Sunday, 21 October 2012

Tidak Bersyukurkah? Persoalannya?

Pada entri lepas, aku taip tentang perempuan zaman sekarang. Ramai juga yang aku kesan membaca dengan emosi tak menentu dan tak tentu hala. Bukanlah aku melabel semuanya begitu. Adapun terdapat klausa di entri tersebut dengan menyatakan aku tak nafikan ada yang baik. Bermaksud, tidaklah semuanya begitu. Buat orang yang sentap dan sebagainya, harus diingat, bila kita ada makan cili api, memang kebiasaannya rasa pedas. Hahah. Begitulah adanya.

Ini aku nak menaip pula tentang beberapa orang manusia, yang sesedap bahasa mengatakan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang rakyat Malaysia ada sekarang, apabila mereka melihat aku menyokong kepimpinan yang menjunjung terbinanya kerajaan yang berlandaskan Islam. Bukanlah aku marah. Cuma geram sikit.

Persoalannya di sini, adakah aku tidak bersyukur? Itu bukan persoalan pada pandangan aku sebenarnya. Persandaran begitu, bagi aku tidaklah adil. Maka, persoalan yang sebetulnya ialah, patut atau tidak kita menegur pemimpin yang dah buat silap? Kalau dalam solat, imam tersilap, kita tegur dia. Jadi, kalau dalam hal kepimpinan sesuatu negara, patut atau tidak kita tegur? Tapi macam komen dari blogger JR, silap haribulan, 'bercuti' jawabnya di utara Perak. Tak ke haru namanya?

Sebagai contoh, Nabi Musa dipelihara oleh Firaun. Firaun ini tak payah aku nak terangkan pun kalian tahu siapa dia. Maka berkata Firaun pada Musa, aku angkat kau dari hanyut sungai wahai Musa, adakah kau nak melawan aku?. Tak pening jadinya? Tapi, bukan masalah lawan tak lawan. Tetapi perbuatan Firaun itu salah. Salah tetap salah. Maka nak dibetulkan kesalahan Firaun itu. Takkan nak biarkan hancur terus. Takkan nak kata Musa itu tak bersyukur pula? Kalau difikirkan logik, sama seperti yang ada hari ini; kalau Musa itu tak diambil oleh Firaun, maka sah dia hanyut dan mungkin mati. Di Malaysia, kalau tidak kerana puak itu, kononnya tidak membangun dan makmur Malaysia ini. Yang aku sokong itu, adalah untuk membetulkan keadaan. Bukan nak lawan kerajaan. Tetapi membetulkan.

Namun, ada pula yang mengatakan bahawa kepimpinan yang aku sokong itu tak reti buat apa, cuma tahu angkat bercakap sahaja. Memanglah tak reti buat semua benda. Dah kalau nak buat jalanraya, panggil JKR. Dah kalau nak salurkan elektrik, TNB lah yang akan diarahkan. Tak ada sejarah lagi mana-mana pun wakil rakyat dalam Malaysia ini, bawa backhoe, korek sendiri projek buat longkang. Semua berdasarkan percakapan dia. Dia arahkan. Itu sebab, bila dikatakan benak akal, marah. Tapi itu hakikat.

Fikir-fikirkanlah.

Aku ingatkan nak buat entri pasal kiraan solat guna kaedah yang falak Malaysia praktikkan. Tapi kegeraman di hati aku tak tertahan. Begitulah sedikit sebanyak.




Selit-selit: Aku melihat masa depan. Bukan masa silam. Masa silam itu bukanlah sekadar kenangan tetapi sebagai garis sempadan untuk tidak lagi melampaui batas. *NADY

Selit-selit: Ada yang 'pandai' berkata, "Jangan mempergunakan Quran itu sebagai modal". Eh, dah kalau bukan Quran, nak guna kitab mana pula? Kitab tajul muluk?

6 comments:

BCJ said...

hehe..motivasi entry kau ni..keep it up bro! :)

BeLLa said...

apa tu kitab tajul muluk?

nurshamila said...

entah la..kitab tajul muluk? apa tuh?? hahaa

Romeo Laut said...

BCJ: Motivasi? Hahahah.

BeLLa & shamila: Kitab tajul muluk itu kitab orang Melayu dulu-dulu. Dah difatwakan haram.

JR said...

Saya suka kata2 dlm Selit-Selit. Saya juga suka melihat masa depan, bukan masa silam. Dan masa depan adalah kerja Allah, bukan kerja kita. Marilah kita berdoa agar kita dipimpin oleh mereka yg boleh membawa kita ke jalan Allah, bukan mereka yg....(deleted atas sebab2 keselamatan...hahahaha)

aimi adilah said...

masa depan aku ok x???? :p