Monday 2 July 2012

Samseng, Masyarakat dan Persoalannya?

"Kalau kau berani, datang jemput aku di rumah, kemudian kita selesai masalah. Panggil berapa banyak orang kau!"

"Aku tak takut siapa pun. Satu panggilan, semua budak-budak aku datang!"

"Setakat nak 'lauk' orang, aku tak hairanlah. Sekali libas aku henjut semua."

"Jangan sampai aku buat kau tak jumpa dunia lagi! Pedang aku dah banyak makan orang!"


Biasa atau tidak anda dengar jenis-jenis contoh ayat di atas? Biasa atau tidak anda melihat beberapa jenis manusia mengaku samseng dan seolah-olah tidak lut dengan apa-apa? Senangkah hati anda apabila anda melihat adanya orang-orang begini rupa dalam masyarakat?

Aku secara jujur mengatakan aku benci dan meluat dengan orang yang mengaku samseng atau 'gengster'. Elok pula pada sesetengah orang yang mengaku menegakkan agama, bangsa dan negara, tapi hakikatnya memukul, mencederakan dan mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam yang dah sah-sah satu negara dengannya. Ada pula kes-kes yang bermusuh dengan bangsa atau agama sendiri.


Apa dah jadi? Apa dah rasa kuat dan gagah sangat? Mari lihat sama-sama apa yang aku nak ingatkan. Aku tak kisah sama ada yang membaca ini adalah muslim, atau bukan muslim, tak kira apa bangsa sekalipun.

Pertama, tak malukah rasanya apabila mengaku hebat, kebal dan kuat atau sebagainya, sedangkan Tuhan tak pandang sikit pun? Aku nak cerita sikit tentang orang-orang yang betul-betul 'samseng' dan 'gengster' untuk jadi titik tolak pemikiran orang-orang yang kurang berguna pada masyarakat ini.

Hampir semua orang Islam tahu siapa Saidina Omar. Salah satu khalifah Islam. Tak nak cerita lain tentang dia, cuma nak sebut bagaimana 'samseng'nya dia. Kisah pertama, pernah berlaku gempa bumi pada waktu pemerintahannya. Dihentaknya bumi yang sedang bergoncang, langsung bertanya, "Hei bumi! Tenanglah! Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?". Bumi yang besar dan mampu bunuh orang berjuta-juta pun rasa segan kena macam itu dengan Omar. Setakat nak mengaku samseng pekan atau bandar, cuba tepuk bumi waktu ada gempa. Boleh buat bumi diam? Kalau nak rasa kena gelak depan muka oleh budak berumur 3 bulan, cubalah. Itu baru satu cerita. Satu kisah lagi, pernah ada satu orang yahudi nak mengadu pada Omar sebab Amru bin As rampas tanah. Apa yang diberi oleh Omar untuk disampaikan pada Amru ialah sebatang tulang yang digariskan dengan pedang. Bila Amru dapat tulang itu, mengeletar Amru sebab rasa takut dan terus sahaja serahkan balik tanah itu pada yahudi tersebut. Amru tahu apa yang cuba disampaikan oleh Omar. Kisah ini kalau nak tahu lebih lanjut, buka kitab. Cuba orang-orang yang bergelar samseng ini buat macam Omar. Ada kesan? Bukan setakat tiada kesan, silap-silap kena ketawa dengan warga emas.

Kita bergerak pula pada contoh orang yang kedua iaitu Khalid Al-Walid. Siapa dia? Salah seorang panglima Islam. Waktu dalam perang Yarmuk, dia ada jumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan. Musuh dia ini cukuplah berlagak, takbur, riak, konon bagus, semua ada. Bila Mahan beritahu pada Khalid untuk berundur, apa Khalid beritahu pada dia? Ini katanya, "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Rom, dan sebab itulah kami ke mari!". Sekarang, rasa-rasa boleh buat macam Khalid Al-Walid? Samseng sangatkah sampai nak tampal pelekat itu ini nak bagi orang tengok? Tak rasa segan nak bercakap macam Khalid sedangkan dia dah bunuh ramai orang? Setakat nak bunuh ikan keli pun dah takut-takut kena sengat, tak payah nak cerita banyak.

'Samseng-samseng' yang aku beri contoh tadi, walaupun dah banyak bunuh orang, cukup orang hormat, cukup orang segan, tetap takut pada Allah. Bila disebut tentang panas dan beratnya azab neraka, mereka punya takut sampai menggigil. Itu baru dua orang contoh. Ada banyak lagi. Yang tuan-tuan dan puan-puan yang nak mengaku samseng ini dah kebal dari api nerakakah? Ingat api neraka itu macam api dapur gas memasak yang ada di dapur rumah?

Dan satu lagi aku tak faham, perempuan-perempuan yang suka sangat berkepit dengan lelaki jenis ini. Apa tak rasa risau nak ambil lelaki begini jadi pemimpin keluarga? Tak risau dengan azab Allah yang panas, pedih dan sakit? Dah bebal sangat kepala dan akal sampai tak boleh fikir?

Susah hati aku tengok bila masyarakat jadi rosak sebab ada kelompok manusia macam ini. Kalau undang-undang negara boleh kita ubah ikut suka, nak sahaja aku cadangkan supaya sebat sampai taubat orang-orang macam ini di tengah-tengah masyarakat. Nak lagi berperisa, kita toreh sikit-sikit badannya, kemudian simbah cuka. Baru ada rasa.

Aku suka untuk mengingatkan diri aku sendiri dan rakan-rakan pembaca, jauhkan diri dari kelompok manusia jenis ini. Jauhkan diri, agar benda ini tak merebak masuk di kalangan kita yang menyayangi keluarga, masyarakat dan agama.






Selit-selit 1: Iblis nak buat jahat pun minta izin dulu pada Tuhan. Mereka? Kan itu dah tempah tiket ke neraka namanya?

Selit-selit 2: Ada orang sarankan aku bagi hadiah istimewa pada pengikut(follower) ke-100. Patutkah? Hahah.

12 comments:

Wadi AR said...

nanti aku remove balik pastu folow blog kau yg ke 100. patot tak? haha

dayteenlea said...

pernah tengok samseng belasah samseng
dahysat

Unknown said...

Wadi AR: Kau nak buat benda pelik-pelik ya. Hahah. Nak aku bagi hadiah rotan?

Dayteen lea: Samseng-samseng tu patutnya kita tangkap, letak dalam sangkar sekali dengan anjing polis. Baru dia nak tahu azabnya. Hahah.

dayteenlea said...

gulp
sure mati samseng samseng tu

Unknown said...

Heh. Setakat anjing mungkin boleh tahan lagi, tapi kalau kena macam apa Tuhan cakap? Tuhan beritahu orang yang sombong dan suka meneruskan dosanya, akan duduk dalam neraka jahanam. Itu lagi sakit~ Kan? ^_^

dayteenlea said...

awak ni mesti penah kena buli dengan samseng
hehehe
saya pun tak suke samseng

Unknown said...

Susah nak cakap. Apapun pengalaman sendiri. Dulu tak berapa nak kenal Tuhan, jadi ada juga buat silap. Entri ni memang untuk nasihat orang yang masih terjebak lagi. ^_^

dayteenlea said...

oooh

bagus la :)

Chic Na said...

tak pernah tgk & tak nak tgk. huhu.. takott. ;)

Unknown said...

Kak Na: Atas dunia bolehlah takutkan orang. Akhirat nanti kita tengok orang macam itu boleh takutkan orang lagi ke tidak. Hahah.

Farahani Faizal said...

agree with u...^^
*sye dah klik nuffnang u skali...hhe

Unknown said...

QweensheesZ: Terima kasih. Ada juga orang rajin klik iklan. Hahah. Jazakallah.