Aku bakal kehilangan seorang kawan baik atas
kapal ini. Dia dah nak balik. Hampir dua bulan tidur sebilik (aku rasa kapal
lain mungkin tak ada macam ni melainkan kadet), sekarang aku kena belajar tidur
seorang. Aku akan hilang teman bersembang. Aku akan hilang seorang yang aku
anggap sebagai seorang abang, yang banyak mengajar aku tentang macam-macam
perkara. Aku akan hilang seorang kawan yang aku rasa tak pernah lekang
senyumnya di mata aku. Begitulah. Buruk baik, dikongsi dan diselesaikan
bersama. Dan sekarang, dia dah nak balik ke tanah air.
Mula-mula aku naik kapal, bilik tak berapa nak
cukup. Bukan tak cukup sebab apa, cuma bila masuk US, terpaksa ada satu bilik
kosong untuk orang yang dipanggil sebagai PSA. Kena pula pegawai kadet pun
tiba-tiba ramai kali ini. Jadi, akhirnya aku ke kabin doktor, yang mana ada dua
katil berasingan, dan Tarmizee diarahkan sebilik dengan aku. Kebetulan juga kabin ini agak besar dibandingkan dengan kabin lain. Aci kerat kuku,
kalau dia bukan sama warganegara dengan aku, aku takkan nak sebilik dengan
orang lain. Bukan apa, kalau dengan orang lain, nak solat susah, nak tukar baju
susah. Kongsi bilik air lagi aku tak nak. Kalau kena dengan gagak tanah besar, aku rasa tak boleh aku nak tidur
dengan bau yang susah nak dihuraikan dengan kata-kata. Perkenalan yang ringkas
campur mengejutkan aku, kerana dia adalah senior aku ketika aku masih tahun
pertama di ALAM. Mulanya kekok juga aku, tapi akhirnya aku rasa seronok. Atas
kapal, sangat-sangat sukar ada pegawai yang nak kongsi bilik sebab
masing-masing mahukan privasi, tapi kami tak berapa nak kisah. Waktu bilik
kemas, memang sangat kemas. Waktu sibuk, aku rasa kalau ada biawak komodo
bersalin atas sofa pun kami tak sedar. Personaliti? Aku dengan dia rasanya jauh
berbeza. Dia baik orangnya. Begitulah sedikit sebanyak perkenalan kami.
Orangnya agak kecil, tapi pemikirannya memang
matang sungguh. Boleh aku katakan comel. Hahah. Jenis sejuk orangnya. Kalau habis marah sekalipun, mungkin dia akan menyumpah ketika dia balik ke bilik
sahaja. Itu adatlah. Bila dah kena dengan gagak tanah besar, memang mulut
terasa terlalu ringan untuk menyumpah. Aku sendiri pun, dalam mencuba
menggantikan carutan dengan perkataan istighfar, kadang-kadang terlanjur juga.
Lain dari itu, aku boleh simpulkan dia sebagai seorang abang dan pegawai yang
memang aku hormat. Sepanjang hidup aku, sewaktu keegoan aku cukup tinggi, aku
rasa hampir tak pernah pun aku hormat seseorang sebagai abang. Pertama, kerana aku tak
pernah ada abang. Kedua, aku tak pernah jadi adik. Kepada Tarmizee, mungkin
sepanjang perkenalan dengan aku, ada kekasaran aku kerana aku tak pandai jadi
adik, jadi maafkanlah aku.
Aku rasa macam tak berapa nak seronok bila hari
makin dekat untuk dia balik. Kapal masih tersangkut di luar pelabuhan, tunggu
arahan nak masuk. Barang-barang dia dah siap kemas pun. Aku rasa berat hati
sangat. Entahlah. Nanti dah takkan ada adegan melihat pegawai tidur di depan
pemanas atas geladak waktu kapal masih membongkar sauh. Nanti dah takkan ada
adegan melihat orang taip sms di telefon bimbit walaupun tak ada pancaran atau
'line'. Nanti dah takkan ada adegan melihat orang tak tidur-tidur sebab bergayut
dengan bakal bini.
Kalau diizin Tuhan, lepas sikit dari tengah tahun
nanti, aku dah boleh mohon balik. Kalau kena pada masa, aku dapat sambut raya.
Aku tak nak sambut raya atas laut macam dulu. Kalau kena pada masa, aku nak
datang ke Terengganu. Aku akan cari dia. Aku nak beraya dengan dia. Itupun kalau ada jodoh. Dan dalam
pada masa yang sama, aku nak juga tengok mana rupa Cik Anim yang selalu buat
3rd Mate aku nan seorang ini asyik gila bayang. Hahah.
Aku harap perkenalan ini takkan terhenti di sini
sahaja. Moga Allah izinkan sampai ke syurgaNya.
Selit-selit: Bertemu di tanah asing, akhirnya
berpisah jua di tempat yang asing.
Selit-selit: Kepada pengomen tegar yang selalu
meletakkan 'kategori "hina atau tidak" ' pada entri aku, yang mana
selalu menggunakan anonymous, sila jangan beri komen apa-apa. Anda
sangat-sangat tidak dialu-alukan. Kehadiran anda sebenarnya sangat-sangat
membuat orang rasa terganggu. Terima kasih.
9 comments:
Alamak.. Tacim tacim pulop. Dgn izin Nya kite jmpe lg di tempat yg sesuai dan masa yg sesuai.
aku kan ade :P
hoho..insyaAllah...ada rezeki ko jumpa dia lagi nanti...
Katalah apa yang kau nak.....
Weh jgn rindu dia sgt.
Haha
jeles!
Weh weh weh
Jgn nk galop2
aipp ape nim
Ringkasnya seperti kata pantun ini:
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
aku harap hajat ko nak ray a kat darat tu tercapai . n kim salam kat si dia ye..
hmm..tersa kehilangan bila kita dah seronok , selesa dgn org tu tibe2 org tu dah xde..
adatlah setiap pertemuan mesti ade perpisahan,
aku tak jumpe ko lagi , jadi aku tak berpisah dgn ko kan..
hehehheheheh
(ayat aku ni mintak sekeh je..lalalallala)
mesti ko tgh menangis rindukan dia kan..?
keh3..
oh, moga dpt beraya di tanah air..
Post a Comment