan-jantan berakal cerdik dan bijak memilih perempuan tak berapa nak lawa dan seksi sebagai teman hidup. Mengapa? Alasannya mudah, kerana tak perlu kos yang tinggi dan selalunya gadis jenis ini tak banyak kerenah. Kemahiran masak, lipat baju dan kemas rumah serta jaga suami, selalunya menang dengan gadis begini. Jantan-jantan yang bijak ini tahu bahawa "biarlah tidak cantik di mata orang, tetapi di akhirat nanti dia yang paling cantik untuk aku".

Bagaimana dengan gadis-gadis bukan main lawa dan 'panas'? Bukanlah lelaki-lelaki bijak ini tak nak, tetapi mereka gusar dan bimbang. Apatah lagi, kalau jenis dengan semua lelaki dia main sedap berkawan di laman sosial dan tayang muka bukan main senyum lagi. Mau tak risau chor.. Silap-silap pelik-pelik benda jadinya nanti. Itu belum masuk lagi dengan kos Gucci, Chanel, Tissot, dan entah apa-apa jenama-jenama mahal lagi yang memungkinkan bakal suami terus ke kubur akibat sakit jantung. Dan aku boleh katakan, yang mengejar perempuan lawa ini, tak banyak yang nak buat jadi isteri. Sekadar main-main. Akhirnya, jadilah ibarat kata orang, itik tak sudu, ayam tak patuk.

Namun bukanlah aku kata semuanya begitu. Ada juga pasangan yang sama cantik dan segak. Itu tak jadi masalah. Dan itu mungkin sahaja rahmat Tuhan kerana menemukan mereka atas landasan agama. Kadang yang pakai purdah ini boleh tahan juga bikin leleh. Jangan dipandang sebelah mata. Begitulah sedikit sebanyak.

Pengkid? Ini yang paling susah nak cakap. Tak tahu nak ungkap ikut hujung pangkal mana. Sama-sama perempuan. Kalau soket elektrik, kita hentam coupling female-female dah sah takkan ada arus. Faham-fahamlah maksud aku. Dah sah tak boleh kahwin. Nak ada anak? Belum pernah lagi aku jumpa manusia boleh hasilkan bayi tanpa ada sperma. Kalau dikata "cinta kami tidak mengenal jantina", maka bangang adalah perkataan yang paling sesuai. Aku nak tengok sangat bila masing-masing dah berusia, cucu nak panggil dua-dua sebagai nenek. Yang pengkid itu, bila dah tua, dah sah susah nak berseluar, maka aku nak tengok bagaimana dia gulung kain pelikat. Hahah.

Cinta sesama manusia. Hanyalah satu perkataan. Buktinya hampir atau lansung sahaja tiada. Perkahwinan bukanlah bukti kerana ada yang kahwin bukan kerana cinta. Bagi aku ia cuma satu perkataan. Satu perkara yang hanya boleh diucap tanpa boleh dihurai. Tidak ada formula atau susun rungkai molekul. Tidak ada satu pun definisi yang tepat. Begitulah. Lain sangat dengan cinta pada Allah dan pesuruhNya, kerana ia memang hakiki. Dia pencipta. Dia yang mengatur segalanya. Maka, sah tentu kita cinta padaNya. Wajib mencintaiNya.

Kesimpulannya, cinta sesama manusia ini harus sahaja kita telitikan semula. Samada ia benar atau ilusi. Samada ia membawa kita ke jalan yang benar atau terus sahaja menghumban kita. Ada akal, fikir dengan sebaiknya. Jangan hingga tersalah langkah, kerana ia cukup-cukup sahaja boleh membawa padah.



Selit-selit: Jadi yang macam mana harus aku cari? Yang cantikkah? Atau yang comelkah? Atau yang jenis riangkah? Atau yang tahu nak bertadabbur di malam hari tanpa disuruh?


10 comments:

Unknown said...

Hahah. Muka dah hampir sama macam penyangak Somalia, nak pikat gadis-gadis. Rentikan le chor.. Hahah. (nak merendah diri letuw... ekekek) jan la mcm tu, ok jer muka adik romeo laut ni encem gitu.. manis lagi hahahha) bila lagi nak mai umah akak weh...

Wadi AR said...

jangan memilih. dah dapat tu sambar aje

Unknown said...

Jodoh tu rasie..
Jadi aku tunggu ko naik pelamin je chorrr....

JR said...

Semua org ada sejarahnya. Tak perlu memilih yg sempurna jika menyedari kita juga tak sempurna...

Cikya said...

hahaha.. lucu seh baca. dan berisi :)

pengkid? chorr terancam dengan pengkid? haha.. sedih kan awek comel sangkut ngan pengkid. tapi tu maknanya depa tak cukup akal untuk terima makhluk yg normal.
atau ada yg spesis fobia dgn jantan? guwa kompius.

Err, pasai chenta lepas nikah kalau hat baca novel mmg diawangan. ilusi belaka tuh. mana larat nak romantika de amor hari hari kan? kering idea mengayat.

Oh, cari yg pandai masak, setia dan beragama wa cerdik la Eddie. insyaAllah aman dunia.

dan nikah awal belum tentu best.
tu ayat akak guwa

Unknown said...

Hemboihh :)
Takde maknenya somaliaa oi ;)

*Tp memang novel tu semua angan-angan. Hidup mana ade se perfect cerita yang dikarang manusia :)

Unknown said...

bersarang dah blog

yanmaneee said...

louboutin
valentino shoes
cheap jordans
ferragamo belt
air jordan
cheap nfl jerseys
michael jordan shoes
yeezy
adidas stan smith shoes
longchamp

mctese said...

r1z96j2t59 m8o36b1l47 w5e03c5g49 u7o93n3r19 t9s27m6s44 e1q03e3l73

sought said...

o2d48t3m56 t5x13t7u19 q1p75z1o32 p9p30g8y41 w6j71t0l27 r8h42m9o29