Monday, 1 October 2012

Kebahagiaan di Jalanraya? Apakah?


Dah kira banyak entri aku buat. Beberapa perkara dan cerita dah aku kongsi. Aku akan berhenti menaip lebih kurang seminggu dari tarikh entri ini. Sayugia aku ada perjalanan yang perlu dibuat. Doakan perjalanan aku selamat dan apa yang aku kerjakan berjaya.

Apapun, aku nak kongsikan satu perkara bersama kalian semua. Kali ini memang entri yang ringan sahaja. Tak ada matematik, pengiraan, sains waima apa pun. Ini adalah tentang memandu kenderaan di atas jalan raya.

Kelajuan membunuh. Itu adalah pesanan yang selalu kita dengar. Tapi biasalah, kita ini, bila dinasihatkan elok-elok, memang takkan dengar. Mungkin petikan kata-kata dari salah seorang pegawai tinggi PDRM tahun 1986 sedikit memberi kesan kepada kita semua. Katanya, "..kenderaan yang dipandu oleh seorang tolol itu lebih merbahaya dari selaras senapang..". Menarik bukan kata-katanya? Kata-kata ini boleh dijumpai dalam buku Ilmu Asas Memandu PDRM tahun 1986. Walaupun tulisan buku itu dari typewriter, tapi ia sangat relevan. Kerana ia mengajar anggota PDRM itu memandu dengan cara yang terbaik dari segi kesopanan, teknikal dan ekonomi. Buku yang dikeluarkan JPJ, agak longgar dan ujiannya juga sangat-sangat longgar. Bak kata pemandu kelas standard PDRM, lesen JPJ ini bukan lesen memandu, tapi lesen 'menggerakkan kenderaan'. Maaf kalau ada yang rasa ayat ini kurang menyenangkan.

Memang kenderaan itu merbahaya. Ada orang, bila pegang stereng kereta, terus-terus berubah identiti. Dari seorang yang lemah lembut, menjadi orang yang separuh gila. Akibatnya, ramai terkorban diatas kekurang-bijakan beliau. Seorang pemandu bas boleh membunuh 40 orang sekaligus kalau dia buat gila. Dah nampak lebih bahaya dari sepucuk pistol atau senapang kan? Tapi, berapa kerat sangat orang yang baca entri ini akan sedar bahayanya kenderaan?

Maka, tujuan aku menaip entri kali ini adalah kerana aku nampak satu kemalangan yang berlaku pagi tadi. Dan sekaligus aku teringat kata-kata seorang pakcik bahawa jalanraya ini sungai maut. Gamaknya kalau kita boleh nampak malaikat maut, mesti boleh selalu jumpa di jalan-jalan. Baru nak ada rasa. Hahah.

Syahadan, berhati-hatilah di jalanraya. Pada yang dah ada lesen, atau yang pernah ambil lesen tapi tak sempat nak ujian, gunakanlah ilmu memandu yang diberi walau ilmunya sedikit. Berlaku sopanlah jika kita berada di jalanraya. Ingat, nyawa ini tak ada di pasar boleh beli lain. Kalau sekalipun kereta atau motosikal kita jauh lebih besar, mahal dan hebat dari orang lain, ingat, ia cuma pinjaman dari Allah. Kalau direntap nikmat itu, baru nak tahu ada rasa ke tidak.

Semoga berjumpa lagi di entri akan datang. Semoga kehidupan kalian sentiasa ceria dan bahagia di samping yang tersayang.




Selit-selit: Jauh perjalanan, banyak pengetahuan. Laju perjalanan, cepatlah ke liang lahad.


16 comments:

aimi adilah said...

pesanan khdmat kerajaan :P

paripariputih said...

Romeo ko lau naik keta dengan aku aku grenti ko boleh tidur dan sempat lagi nak mimpi kot ha ha ha.... >..< aku bawak macam siput... itu pun kena HighBeam and kena hon :P (tapi aku ikut lorong pelahan ~ dalam hati aku hanya cakap ada aku kesah ko nak laju gi la lorong kanan keh3)

ayat ko yg terakhir tu mmg x ble blah ha ha ha tapi untuk peringatan bagus tu... :)

semoga selmata ya perjalanan ko tu nanti amin


Everything's Everythings said...

Betul tu, apa salahnya kalau memandu perlahan tetapi selamat, ini tak, masing-masing ada urusan yg penting sgt utk diuruskan.. Orang muda sekarang ni kan pantang ditegur, mulalah defensive..

Beza betul kalau ayah aku dgn abang aku yg bawa kereta xD

Romeo Laut said...

Aimi: Bukan dari kerajaan. Tapi dari diri sendiri.

PPP: Kalau perlahan sangat pun kadang-kadang melampau juga. Hahah.

EE: Ingat, memandu laju hanya jika anda yakin berasa selamat berbuat demikian.

paripariputih said...

Romeo mana pun ko nak tuju... mohon pandu berhati-hati ok :) semoga dipermudahkan semua :) ~ sebab aku dan yang lain2 masih nak baca n3 ko tu ingat tu ha ha ha >..<

baby comel said...

memandu se hemah yg mungkin. kadang2 bila kita berhati2, org lain yg cuai pun mungkin boleh mengundang bahaya. or disebabkan kecuaian kita, orang lain yg menjadi mangsa.. pada saya, masing2 ingatlah org yg tersayang & ingat org yg menyayangi kita yg sedang menanti kepulangan kita..
~saya kdg2 suka bawak kereta laju tp bukan setiap masa (tp tak melebihi had laju la sejak kena saman dulu)

JR said...

Kerajaan kena tukar papantanda mengenai kemalangan, tak payah lagi guna ayat yg muluk2 spt "Biar lambat asal selamat", "Berhati-hati memandu", "Awas..kawasan kemalangan" itu bahasa yg org Malaysia tak paham.

Sebaliknya cuba pula kerajaan tukar kpd papantanda baru spt ini yg org Malaysia mudah faham:

"Matilah Cepat, Janda Kau Aku Dapat"

"Matilah Cepat, Anak Dara Kau Aku Rembat"

"Tekan Minyak Lagi, Biar Cepat Mati"

"Ku Nanti Mayatmu Di Pintu Neraka"

"Daging & Tulang Mu Untuk Harimau Di Zoo Negara"

"Tiada Siapa Rugi Jika Anda Mati"

Ada kerajaan berani buat papantanda macam ni??

Chic Na said...

moga selamat pergi dan pulang. pandu berhati2 k. ingatlah orang2 yg tersayang. *iklan yg biasa nampak kat tepi jalan. ;)

comeliness_zaty said...

perumpamaan bawah tu memang tepat..hehe. slalu jugak bawak laju. tapi bile pandang papan had laju baru sedar tebawak laju. huhu

Iffah Afeefah said...

sy tahu tu. sila pang saya sekali biar sedar

jgnkan tggu pisang berbuah dua kali br nk insaf

pandu laju ke liang lahad le jwpnnye

#semoga selamat dlm pjalann smnggu ni k

nurshamila said...

ehem, sila approve komen utk entry lepas k. tq

paripariputih said...

RL incase you miss out this one :)

http://paripariputih.blogspot.com/2012/10/mampukah-aku.html

khairolina said...

klu aq plak.. aq xsuka sgt bawa kereta.. sebab klu nak g keja jemm gilaaa... kluar uma kul 7.30 kompom smpi pat tmpt keja 8.30.. spatutnya 15mnit je... tp aq rela naik motor dr naik kereta.. n 1 g.. ajal maut d tgn tuhan.. wlupun bwa keta slow2 dan pandu cermat klu ajal kta dah tertulis mcm tu xbleh nak buat2 pa2 dah kn???

Cik Muda said...

RL;
nak g mana tu???
Pandu berhemah igtlah kami ni semua yang tersayang ni eaaa...huhuhuh~

Cik Muda said...

PPP
nape tak boleh buka blog kamu ye???

wani sc said...

selalu rasa cam seram-seram je bila naik kereta lalu kat jalan yang sibuk. macam kat bandar rawang yang masing-masing macam dah tak tahan sangat nak balik buang air. semua tak mau mengalah. sadis tol!