Wednesday 5 June 2013

Quran Itu Tidak Berubah? Persoalannya?


4 June 2013. 2209 LT. UTC -6. Delaware Outer Anchorage, in proximity of 'D' buoy. Menaip sambil minum teh halia yang dibancuh kadet. 


Rajin pula aku menaip. Heh. Bukan apa, sebab waktu malam boleh tidur nyenyak. Orang asyik fikir nak kahwin memang macam ini. Hahah. Apapun, hari ini kita buka satu topik baru, yakni adakah betul Al Quran itu tidak berubah dari awal turunnya sehingga sekarang?

Jawapan yang pasti ialah; Quran tidak pernah berubah dan takkan berubah. 

Jadi dari mana datangnya persoalan ini? Ini datangnya dari beberapa orang yang sedikit mengalami kekeliruan apabila melihat Quran dari jenis tulisan lain. Apa maksud tulisan lain?

Sebelum itu, aku terangkan sedikit. Quran yang dibaca di Malaysia dan majoriti di dunia ini adalah jenis bacaan Hafs. Quran ada beberapa cara pembacaan, yang mana pernah aku terangkan dahulu dalam topik Qiraat. Jadi, perbezaannya adalah dari segi pembacaan, yang mana melibatkan hukum tajwid yang lebih mendalam.

Jadi, bila hukum tajwid ada sedikit berbeza, maka cara tulisannya juga akan berbeza. Ada beberapa huruf akan nampak berbeza. Contoh paling mudah ialah, Quran dari kaedah Warsh dari Nafa'i. Kalian bijak menggunakan internet. Maka, bukalah surah Al Mulk, dan lihat ayat 15 dan 16. Bandingkan pula dengan cara pembacaan dari Hafs atau jenis Quran yang biasa kita guna.

Namun begitu, suka untuk aku beritahu bahawa maknanya tidak pernah terjejas. Tidak pernah dan tak akan pernah berubah sampai ke akhir masa. Begitulah adanya.

Kitab ini diturunkan oleh Tuhan yang Aziz dan Hakim. Dia itu Maha Kuasa atas tiap-tiap perkara dan tidak ada satu perkara pun terlepas dari urus tadbirnya. Begitulah sedikit sebanyak penerangan dari aku yang serba cetek ilmu pengetahuan. Sekadar satu perkongsian.

Untuk hadis-hadis, penerangan mendalam dan hujah-hujah yang menyokong karangan aku, bolehlah kalian cari sendiri. Aku cukup pasti kalian hebat di papan kekunci.

Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri, di bawah kuasaNya juga.


Selit-selit: Quran itu lengkap. Ibarat 'manual' untuk kita sebagai makhlukNya. Cuma kita sahaja yang tak berapa nak reti bahasa mengikut suruhan Tuhan.

Selit-selit: Bila baru aku boleh kahwin ni??????




7 comments:

JR said...

Alangkah indahnya bila suatu hari nanti Quran itu dijadikan perlembagaan negara....

Unknown said...

INSHA ALLAH.. jodoh pasti ada
kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat sana

:)

Cikya said...

amboi...

kemain nak nikah ni apsal?

rilek la.. mak desak eh?
meh la membujang sesama..
*hasut*

Oh! al Quran tu mukjizat yg dipelihara sampai hari kiamat.
berbeza dgn Injil yg diubah oleh tangan manusia,
dengan menjual akhirat dgn dunia..

haa

RL said...

JR: Susah nak cakap. Memang tak dapatlah selagi yang ada ini percaya pada sekular.

Cik Amal: Jodoh? Susah nak cakap. Heh.

Cikya: Mak aku tak pernah desak. Siap malas nak ambil tahu. Hahah. Cuma aku nak kahwin sebab rasanya dah sepatutnya aku kahwin. Heheh. Nak membujang bersama kau? Hahahahahah.

Injil tidak diubah. Yang diubah ialah Bible. Macam serupa tapi tak sama.

Cikya said...

Oh, semoga urusan dan niat murni kau nak kahwin tu tercapai..

hee, yuppie, Bible.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Hazz Zyy said...

Hi abg romeo laut. Jumpa balik kt sini since last contact 2012. Dah tak mengarang ke?