Monday 25 February 2013

Coretan Yang Bercampur-campur..



23 Februari 2013. 1730 LT. GMT -6.

Hari ini kapal masih membongkar sauh di tengah laut. Lebih senang disebut statusnya dalam AIS (Automated Identification System), 'at anchor'. Entah bila nak masuk pelabuhan aku tak tahu. Jumaat berlalu begitu sahaja. Suhu cuaca di luar, lebih kurang 17 darjah Celcius pada waktu tengah hari. Orang yang kenal aku, memang tahu aku tak tahan panas, tapi kalau dah sejuk melampau ditambah dengan angin yang kuat dan basah, sampai hidung asyik berdarah, aku pun tak tahan juga. Nak suam-suam kuku. Baru selesa. Begitulah sedikit sebanyak. Lain daripada itu, ada internet. Cuma keadaannya tersangat perlahan. Kiranya sekadar dapat aku tengok-tengok Outlook. Entah bila baru entri ini diterbitkan pun aku tak pasti dengan kelajuan internet yang sama laju dengan pergerakan tungau. Hari masih berlalu begitu sahaja. Tanpa ada apa-apa yang menarik. Cuma sekarang tumpuan aku banyak pada kerja dan e-mail. Apapun, aku tak nak cerita tentang itu. Aku sekadar mengharapkan Allah beri yang terbaik. Itu sahaja.

Masih, aku dalam tekanan yang agak perit di bawah 'kebijaksanaan' rakyat gagak dari tanah besar. Kalau di tanah air, kita boleh lihat cerita-cerita hindustan melambak-lambak di pasaran. Malah, aku boleh kata, aci kerat kuku, dalam kejiranan lingkungan 20 buah rumah, paling kurang ada 5 daripadanya yang mempunyai atau menyimpan cerita-cerita yang berasal dari sana di rumah. Dan yang paling ramai di antaranya, memang meminati cerita dari sana. Dari pengalaman aku, ada yang sanggup tonton walaupun tak ada sarikata. Waktu di sekolah, cikgu suruh belajar bahasa Inggeris bukan main payah nak faham. Tapi bab bahasa dari sana, ada di antara orang-orang kita yang terlebih bijak untuk faham. Tak tahu aku nak kata apa. Malah orang kita bagi pangkat kebesaran lagi untuk orang sana. Untuk tujuan apa anugerah itu, aku pun kurang pasti.

Di dunia realiti, boleh kita lihat bahawasanya mereka sebenarnya tidaklah sehebat mana. Tidak pun mampu membelasah 10 orang samseng dengan hanya sekali libas guna tali pinggang. Adegan pukul-memukul dengan penuh kudrat yang luar biasa itu cuma hanya dalam wayang gambar. Itu sahaja. Terbatas hanya di skrin atau layar. Sifat lelaki yang kekuatannya luar biasa tetapi terselit kejiwangan dan 'ke-mat-bunga-an', memang sama sekali tidak wujud. Sayugia, tiada di dunia nyata ini, apabila berjalan melangkah kaki, secara tidak semena-mena muncul lagu entah dari mana datang dan secara tiba-tiba juga penuh orang menari berjoget di belakang ketika hendak menyatakan perasaan cinta pada pasangan sambil bergolek-golek di lereng bukit. Dan aku rasa, ia hanya berlaku di dalam cerita wayang gambar dari negara sana sahaja. Dalam cerita dari negara lain, aku rasa semuanya dibuat hampir-hampir logik dengan apa yang mampu diterima akal manusia normal. Kadang-kadang cukup sekadar jatuh cinta di tepi longkang atau loji kumbahan. Sayang tetap sayang. Cinta tetap cinta. Kalau sekalipun ada cerita sains, konon ada makhluk asing atau manusia mampu duduk di angkasa lepas atau planet lain, pasti jalan ceritanya dibuat agar nampak logik dan seolah-olah ia boleh dilakukan manusia. Kalau di negara barat, ada jenis-jenis pengkritik filem yang akan membongkar cerita-cerita yang gagal menunjukkan logik. Boleh kita layari Encik Tiub Anda untuk cari "film mistake". Tapi pada fikiran aku, cerita dari negara sana, sah-sah tak boleh nak dikritik. Sebabnya? Sebab dari awal sampai akhir tak boleh pakai. Terlalu banyak berangan.

Namun, begitulah senarionya di negara kita, terlalu mengagungkan cerita dari negara tersebut. Sampai ada yang teringin sangat nak berdamping dengan hero-hero dari sebelah sana. Sangat-sangatlah aku rasa tak bertepatan. Dulu, selepas aku balik dari kapal pertama aku, aku jadi sangat-sangat benci pada orang-orang dari negara itu. Tersangat benci dan meluat dicampur dengan menyampah. Kalaulah ada cara aku boleh botolkan bau badan mereka itu dan beri pada peminat kipas-susah-mati cerita-cerita sana, alangkah baiknya. Biar mereka sedar sesungguhnya kebanyakan orang sana, bau badan lepas mandi sama sahaja macam aku yang mungkin tak mandi 4-5 hari. Bukan main pengit lagi. Kalau nak suruh makan nasi sebelah-menyebelah, mungkin 70% selera aku mati begitu sahaja. Tak kiralah kaya mana pun mereka itu, baunya hampir tetap sama macam yang berhijrah secara haram dan bekerja di kedai-kedai makan di negara kita. Dan perkara yang paling aku tak faham, bagaimana selera kita boleh datang menyantap roti canai sambil melihat kain pelikat putih mereka yang sudah bertukar warna hitam kecoklatan?

Kenapa aku taip benda ini? Kerana sekarang ini ada pegawai kadet dari negara China dua orang. Dan orang-orang dari negara sana melanyak mereka sama macam kuli. Tanpa ada had. Ya, ada peraturan dan sebagainya, tapi macam biasalah, nak adu pada siapa? Adu pada pengawal pantai atau penguatkuasa? Nanti dimarah oleh syarikat kerana tidak ikut protokol. Nak diadu pada orang atasan dalam syarikat, yang menjaga kapal ini dari darat, kebetulan orang dari negara sana juga. Jadi susah nak kata. Pegawai kadet ini sah-sah aku nampak tidak menerima latihan untuk menjadi pegawai, tapi lebih kepada kuli atau hamba abdi. Kasihan aku tengok. Di atas kapal ini juga, ada kerani untuk nakhoda (kapten) atau secara rumit disebut sebagai pembantu pengurusan kapal. Ini adalah graduan keluaran dari universiti-universiti, yang dah tak ada kerja, lalu meminta kerja di atas kapal. Pangkatnya, kalau diikutkan cukup terlalu bawah. Tiada lesen atau apa-apa. Sijil-sijil yang dia ada sama macam yang dipunyai oleh kelasi biasa yang baru kali pertama naik kapal. Yang membezakan dia, cumalah dia tahu menaip, memfailkan dokumen dan tahu nak buat surat-menyurat. Itu sahaja. Tapi mengarahkan pegawai kadet macam mak abah dia punya hamba abdi. Bukanlah aku nak menghina. Rezeki itu hak Allah. Tiada niat sama sekali. Tetapi memberitahu apa yang berlaku. Aku tak nafikan mungkin ada yang baik dan bagus, tapi yang aku ada sekarang, memang menduga kesabaran.

Lantas secara terus aku katakan, kalau betullah mereka itu sebagus yang digambarkan dalam cerita-cerita mereka, maka dengan sebetulnya negara mereka tak seperti apa yang kita lihat hari ini. Tidak ada yang akan merempat di tepi jalan kerana kemiskinan. Tidak akan berlaku jurang kehidupan antara dua darjat. Terlalu miskin dan terlalu kaya. Malah, sifat mereka ini sangat suka berbalah sesama sendiri. Orang Melayu kita kiranya bagus lagi cuma ada talam dua muka. Talam mereka mungkin dipanggil talam 2-3 puluh muka. Begitulah keadaannya. Pantang ada pangkat, memijak orang bawahan dah jadi macam adat. Itu yang terjadi atas kapal ini. Ketua pegawai bahagian dek kalau boleh nak kawal semua benda. Buat undang-undang sendiri, tapi dia boleh pula langgar. Sampai nakhoda aku yang asal dari Rusia pun pening kepala dengar dia punya cakap yang bergulung-gulung. Begitulah pada apa yang aku tengok. 

Kata As-Syeikh Malim Ke-tiga Haji Ahmad Tarmizee Al-Terengganuni Al-Makki, pengarang kitab Al-Journal Al-Watch Empat Lapan, yakni salah seorang pegawai dek di atas kapal ini, menyifatkan bahawa kelompok manusia yang serba 'ajaib' daya pemikirannya ini harus sahaja ditenggelamkan ke dasar laut. Paling tidak, buat macam penghapusan etnik terus. Senang cerita. Ini kerana disebabkan mereka, aku dan orang lain terpaksa menghadap kari setiap hari. Malah kehidupan atas kapal ini jadi tunggang terbalik. Mungkin ada di antara kalian yang bakal mengatakan, "bersyukurlah dapat makan, dari jadi macam mangsa Rohingya, nak makan pun susah." Kalau sekiranya ada di antara kalian terdetik hendak berkata demikian, silakan cari dahulu takrif syukur itu. Kemudian nasihatkanlah aku.


23 Februari 2013. 1830 LT. GMT -6.

Allahu Akbar, Allahu Akbar...
Telah masuk waktu solat fardhu Maghrib bagi wilayah MT Eagle Tucson dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.


Dah. Kita sambung balik. Dalam hidup aku, aku banyak bergurau. Kali ini aku nak kurangkan bergurau. 

Lepas Maghrib tadi, aku banyak bermenung memikirkan apa nak jadi pada kehidupan aku sebegini rupa. Dan aku mula berfikir tentang tanggungjawab harian aku pada Allah yang Maha Tinggi. Tuhan yang Maha Esa dan tiada sekutunya. Seingat aku, ketika aku hendak ke lapangan terbang dulu, pemandu teksi itu bertanya pada aku "adik kerja apa?". Aku terus sahaja menjawab aku adalah pelaut. Itu sahaja. Lantas dia bertanya pada aku, bagaimana keadaan atas kapal. Tanpa berfikir panjang, aku menjawab biasa sahaja. Bergantung pada orang. Dia bertanya lagi, kali ini dengan lebih terperinci; bagaimana solat di atas kapal? Maka aku diam sejenak. Aku pun mula menjawab bermula dengan cara solat di atas kapal. Yakni solat duduk ketika kapal dalam keadaan bergoyang atau bergoncang atau lebih senang aku bahasakan sebagai 'rolling and pitching'. Kemudian aku jawab lagi, pada kebanyakan masa, aku jamak solat kerana perjalanan yang aku lalui memang melebihi 2 marhalah. Dan yang terakhir, aku memberitahu bahawa solat Jumaat tiada di atas kapal, kerana tak cukup jemaah dan aku memang tiada peluang untuk itu. Begitulah sekadarnya menurut pengetahuan aku.

Pemandu teksi itu sekadar mengangguk acuh tak acuh. Seingat aku, air mukanya ada tanda kekesalan atau kekecewaan. Dan sesungguhnya aku langsung tak mengerti apa-apa ketika itu.

Sehinggalah aku berada di atas kapal, barulah aku mengerti maksud air mukanya. Dan ia membawa berjuta-juta kekesalan dalam hidup aku.

Mengapa ketika aku di darat, berhampiran masjid, aku tidak rajin melangkah ke sana? Mengapa cuma ada waktu-waktu tertentu? Mengapa tidak Zohor dan Asar? Mengapa tidak aku wajibkan diri aku solat di masjid ketika Subuh? Mengapa aku tidak hadir dengan lebih awal ke masjid ketika Jumaat di waktu aku sebenarnya tiada alasan untuk lewat? Ketika mana jemaahnya lebih dari mencukupi? Mengapa aku biarkan diri aku solat tanpa aku hargai tanggungjawab solat itu pada diri aku ketika di darat? Ketika mana aku mampu solat ketika berdiri? Mengapa apabila sudah tiada lagi di darat, baru kekesalan aku muncul? Mengapa aku boleh pergi bertugas tepat pada waktu, tetapi tidak pada solat? Mengapa?

Ya, aku rugi. Dan sekiranya roh aku berpisah dari jasad sebelum aku sempat kembali menunaikan tanggungjawab aku dengan sempurna, sungguh ruginya aku. Mungkin sahaja orang akan berkata, apa boleh aku buat kerana memang tak cukup orang Islam di atas kapal. Ya, betul. Tetapi aku bimbang hati aku kembali jauh dari Tuhan seperti dulu. Aku risau.

Aku sekadar berkongsi kekesalan aku. Moga kalian bersyukur atas nikmat Tuhan yang tak terbatas. Aku berharap Allah masih menerima aku. Masih mahu memandang aku dengan rahmatNya. Dan aku berharap agar aku masih berpeluang untuk menebus semua kekesalan aku. Itu sahaja. Aku nak naik bertugas dah.




Selit-selit: Aku teringat doa yang selalu ustazah kesayangan aku dendangkan. Ustazah yang mengajar aku ketika aku di sekolah agama rakyat. Ustazah Maisarah. Di mana beliau berada sekarang, aku tak pasti. Begini bunyinya. "Allah yang Maha Lemah Lembut terhadap hambaNya. Dialah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Perkasa."

Selit-selit: Waktu balik dari bertugas semalam, dalam keadaan bosan, jenguk laptop kawan. Ada tengok klip video Wonder Girls nyanyi lagu Nobody. Memang kalau ikut benda macam ini tak baik, tapi sekadar berkongsi. Ada seorang yang kecil, tapi comel dan gebu. Pipi bukan main bulat gebu lagi. Bukan main lentik lagi. Tak apa. Astaghfirullah. Nanti Abang RL dah dapat jadi Ketua Malim atau Nakhoda, bolehlah cari isteri lagi satu macam itu. Boleh menari depan Abang RL pula. Hahah.

18 comments:

ika said...

alhamdulillah...

Unknown said...

Alhamdulillah masih dapat terima khabar walaupun berada nun jauh di tengah samudera.... cepat2 balik ... hahahah

Unknown said...

KEINSAFAN YG SUNGGUH MENDALAM.. =)

take care abg RL :P

JR said...

Sekarang org lebih suka tengok drama Korea dari film Hindustan. Tapi kalau duduk di sebelah org Korea biasa (yg tak pakai perfume), bau bawang putih terselit juga di badan mereka. Cuma bila tengok drama Korea (seperti juga tengok film Hindustan), pengarah tak masukkan sekali bau badan pelakonnya, jadi penonton tak dpt merasai betapa semerbak hangitnya bau badan mereka....

Anonymous said...

Alahai... seburuk-buruk mana pon derang.... sekurang-kurangnya cerita derang tetap ada nilai murni... daripada korea? Habuk pon takde. Kau hidup kat dunia ni jangan suka nak judge orang... kau tu dah besar sangat dah ke pangkat kau tu sampai dah ke tahap boleh nganjing orang. Jaga tepi kain sendiri sudah la wei... jangan nak gatal tangan nak update blog macam ni... takde faedah langsung... kau ni macam nak menunjuk kat orang ramai je yang kau tu solat. Ntah-ntah kau tipu. Kau blah la wei... kau fikir kau bagus ke? Mulut kau tu suka sangat caci orang. Mata kau tu, ada je yang tak kena. Don't judge a book by it's cover. Bertaubatlah.

Anonymous said...

Alahai... seburuk-buruk mana pon derang.... sekurang-kurangnya cerita derang tetap ada nilai murni... daripada korea? Habuk pon takde. Kau hidup kat dunia ni jangan suka nak judge orang... kau tu dah besar sangat dah ke pangkat kau tu sampai dah ke tahap boleh nganjing orang. Jaga tepi kain sendiri sudah la wei... jangan nak gatal tangan nak update blog macam ni... takde faedah langsung... kau ni macam nak menunjuk kat orang ramai je yang kau tu solat. Ntah-ntah kau tipu. Kau blah la wei... kau fikir kau bagus ke? Mulut kau tu suka sangat caci orang. Mata kau tu, ada je yang tak kena. Don't judge a book by it's cover. Bertaubatlah.

RL said...

Pertama, dalam teruk-teruk karangan aku, tetap kau baca. Tahniah. Kedua, anda sendiri dah 'judge' orang dengan kata cerita Korea tak ada apa-apa. Ketiga, sekiranya anda tidak ada pengalaman hidup dengan mereka, maka tak perlulah bersikap 'defensive' demikian rupa. Terakhir, mata saya, mulut dan seluruh anggota badan saya dan rakan-rakan saya sangat bermasalah dengan keadaan sekeliling yang saya ada sekarang. Tetapi, anda sendiri telah 'judge a book by it's cover'. Maka, samalah anda dengan saya, cakap tak serupa yang dibuat. Apapun, terima kasih menasihati saya. Maklum balas anda saya terima dengan hati terbuka.

P/s: Satu lagi. Header saya masih tak bertukar. Kalau rajin, silakan baca. Terima kasih.

Anonymous said...

Oh, baguslah kau bangga dengan apa yg kau buat walaupun kau tahu benda tu salah. Cara cerita dari 'karangan' kau macam dah timbul keinsafan dalam diri. Tapi cara kau membalas komen macam orang tiada didikan agama & xada keinsafan pon yg wujud. Budaya sesuatu bangsa tidak akan sama dengan budaya kita. Biarla busuk bau badan dr busuk perangai & lagi teruk busuk hati. Untuk pengetahuan ko, dosa sesama manusia lg berat klu tidak diampunkn sesama manusia juga krn dosa sesama manusia xboleh dipohon ampun pd ALLAH. Pesan aku sebagai saudara seislam, setiap kata-kata yang menghina dengan niat, ALLAH akan memberi pembalasan yang kita sendiri tak dapat bayangkan bagaimana azab pembalasan itu nanti.

P/S: Utk pengetahuan kau, hobi aku memang suka membaca. Aku cuma perbetulkan apa yang salah. Supaya tak sia-sia mak engkau mengandungkan kau 9 bulan..... Ingat jadi manusia beradab dan berguna. Terima kasih. ^_^

RL said...

Mereka yang atas kapal ini busuk badan dan busuk perangai. Itu sahaja. Baik, terima kasih. ^_^

Anonymous said...

Busuk badan... tak pe.. boleh mandi bagi wangi... tapi kalau busuk peranfai dan hati busuk... seluruh keturunan ikut busuk...yg paling malang sekali nak jawab dng mungkar nangkir... kesian mak, bapak yg kat dlm kubur tu... kena belasah.. Hidup ni umpama kapal yg belayar di tengah lautan.. kalau ada kompas tak sesat jln.. tapi jika tiada kompas sesat sampai hujung dunia tak jumpa jln pulang... kita nak hidup kat dunia ni.. kan lama sangat... sekejap je... lepas tu... kembali kepada penciptaNya.. tambahan pula.. ko tu atas kapal.. bila2 masa boleh kena tsunami ke...taufan ke.. tak takut ke.. kalau tak sempat nak minta maaf pada manusia2 yang ko pernah buat dosa.. pernah aniaya... Fikir2 lah kesan yg ko buat akan menyebabkan generasi ko yg menerima malang.

RL said...

Tak habis lagi anda nak komen. Tak apa. Saya layankan. 1, anda pergilah suruh mereka mandi sampai wangi. 2, kalau anda dah habis kitab bab alam barzakh, anda nasihatlah saya. 2, kapal belayar kalau kompas gagal sekalipun, masih boleh belayar tanpa sesat. Guna jam pun boleh cari arah. Tak kira atas kapal atau ada di dalam rumah, kalau bencana nak datang, tak kira tempat dan masa. Tapi, anda adalah seorang yang gagal menunjukkan sikap yang bagus dalam menasihati orang. Dan, saya kirakan anda sama sahaja dengan apa yang anda cakapkan pada saya. Rugi ibubapa anda membesarkan anda. Itu sahaja dari saya. Cukuplah melayan orang yang kurang akalnya seperti anda. Berubah saya, tetap ada buruknya. Sekian.

Anonymous said...

Belayar tanpa kompas itu hanyalah 1 perumpamaan. Janganlah lekas mengata orang kurang akal dengan mudah... baru 2,3 komen aku bagi kau dah melenting.. kalau setiap entri yg kau taip dari mula2 lagi (sejak feb 2012) tah apa ayat kau kutuk aku. Mungkin aku kurang hebat pengetahuan tentang agama tetapi sekurang2nya aku cuba utk menjalani kehidupan dng berlandskan hukum dan syarak Allah. Tiada ibubapa didunia ini akan menyesal dng memberikan anak didikan.. sbb bila dah besar tahu membezakan mana ikut hukum Allah, mana ikut nafsu.

Anonymous said...

Bagaimana kita apabila besar adalah dengan pilihan kita sendiri. Sungguh tiada kena mengena dgn didikan ibubapa. Alhamdulilah dng sedikit ilmu agama aku didada ni.. aku terpanggil utk memberi nasihat.. krn aku perhatikan setiap entri kau kebykkan berbau penghinaan . Rasuallah SWA bersabda "tidak akan masuk syurga org yg dlm hatinya terdpt kesombongan walau sebesar zarah (hadis riwayat muslim) usah kita riak dgn ilmu yg sedikit cuma... krn sesungguhnya semuanya adalah milik Allah jua.

RL said...

Anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Ibubapalah yang mencorakkannya. Secara dasarnya begitu. Heheh. Tak melenting pun. Entri berbau penghinaan? Bukankah komen anda juga berbaur, berbau dan bercorak penghinaan? Maka, seperti saya kata, anda sama sahaja seperti apa yang anda cakap pada saya. Carilah takrif sombong itu. Lagi saya layan anda, lagi jauh anda nak lari tajuk. Cukup-cukuplah. Tunggu saya turun kapal, cakap depan-depan dengan saya. Itu lebih senang. Jalanilah hidup anda dengan prinsip anda itu. Sekian. Banyak lagi kerja lain nak dibuat. Kata orang, menjawab dengan orang kurang akal, 100 kali lebih susah dari berjawab dengan orang ada akal. Terima kasih. ^_^

Anonymous said...

adakah aku lari dari tajuk.. kalau dilihat dari awal tulisan,aku hanya menegur kerana kau suka mengata atau mengumpat.jika dlm kitab Allah menjelaskan tidak boleh menghina.. dan kau kata sebaliknya... kau tunggu sajalah balasan daripada Allah., cepat atau lambat pembalasanNYA.aku ucapkan terima kasih dan alhamdulilah bila kau memberi ucapan kepada aku "Orang Kurang Akal" tepuk dada tanya selera.

RL said...

La.. Dah memang lari tajuk. Entah bila dan di mana aku kata boleh menghina. Siap kata aku mengatakan sebaliknya. Tapi apapun, aku rasa seronok juga ada pembaca setia blog aku macam kau. Hahah. Aku tak beri ucapan, tapi panggilan timang-timangan. Begitulah adanya. Silalah komen lagi. Hahah. ^_^

Shila said...

part tgk cerita takde subtitile, aku tergelak..

baru 2-3minggu lepas tgk muvie india xde subtitle kt utube..

kah3..tahap xpaham lgsg.. tapi jalan cerita dia sedih..pasal budak dylexsia..

Anonymous said...

hensem nya janggut pakcik. terbekenanlah.