Thursday 11 October 2012

Kuala Lumpur, dan Keangkuhannya. Lumpur tetap lumpur.

Aku kembali semula setelah beberapa ketika aku sibuk dengan urusan-urusan yang perlu diselesaikan. Jadi apa yang aku nak kongsikan bersama hari ini ialah beberapa keadaan/pengalaman/situasi yang cukup-cukup menekan perasaan aku ketika aku dalam perjalanan pulang ke negeri tercintaku, Perak. Kalau rasa entri kali ini agak menyinggung mana-mana perasaan pembaca, aku sikit pun tak ambil peduli. Rasa nak baca, baca. Tak nak, kau boleh tengok dekat header apa yang aku tulis.

Tersebutlah kisah di mana aku berada di kawasan selatan tanah air, menuju ke utara semenanjung, menaiki kenderaan awam jualah. Yang dikatakan perkhidmatannya mesra, berhemah jua beriringan senyuman manis bak susu krimer pekat.  Maka, aku pun sampailah ke satu bandar, yang konon dijulang bandar serba hebat dan berbagai-bagai lagi. Perhentian pertama aku, Terminal Bersepadu Selatan atau lebih dikenali dengan TBS. Keadaan di sini memang bagus. Tak ada perayu tiket dan ulat tiket. Dah hampir macam lapangan terbang pun ada. Selesa. Maka, disebabkan aku hendak menuju ke utara, aku perlu tukar ke Puduraya.

Maka, aku pun pergilah ke bahagian tren atau komuter untuk menghala ke stesen Plaza Rakyat. Setelah tiket dibeli, aku pun menjadi keliru di sebelah mana tren yang patut menghala ke Plaza Rakyat. Jadi, aku bertanya pada seorang lelaki berbangsa Cina yang tengah sedap berasmaradana depan orang ramai. Tindakbalas dari beliau? "English please." Aku pun bertanya kembali dengan bahasa penjajah itu. Tapi jawapan yang aku dapat, dia suruh aku ke kaunter pertanyaan yang agak jauh sebab badan aku dah penat. Dengan sedikit perasaan geram, aku melontarkan soalan terakhirku. "Are you Malaysian?" soalku. Jawapan dia, "Yes, I am Malaysian." Maka sahutku dengan bahasa yang dah tak kenal erti kesopanan dan kesusilaan, "Then better you find some other place to live. This is Malaysia. Don't use some other fu*king language with me. Even your people from mainland didn't understand English.". Aku terus ditenangkan oleh seorang abang yang memberitahuku ke mana patut aku menunggu.

Aku tak berniat nak membangkitkan sifat perkauman di sini. Jauh sekali. Tapi aku meluat dengan sikap warganegara Malaysia yang sangat-sangat menjijikkan. Bahasa Inggeris? Aku dah pergi macam-macam negara. China? 'Yes' dan 'no' pun tak faham. Aku dah masuk Dalian. Nak cerita yang konon Bahasa Inggeris dia hebat? Ceh! Kalau orang Melayu sekalipun yang buat begitu, memang aku pandang dengan penuh jijik sebab lebih bangga dengan bahasa asing dari bahasa sendiri. Ingat Kuala Lumpur bagus sangat? Infrastruktur tinggi, tapi nilai moral rendah. Tak payah nak sembanglah cerita Kuala Lumpur hebat. Geli anak tekak aku.

Sampainya aku ke Plaza Rakyat, aku terus menuju ke Puduraya. Di sini terlalu merunsingkan dan merimaskan. Kenapa? Sebab terlalu banyak perayu tiket. Maka, aku pun pergi ke bahagian tiket. Dalam perjalanan naik ke atas, ada seorang perayu tiket bertanya pada aku destinasi. Aku menjawab tidak tahu. Kenapa aku kata tak tahu? Sebab bapa aku duduk di bahagian selatan Perak. Ibu aku duduk di utara Perak. Rumah aku? Berada di tengah-tengah Perak. Dah tentu aku nak tengok tiket mana yang lebih awal dan sesuai. Apa dia kata pada aku? "Susah kalau orang berjalan tak ada destinasi ni bang, agak-agak la kalau nak tipu pun, bukan duit abang tu besar sangat saya nak ambil". Dari escalator yang naik ke atas, aku turun kembali ke bawah mencari dia. Badan aku yang penat membawa haversack mula mengepam adrenalin. Aku jumpa dia depan kaunter polis bantuan. Aku pun memanggil dia dan berkata, "Kau ada masalah dengan aku? Kau tak nampak dekat papan tanda tu dah tulis jangan beli tiket dengan orang macam kau? Aku ada banyak tempat aku boleh pergi. Dah yang kau nak bahasakan aku apa hal? Tak sekolah?". Kemudian seorang polis bantuan datang dan meminta aku meneruskan urusanku sambil dia bercakap dengan budak tak berapa nak dididik oleh ibubapa itu.

Aku ambil bas Shamisha Holiday untuk ke utara Perak pada jam 1900. Aku pergi makan di medan selera dan aku menunggu. Jam 1900, aku turun dan pengurusan bas di sini sekali lagi membuatkan darah aku menyirap. Mereka suruh naik bas yang ada dahulu, kemudian tukar di Duta. Aku dah malas nak kata apa, ikutkan sahaja. Hujan mula menyimbah bumi Kuala Lumpur yang memang sangat-sangat menyampah ini. Kesejukan mula terasa dan aku pun bertukar bas dan menghala ke utara Perak. Akhirnya, aku sampai di tempat aku lebih kurang jam 0100. Lepas ini aku akan cuba seadanya untuk tak jejak di Kuala Lumpur. Ada banyak pilihan lain.

Aku tak tahu nak kata apa. Sekalipun kita ini tak ada rupa, tak ada harta, banyak dosa, tapi biarlah kita ini berbudi bahasa dengan orang lain. Kesabaran Tuhan tak diketahui tingginya. Tetapi tahap kesabaran manusia terlalu rendah. Aku bukan nabi dan rasul. Duduk di tengah kotaraya sekalipun, tetapi tahap moral macam kerbau balar, tak payah sembanglah. Orang pekan dan kampung tak takut sedikit pun dengan rambut orang bandar yang berwarna karat dan terpacak itu. Ukirlah tatu sampai jari kelingking pun, orang pekan dan kampung tak gentar. Cakaplah bahasa Inggeris berterabur mengalahkan orang putih sendiri pun, kau tetap kena ambil subjek Bahasa Melayu dalam SPM. Tak payahlah nak berlagak dengan Kuala Lumpur. Tak ada apa sangat nak dibanggakan. Namanya tetap lumpur.


Selit-selit: Teringat lagu Senyumlah Kuala Lumpur nyanyian Alleycats. Itu lagu cinta, memanglah semuanya jadi manis dan cantik.

Selit-selit: Khaldun pernah berkata; semakin maju pembangunan, semakin runtuh nilai moral rakyat.

19 comments:

Unknown said...

Ok... aku yang membaca n3 ko ini pun aku jadi lelah... ha ha ha rasakan juga le watak-watak didalam entri ko ini kan... barulah orang kata buku bertemu ruas, aku fikir selama ini (mungkin ada tetapi mereka lupa) tiada sesiapa yang berani "menyergah" derang sedemikan rupa... tapi bila aku baca berulang-ulang kali nak tergelak pun ada.. sbb tak boleh aku bayangkan muka Cina tu bila ko basuh dia kaw-kaw... (kalau boleh aku pun nak buat mcm tu pada org yang kurang pendidikan bahasa melayu derang ~ tapi terus terang aku pengencut.. dan aku tidak seberani kau.)~ Dan aku harus akui apa yg tercatat di tajuk enteri ko ni... sememangnya...Lumpur ttp Lumpur... terpalit beribu kekotaran dan kejahatan dimana-mana... dan disebabakan setitik nila habis susu sebelanga.. ini lah dia yg macam penceritaan ko ni... Apa pun RL yang penting ko dah selamat sampai... dan mohon ko berehat la secukupnya :) sebab ko akan kesana lagi bukan?? Moga ko tabah ye :)....

p/s: terima kasih sebab mengotakan janji ko nak buat n3 sekembali ko dari PERJALANAN itu...

Lily Puteh said...

even aku belum ada kat tempat kau sekarang . aku faham apa maksud kau . terlalu penat kalau nak melayan karenah mereka yg kononnya hebat ni

Unknown said...

PPP: Bukan niat aku nak tunjuk berani atau apa-apa. Tapi geram sangat. Itu sahaja.

Lily: Konon KL dah habis hebatlah.

JR said...

Saya tak berapa heran jika org bukan Melayu tak hormati Bahasa Melayu, yg menghairankan saya org Melayu pun tak respek sangat dgn Bahasa Melayu. Saya suka tengok menteri2 Indonesia, dlm forum antarabangsa jika berlangsung di Indonesia, mereka tetap cakap Bahasa Indonesia. Menteri2 kita? Tengoklah di TV, mereka jijik nak bercakap dlm bahasa sendiri!!! Sebab itu bagi sesetengah org2 luar negara mereka ingat Bahasa Melayu tu ialah Bahasa Indonesia. Misalnya di beberapa universiti di luar negara seperti Beijing, Moscow dan Holland ada subjek Pengajian Bahasa Melayu, tapi Bahasa Melayu yg dimaksudkan ialah Bahasa Indonesia. Nampaknya orang Indonesia lebih memartabatkan Bahasa Melayu berbanding orang Malaysia....

Unknown said...

JR: Warganegara Malaysia ini ingat bahasa asing itu hebat sangat. Walhal, orang luar (yang banyak saya campur waktu belayar) banyak nak belajar bahasa kita. Hampir mana-mana fleet pun tau perkataan makan. Susah nak cakap dengan bangsa kita yang makin hari makin bodoh.

Unknown said...

fuhhh giler r kalo kuar dating dgn kau ni... konpem hbs semua org kau bhse kan =) ahahhaha


aku phm keadaan kau.... tapi bagi aku lepas2 nie... kalo tak tahu jalan kau cari lah polis or kaunter pertanyaan... bdn letih mcm mner sekali pon g lah kt tmpt 2.... sb i2 lah yang aku amal kan bile aku berjalan sorang2 =)

*eh maaf terbhse kan dri "aku" hihihi xpe kan =)

aku HaniAsyira said...

mengangungkan bahasa orang lain tu memang lah.. macam dah selalu berlaku dalam negara ni..

Aimacomel said...

errrm pasal kuala lumpur, xtau nk kata pe. that's why i'm here. masih duduk di negeri asal ku. masih berdiri gagah di sini. belum ada kekuatan nk berlari kat Kuala Lumpur sana..
~english kalau nak cakap tu boleh je. tapi agak2 la kan. cuma satu je yg saya rasa agak pelik bila saya melayu, u melayu tapi u talk to me in english. tu yg saya xpaham. (hehehe, 2 way communication yg sgt tak berkesan)

Unknown said...

sama lah..aku org perak juge, =)

pasal KL: aku rela duduk kampung takda sesak macam KL..mamat bangla jangan cakap la..berjembik2 (banyak sangat)..

pasal bahsa melayu: mereka banyak yang perasan lidah makan spagheti..padahal makan sambal belacan dengan tempoyak jugak =p
konon kalau dah hebat sangat "speaking" kira A la kan...barulah "standard"...pada aku...bagus sangatlah kau bahasakan mamat cina tu...

Unknown said...

kami pon perak juge meronta ronta nk p kl. ada apa entah hummm

Tinta Lana said...

Salam.

Ko..kolumpo tu tempat ak lahir tau, diberanak dan dibesarkan,hahahaha.

Ak rasa..bukan salah kuala lumpur. Salah orang yang duduk dikolumpo. Melalui penceritaan ko ni pun, ak faham benar situasi nya.

Ak sndiri tidak suka segelintir umat di bandar ni. Ramai suka melumurkan badan dengan lumpur kat sini.

Soal bahasa, soal ulat tiket, sekadar sebahagian cerita. Walaupun ko taknak jejak dah, takyah jejak, 'terbang' je,hahaha. Cubalah lagi teroka sini. Ada banyak lagi sisi hidup kat bandar mcmni yg mngkin ko tak sempat nampak.

Kata2 khaldun memang benar. Tapi ia terjadi, kerana kita juga yang membenarkan.

Unknown said...

Aimi: Bukan aku nak bahasakan semua orang. Tapi yang dah melampau sangat sahaja.

HaniAsyira: Tetap ramai yang tak kisah dengan orang sebegini rupa.

Baby: Yang mengada cakap bahasa asing itu, patut diterajangkan sahaja.

Kaki ketawa: Bukan aku suka-suka nak marah orang, tapi dengan orang KL, rasa meluat je.

Tinta Lana: Kuala Lumpur itu juga memainkan peranan dalam menjahanamkan manusia. Pergilah ceruk mana dalam KL pun, senarionya hampir sama. Tak banyak beza. Aku dah tulis tentang KL ni, banyak dah.

Deleted said...

tak suka dok kl sebenarnya, kes2 camni la. rakyat dy dah mcm kita dok overseas. kdg2 tak sanggup tgk, maksiat berleluasa. tp majoriti mcm tak kisah pon, benda tu danggap normal. puiii

AAA Jr. said...

setuju dengan Tinta Lana. sangat setuju. bukan Kuala Lumpur yang patut dipersalahkan. tapi orang orang yang hidup di dalamnya. Kuala Lumpur bukan benda bernyawa yang tahu mana baik mana buruk. kan?

im just saying. apa apa pun, saya bangga ic saya ada 08 dekat tengah tu. kehkehkeh

zaty said...

tengok pkataan kuala lumpur sndiri pun dah boleh bayangkan mcm mane keadaan kat sane. dengan gangsterism berleluasa, jenayah sane sini. ish, takut nak duduk kl.

Unknown said...

Assalmualaikum salam saudara serumpun ..saya dari indonesia .. Nak tanya apa di perak masih banyak keturunan etnis banjar..

pathiez said...

browse around here best replica bags online navigate to this site buy replica bags go to this website best replica designer

Anonymous said...

e9d09v5g37 r9e83k3o41 p9d96x8v51 u8g49s3d11 r9d09n5w65 u1x47e7c64

peteal said...

v2u22z3e08 e7r08y6e74 b4r43p5q40 p5s37v2c34 e9f54f2b06 x3n62o4h76