Wednesday 23 May 2012

Senyuman dan Kehidupan..

Senyum. Apa yang kita akan fikirkan apabila melihat seseorang itu senyum? Tak kiralah senyum bersebab atau tidak. Kalau senyum bersebab, mungkin rata-rata akan kata biasa. Tapi kalau senyum tak bersebab, mungkin akan kata orang itu kurang siuman dan sebagainya.

Kedua-dua pendapat itu adalah salah. Senyuman bagi kita adalah perkara biasa. Biasa kerana kita lupa senyum itu ialah ibadah. Cuba kalau kita senyum dekat awek-awek yang kita jumpa waktu jalan kaki, dah sah dia tengok kita macam kita nak pikat dia. Siap dalam hati dia kata "aku bukan main lawa, mamat macam ni nak senyum-senyum. Ceh!". Walhal muka dia kalau banding dengan kucing, tak banyak beza pun. Tak kisahlah. Tengok pula pada makcik-makcik, kalau kita senyum, dia akan kata kita nak ambil hati dia sebab dia ada berdozen anak dara yang lawa-lawa. Lantaklah. Rata-ratanya, kaum lelaki memang suka senyum.

Kenapa senyum? Ada apa dengan senyuman?

Senyum itu bukan perkara biasa. Ia adalah ibadah. Kita sering lupa tentang itu. Tak perlu banyak sebab untuk kita senyum. Malah, ia membantu diri kita. Kita senyum, 'mood' pun akan jadi baik. Orang akan senyum juga bila lihat kita senyum. Kita bangun pagi dengan senyuman, dah buat kita nampak lagi manis. Ini tidak, kita bangun dengan 'mood swing', lepas itu kita mula marah-marah. Akibatnya, kesihatan terganggu, kita pun dah hampir sama macam orang tak berapa nak ada akal.

Tentang senyum ini, aku teringat satu kisah waktu Ka'ab Bin Malik tak hadir perang. Aku tak ingat dari perang mana, tapi pada hari dipanggil semua pesalah perang, mengadaplah Ka'ab kepada Nabi Muhammad. Apa jenis reaksi muka yang Ka'ab dapat? Kesalahan yang dibuatnya bukan sikit, tapi Muhammad terima kehadirannya dengan senyuman. Memang bukan senyuman menawan, cuma senyum kecut. Tapi masih dengan senyuman. Kenapa? Kerana senyuman itu membuatkan hati yang panas jadi sejuk, membuatkan akal dan minda berfikir dengan lebih kreatif dan cergas.

Dah nampak kenapa perlu senyum? Ini aku tujukan khas juga untuk orang-orang yang selalu nak masam muka tak tentu hala. Cuba senyum-senyum selalu. Tak payah nak ego sangat sampai muka nampak tak berseri langsung. Kalau ada yang tahu siapa itu Abu Darda', boleh cari kisahnya tentang senyuman beliau.

Lelaki secara umumnya memang selalu tersenyum. Perempuan? Aku rasa bolehlah dikira-kira dengan jari. Jadi perbanyakkan senyum. Dikatakan oleh para sahabat Muhammad, apabila dia senyum, seolah-olah ada matahari dan bulan mengelilingi dirinya. Jadi, bayangkan indahnya bila kita senyum.

Senyuman itu menyerikan hidup. Membuatkan kesempitan menjadi luas. Membuatkan hidup menjadi ceria.

Senyuman tak pernah merendahkan maruah kita. Senyuman tak pernah menjatuhkan diri kita.

Maka, hiduplah dengan senyuman. Senyum pada keluarga. Senyum pada teman. Senyum pada kawan-kawan. Senyum pada orang sekeliling. Senyum pada orang muda dan orang tua. Dan, senyum tak perlu kata apa-apa...


P/S: Aku tak boleh letak gambar aku senyum terang-terang. Nanti ramai ajak aku kahwin. Hahah..



Selit-selit: Rasulullah pernah berkata, bahawa akan muncul selepas dari aku para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang masuk di kalangan mereka, dan membenarkan pembohongan mereka, dan membantu kezaliman mereka, maka dia bukanlah dari kalangan aku dan aku bukanlah dari kalangannya, dan dia tidak akan dapat mendatangi telaga di syurga. Begitulah maksudnya. Au kama qala. (atau seperti yang dikatakan). Aku tak habis mengaji lagi.

21 comments:

cinta siswi said...

senyum.. xperlu kate ape2..hahaha..

#part ramai ajk kawin tuh over..hahaha

Telor Power said...

jadi....mari kita senyum.

perkara paling sempoi. tapi kalau senyum menyindir tu yg tak minat

Unknown said...

awak klik mouse kiri !
n copy untuk ambek banner tue .

Miss Nana said...

yeah .. senyuman itu sungguh menawan :) .. awet muda tu penting :)

Unknown said...

siswi- over? hahah. hakikat. hakikat. hahahah.

telor- senyum menyindir tu kira ok la dari dia buat muka macam benggali roti eksiden. hahah.

ain- sampai ke sini kau jejak kasih aku untuk GA tu. arrgghh... aku nak juga pakai banner kain rentang! hahah.

nana- asal dengan perempuan je, nak awet muda. haihhh....

NenetPenne (NP) said...

well hello hello mr romeo

i tak nak cakap pasal entry u laa kan tapi sangat laa tertarik pasal statement u tu...

"Ruangan untuk aku taip tentang macam-macam perkara. Aku menaip bukan ikut rasa tapi dari pengalaman dan pemerhatian serta penyelidikan. Tak macam orang perempuan, main ikut sedap je."<<< wahhhh seksis nampak!!!!! orang perempuan menulis main ikut sedap je? wahhh bravooo... dah buat kaji selidik ker atau just main cakap jer?? i rasa u yang menaip main ikut sedap jer...

Anonymous said...

time kasih dtg ke blog wa..

ni wa nk nyanyi sikitlah
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek..hehe
hish lelaki mmg selalu senyum , tak jugak..wa banyak jumpa lelaki kerek dan lelaki miang haha

Deleted said...

haha aku ni mmg jenis ssh senyum, tapi sekali senyum ramai terpikat *perghh ayat aku. haha abaikan

btw, nice blog, nice entry, done follow. blog gini la yg aku cari2.huhu aku dah listkan blog ko dlm bloglist aku. mmg la bkn retiss, setaun jagung ja, tp ok laa. haha

Unknown said...

NP- Banyakkan baca buku. Ambil degree belum tentu pandai. Ijazah kelas keberapa pun belum tentu. Banyakkan tengok sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Baca buku. Buku yang berasal dari kayu. Bukan dari CRT atau LCD saja.

sis92- wahh.. Lu dah nyanyi kat blog wa. Habis kemarau tempat wa macam ni. Hahah.

nurshamila- Blog cenggini yang kau cari? Hati-hati. Nanti ada kaum kau yang marah-marah. Hahahahahah.

Luahan hati said...

:) SENYUM hehe

Deleted said...

kesah pla aku. haha

Ainn Hazwany said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

uncHa- Senyum. Suka. Hahah.

nurshamila- Jangan woo.. Kena dengan makcik-makcik jenis tak berapa mengaji susah. Nanti dia sembur. Hahah.

Ainn- Senyumlah. Senyum lagi. Jangan senyum guna smiley je. Heheh.

tasekM said...

ajak kawen tu yg aku tak tahan tu... haha.

Miss Nana said...

eh..laki ta nak awet muda ke ?????

Liyana Izzati said...

Hahha. Berilah senyuman dengan ikhlas. Senyum nak goda orang, senyum menyindir, senyum sengaja nak bikin orang panas. Semua tu aku tak minat.

Senyum tak perlu kata apa-apa. :)

Ardini Izzati said...

Senyum tu pebret wa laa. Haha. Senyum tu bagus. Gelak tu takleh ke? Hahaha :)

Diari Si Froggie said...

senyum dapat meredakan hati yang sedang panas :)

Eein Azryn said...

Kalau kita senyum, orang akan senyum balik. Tapi kalau kita senyum dia tak senyum balik? Erk.. Heee. ^__^

AzelahSaupi said...

ok aku senyum :) :) :) :) :) :)

Unknown said...

tasek m- itu ayat propaganda.

nana- lelaki itu macam tanah, makin lama, makin tua, makin berharga.

liyana- kadang2 senyum menggatal sekadar nak test kesetiaan. hahah.

ardini- bukan takleh gelak. lu tak tau lagi wa gelak macam mana.. risau lu buasir terus. hahah.

aida- dah sah ada orang yang panas sentiasa. kalau tak dikipas, payah nak sejuk. heheh.

AS- kau senyum macam mana pun, mcm tu jgk la.. hahahah.