Saturday, 30 June 2012

Bahasa dan Kerosakannya?

Dari bab perempuan, sampai ke bab agama, aku ada banyak taip macam-macam. Aku nak berkalih angin pula pada bahasa, khususnya Bahasa Melayu.

Mengapa aku nak tulis tentang Bahasa Melayu? Kerana kita ini dah banyak sangat terjajah dengan bahasa asing. Aku jadi sakit hati sebab tengok banyak sangat rosaknya. Rasa sakit hati yang dah tak mampu aku istighfarkan lagi. Jadi mari kita lihat-lihat dahulu contohnya. Kemudian kita ulas sama-sama.

Contoh perkataan Bahasa Inggeris yang di-Melayu-kan oleh orang kita yang tak reti bahasa:

-Konklusi. Disadur dari perkataan 'conclusion'. Maksud sebenar ialah kesimpulan.
-Diskusi. Disadur dari perkataan 'discussion'. Maksud sebenar ialah perbincangan.
-Aplikasi. Disadur dari perkataan 'application'. Maksud sebenar ialah penggunaan.
-Kondisi. Disadur dari perkataan 'condition'. Maksud sebenar ialah keadaan.
-Kondusif. Disadur dari perkataan 'conducive'. Maksud sebenar ialah selesa.

Ok, cukup dengan yang ada seperti di atas. Sakit hati rasanya apabila ada perkataan begini wujud. Apa rakyat Malaysia dah buta kayu sampai perkataan sendiri pun dah tak tahu nak guna elok-elok? Di televisyen, akhbar-akhbar pun boleh nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Tak rasa budak-budak yang sedang belajar akan terpengaruh untuk guna perkataan sebegini? Bukan kita tiada perkataan itu, tetapi nak juga me-Melayu-kan bahasa asing. 


Elok pula nak aku sentap bibir sesetengah rakyat Malaysia yang bangga sangat guna bahasa rojak. Alasan yang digunakan ialah, "I for the time being ni kan, tengah in learning process. Lagipun feel like kampung sangat if cakap Melayu terus.". Rasa sakit di telinga aku dengar orang cakap begitu. Elok pula perempuan-perempuan sebangsa dengan aku, lepas itu bergaul tak tentu hala, tanpa kenal waktu, dengan alasan itu adalah kehidupan moden. Nampak sangat cetek akal pemikiran. Nak aku lempang pipi perempuan jenis demikian, fikir bukan mahram pula.

Satu lagi, aku di sini suka untuk menuding jari pada pemerintah sekarang. Ya, aku tak nafikan mereka ada berkhidmat untuk rakyat dan macam-macam lagi. Tapi, bab yang ini, takkan tak nampak di mata sendiri. Semua yang ada dalam kelompok pemimpin ada bidang tugas masing-masing. Jadi di mana orang yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan? Aku bukan nak sokong mana-mana pihak,  tapi tentang benda yang satu ini cukuplah aku sakit hati. Canang pada semua orang, "Kami akan menjaga orang-orang Melayu dan segalanya tentang Melayu", "Kita martabatkan Bahasa Melayu" dan pelbagai jenis slogan dan ucapan. Tapi nama parti politik yang berkuasa sekarang dah sah guna Bahasa Inggeris. UMNO itu United Malays National Organization. Salahkah kalau kita tukar pada Organisasi Nasional Melayu Bersatu? Jadikan ONMB? Apa geli sangatkah kalau dengar begitu? Parti pembangkang pun guna Bahasa Melayu. Elok sahaja guna Parti Keadilan Rakyat. Kalau DAP, tak payah ceritalah, sebab MIC dan MCA pun sama, masing-masing majoriti dalam partinya bukan Melayu. Perubahan ke arah kebaikan tak merugikan sesiapa. Orang-orang DBP atau Dewan Bahasa dan Pustaka pun takkan tak reti nak buka mulut pada pemerintah? Dah, cukup pada bab politik. Kutuk lebih-lebih nanti, nak penjaralah, nak lokaplah, nak samanlah. Macam-macam. Tegur pun tak boleh.

Kesimpulannya, tak payah nak bangga sangatlah dengan bahasa luar sampai menenggelamkan bahasa kebangsaan sendiri. Lainlah kalau belajar guna pengantaraan bahasa asing sebab orang Malaysia memang malas nak terjemah dan alih bahasa bahan-bahan ilmiah. Orang-orang yang konon mengaku 'moden' dengan menggunakan bahasa rojak, tolonglah. Kebanyakan orang tak hormat langsung pada orang-orang macam anda.

Kalau ada di kalangan pembaca mendapati bahawasanya ada terdapat di kalangan rakan-rakan atau kenalan anda menggunakan dan berbangga dengan bahasa sedemikian rupa, sila sampaikan benda ini atau tampalkan pada laman yang berkenaan. Moga kita semua memelihara dan memulihara bahasa kita.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia.

Cintailah Bahasa Kita. 

Bahasa Menunjukkan Bangsa.

23 comments:

Scha Nazri said...

dang. aku terasaa. tsk tsk tsk


aku follow sini. tsk tsk tsk

AzelahSaupi said...

aku fudk gile org gune bahasa pelat ala ala manje gitewww . hahaah

dayteenlea said...

nice post.

Unknown said...

Syazana: Terasa? Pedih? Sila bangga dengan bahasa ibunda. Hahah.

AS: Dah pandai mencarut? Ish. Orang yang konon guna pelat-pelat itu, patut dilempang sampai muntah. Hahah.

Dayteen lea: Terima kasih. Ada butang kongsi ke FB kalau nak. ^_^

~Cik Sweety~ said...

kalo nk ckp melayu,biar melayu terus..nak berbahasa inggeris,biat=r inggeris teruss.. xyah cmpur2 k.. hihi

Unknown said...

SH: Macam yang aku cakap, memang bermasalah. Jenis campur-campur yang selalu buat orang rasa sakit hati. Dahlah berterabur, buat muka macam pandai. Hahah.

Elie Lily said...

kalau kita pergi negara orang, kita disuruhnya cakap english.. kalau orang luar masuk negara kita, cube mintak dorang cakap bahasa kita pulak. baru fair kan? :)

Eintan Nurfuzie said...

cube jadi negara jepun..mewajibkan bhasa ibunda mereka x kira dimana.. even org putih yg dtg, org putih tu kena belajar bahasa jepun tu..itulah yg paling terbaik bagi cik en

Unknown said...

Elie Lily: Tak kisah kalau orang luar tak boleh cakap bahasa kita. Yang sakitnya sekarang, kita nak rosakkan bahasa sendiri dengan bahasa luar dalam negara sendiri kenapa?

eintan nurfuzie: Tak kisah kalau tak dapat nak jadi macam Jepun. Yang penting sekarang, jangan sadur perkataan dari luar, kemudian kita tenggelamkan perkataan sendiri.

Yasmin Aris said...

terasa nih . huhuh :DD

Chic Na said...

eddie, kak na terasa nih. isk isk..

Unknown said...

Yasmin: Terasa? Pedas? Hahah. Maka cubalah ubah jika tergolong sama.

Kak Na: Terasa kak? Cuba-cuba ubahkan. Nampak lagi manis macam coklat kalau guna bahasa yang betul. ^_^

nuyui a.k.a miss YUI said...

xkisah nak cmpur tp jgn ckp gedik2 aje gayanya..huhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

terasa juga meh hahhaaa

Anonymous said...

tak kire apa bahasa kite pakai. tapi jiwa kite kena betul melayu dan islam. kadang2 kite kena sesuaikan keadaan bile bersuara or berbahasa. itu melayu.

Unknown said...

Miss YUI: Campur-campur bahasa akan buat budak-budak di sekeliling kita keliru dengan bahasanya.

Wanieys: Terasa? Harus diubah kalau ada dibuat.

Rapunzel Cikilolo: Kalau nak cakap Melayu, jangan campur-campur. Itu sahaja. Nak cakap bahasa asing, terus guna bahasa asing. Tak ada masalah.

Chic Na said...

ok akan cuba. tp sesetengah ayat tu lebih mudah kalau guna bahasa inggeris. :)

Unknown said...

Kak Na: Dah tentulah. Macam contoh 'Unsur binaan lambung', dalam bahasa Inggeris, 'Hull material'. Atas kapal lagi pelik-pelik bahasa Melayunya. Tapi itu yang menarik. Kan? ^_^

ஜ miss klanika ஜ said...

tension = tensi . boley ? kui3 .

Unknown said...

Klanika: Ada banyak lagi. Solusi, tensi, macam-macamlah. Semua merosakkan bahasa.

mcjeathe said...

wikipedia reference gucci replica discover here replica ysl handbags browse this site best replica designer

phestay said...

j4t29p4l39 h3z67t2j79 a7v17m8h01 z9r29g1h61 d7e74j3r56 x7l04m8k90

stetheigh said...

m3t13w0n45 l1t41a1w90 z2t16n8x84 k1y67l8p60 v1w32a3u34 m6g28f1t40