Tuesday, 29 May 2012

Emosi dan Wanita, Bagaimana?

Aku terbaca satu berita yang menarik. Aku taip semula secara ringkas untuk memudahkan kalian. Kemudian, baru aku bercerita sedikit.

Russia- Lyalya Tupikova, 45 tahun, sanggup membunuh suaminya, Khalpik, 50 tahun, hanya kerana suaminya lupa untuk mengucapkan selamat ulangtahun kepadanya. Tragedi ngeri itu bermula apabila beliau mengharapkan suaminya akan pulang dengan memberikan sejambak bunga padanya. Namun, beliau hampa kerana suaminya hanya pulang dengan tangan kosong dan tidak mengucapkan apa-apa. Seterusnya, beliau menghidangkan makan malam istimewa buat mereka berdua dengan harapan suaminya akan mengingati tarikh bersejarah itu. Sekali lagi, kehampaan menjadi jawapan. Akibat bosan dengan suaminya yang masih lupa akan saat-saat manis itu, beliau menikam dada suaminya dengan sebilah pisau. Suaminya mati tanpa sempat diberi rawatan lanjut. Beliau menerima hukuman setimpal di atas tindakannya.

Ok. Nampak dahsyatnya dunia? Lelaki itu mungkin lupa kerana bebanan kerja. Mungkin juga lupa kerana mengalami masalah kerja yang cuba disembunyikan. Adakah nyawa itu galang ganti bagi kesalahan lupa itu? Aku tahu bahawa wanita, gadis, perempuan semuanya berjiwa lembut dan perlu dibelai. Tapi berbaloikah mengamuk sedemikian rupa? Dapatkah nak berpatah balik? Kalau satu hari, ada kalian yang terfikir hendak berbuat demikian, adakah kalian berkuasa untuk kembali ke masa lalu untuk membetulkannya? Dah sah-sah tentu tak boleh. Sama juga hal apabila lelaki hendak berjuang demi seorang perempuan, tetapi nampak seperti menyebelahi ibunya yang tak sukakan perempuan itu. Sebabnya mudah, dia nakkan perempuan itu, tapi tak mahu mengeruhkan lagi suasana dengan ibunya sendiri. Tak guna nak tunjuk hebat depan perempuan, konon nak menegakkan cinta, sampai yang lain hancur jahanam. Lelaki akalnya lebih. Lelaki tahu apa perlu dibuat. Itu sebab antara budak lelaki dengan perempuan tua, yang lagi layak jadi imam ialah budak.

Mungkin ada di antara kalian rasa keliru. Apa kaitannya berita tersebut? Berita itu ialah contoh kepada dahsyatnya emosi wanita. Dan kerana itu, kita sebagai manusia, tak kira lelaki atau perempuan, harus sahaja berjaga-jaga dengannya.

Semua masalah, tak kira kecil atau besar, dah tentu ada jalan penyelesaian. Hidup tak pernah ada 'game over'. Antara kita mempunyai keyakinan atau tidak. Setakat jatuh sekali, kita langsung tak mahu bangun balik? Atau mungkin juga sebab terlalu lama berada di puncak, sampai lupa cara nak mendaki? Fikir-fikirkan.

Hati itu harus banyak bersabar. Akal yang mengawal, bukan perasaan.




Selit-selit: "Dan kami pastinya akan menguji kamu dengan sesuatu dari ketakutan dan kelaparan, dan kerugian harta, dan jiwa dan buah-buahan, tetapi berita gembira untuk orang-orang yang sabar." Baqarah ayat 155.

Selit-selit lagi: Telefon bimbit aku berada di kedai. Rosak kena air teh sarapan pagi. Nasib baik ada jaminan.  Esok hari siap katanya. Ujian itu datang bertimpa-timpa. Bukan untuk menyusahkan, tetapi kerana tuhan itu hendak mendengar kita berdoa padanya.

17 comments:

nurshamila said...

emosi dan wanita mmg sgt serasi, tp depends on how she can control herself la. means bukan semua camtu. ada yg berpegang pada iman, sabar. kena phm jugak ada masa2 tertentu pompuan naik angin. btw, best part ni : Ujian itu datang bertimpa-timpa. Bukan untuk menyusahkan, tetapi kerana tuhan itu hendak mendengar kita berdoa padanya

terbaik la wey

AzelahSaupi said...

hahah sangat terasa . aw~

Wadi AR said...

aku kurang emo tapi suke berdiam diri. macam kurekure

Camy Alya said...

aku selalu rasa nak emo.
tapi aku tahan sebab malu. haha

Romeo Laut said...

nurshamila- berapa kerat sangat perempuan yang betul sabar? kadang lelaki dah sabar hadap angin ribut apa semua, dicucuh api. Amacam?

AS- terasa? kau hati bukan main keras, terasa? hahahah.

wadi- tak emo tapi diamkan diri. emo la tu....

camy alya- menarik juga. tak emo sebab malu. bagus2.

Asyikin Muhammad said...

mula mula boleh la diam kan diri yg. semua org senang bercakap. mula mula bercinta semua boleh.

Romeo Laut said...

Sayang, mula-mula bercinta semua boleh? Tak juga... Takkan nak tikam-tikam pula. Hahahahah.

Asyikin Muhammad said...

lelaki. pown ade emosi. emosi MENUNGGU.

nurshamila said...

perghh kau..bikin aku terasa sampai ke pangkal hati ja. aku pon manusia yg bersabar jgk, tak caya tanya tuan dy. kbai. haha btul la tu apa kau ckp, bukan semua. wey skang kn panas, mood swing la. ~tetiba

Asyikin Muhammad said...

Xda kene mengene ngan musim panas pown kowt. Ntah pape.

Asyikin Muhammad said...

Encek eddie. Ym jap u. Ad hal pntg ney.

ch000tz axoera ヅ said...

>_< cuba utk tak sentap hahahh

ch000tz axoera ヅ said...

dengan sengajanya folo sini :D follw bck :p

Romeo Laut said...

Cuba untuk tak terasa. Bagus. Hahah.

LuVidA^^ said...

hahha x brape terase sgt... sbb skrg ni lelaki pon dah pndai kuat emosi tau. weksss =)

Cik Ummi said...

adoyai...dasatnya..
bday aku xde org wish sgt pown,aku lekk jek..
huhu..
lg ar tacing sbnrnye...
tp,syukurlah jgk ade gen lelaki sikit dlm diri aku,xde lah lembik sgt..(kot)
haha

p/s:kau punye awek emo tak? hahaha

ஜ miss klanika ஜ said...

yg pnting sy mmg jnis kuat emosi.hehe