Susah aku nak muncul dalam
blog sekarang. Begitulah keadaannya. Tak ada banyak cerita juga menjadi salah
satu faktor.
Hari ini kapal akan masuk ke
pelabuhan setelah beberapa hari menunggu. Cuaca tak menentu. Tempat yang
dituju, Nederland, USA (negara pusat segala kufur dan fasad) . Entah apa yang seronok di sana, aku tak tahu. Tempat aku
bertolak, Cayo Arcas, Mexico. Dan aku berada di tengah laut rasanya waktu entri
ini diterbitkan. Tiada benda-benda 'menarik' yang aku lihat di Mexico. Walaupun
kawan aku kata orang sana cantik-cantik.
Masakan tidak, sekarang ini
masa dah berubah. Sejak peristiwa sebelum Ramadhan lepas. Mak aku dah pesan
dengan sebenar-benar pesan. Jangan tinggal solat. Jangan buat maksiat. Jangan
bergaduh dengan orang. Jangan sakitkan hati orang. Jangan makan atau minum
benda yang haram. Jangan mengorat anak gadis orang. Jangan dan bermacam jenis
jangan lagi. Sebagai seorang anak dan makhluk Tuhan yang sudah menanamkan
keazaman dan disiplin yang tinggi, aku berubah. Abang RL takkan kenyit mata
pada anak dara orang lagi. Melainkan waktu lepas akad nikah nanti. Bukan lagi
kenyit, nak gigit pun boleh.
Habis bab gadis-gadis. Kita
beralih sedikit ke dunia politik. Dengar cerita Encik Bijan dan Kak Mah kita
kena pakat boikot dek rakyat Pulau Pinang waktu sambutan Tahun Baru Cina. Siap
ada boikot dari PSY. Entah betul ke tidak, aku pun tak tahu. Kalau ada di
antara kalian yang mempunyai sedikit maklumat, sila kongsi dengan aku.
Maklumlah, kadang-kadang cerita sejengkal jadi panjang sedepa. Tapi yang
menjadi kehairanan, mengapa ada PSY? Dah tak ada orang lain? Rasanya boleh
jemput yang lain. Dah menjadi macam satu kemestian untuk menjemput artis dalam
apa-apa acara pun. Duit habis banyak, walaupun dalam kata bahawasanya negara
kena berjimat. Bayar artis ada duit, tapi untuk bagi pendidikan, tiba-tiba
tiada duit. Payah nak cakap.
Walhal, golongan artis ini
tidaklah sebagus mana pun. Tak bawa banyak faedah pun. Nak kata manusia bersatu
kerana muzik, tak juga. Nak kata muzik atau lakonan mereka membawa manusia
kepada keamanan, memang sah bukan. Yang pasti, golongan artis banyak mendorong
kita supaya berlumba-lumba ke neraka. Aku sendiri dah pernah tergelincir jauh, dan
aku tahu bagaimana teruk dan jijiknya apabila kita jauh dari Tuhan. Jadi
eloklah kalau kita mula tolak artis dari acara-acara rasmi atau keagamaan atau
apa-apa acara sekalipun. Biarlah mereka sekadar menghiburkan. Tak melebih-lebih
macam sekarang.
Sekarang ini, dalam waktu
kapal sedang melabuhkan sauh, aku banyak memancing. Sekadar hobi di masa yang
tak berapa lapang. Menghilangkan tekanan yang memuncak akibat ketua pegawai dek
atau malim pertama yang memang sangat menjengkelkan. Tak ada pakai batang jorang
pun. Tali, mata kail, ladung. Itu sahaja yang aku ada. Tapi 4th
Engineer aku ada batang joran siap dengan alat-alat dia yang memang lengkap.
Dia memang pakar bab memancing laut atas kapal. Semalam aku dapat ikan dua ekor
sekaligus, tapi entah jenis apa. Nak kata ikan keli, memang sah bukan sebab
tengah laut. Saiz besar dari keli, tapi kulitnya cerah. Seekor aku lepas
balik ke laut, seekor lagi aku potong-potong buat umpan semula. Aku harap dapat
ikan yang lagi besar. Boleh buat masak masam manis macam tempoh hari. Dan
kalaulah peristiwa sebelum Ramadhan lepas tak berlaku, dah tentu-tentu aku
minta dia tolong beritahu apa masakan yang sedap untuk ikan-ikan ini. Tadi pun
makan ikan merah masak stim. Eh. Eh.. Kapal dah bergoyang. Aku rasa ada ikan
yang makan umpan aku. Abang RL nak kena tengok. Pergi dulu....
Selit-selit: Kapal ini aku rasakan hampir sama sahaja macam penjara. Itu sahaja.
4 comments:
"Are u ready for Psy?"
"Yessssss..."
Are u ready for BN?"
"Nooooooooo..."
Alamak, malunya aku..macam nak letak muka dlm poket seluar...
hoho..best nye merantau banyak tempat...
JAUH BERJALAN.. JGN LUPE AKU TAW :p
semoga RL sentiasa sihat2 :) cepat2 naik darat ok :) byk benda nak story
Post a Comment