Tuesday, 3 July 2012

Akaun FB Palsu dan Ketidak-guna-akalnya?

Segala puji-pujian bagi Allah, yang tiada Tuhan hanya Ia, dan adalah Ia pada azal, tiada sesuatu jua pun sertaNya. Dan Dialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa adanya, dan tiada sesuatu jua pun kemudian. DijadikanNya segala makhluk, dan tiada sebarang hajat bagiNya. Maha Suci bagi Allah yang tinggi ketuhananNya, dan tiada sekutu bagiNya, dan lagi akan difanakanNya segala makhluk, kemudian dijadikanNya; maka dikembalikan pula.



Aaauuuukkkkkkk.....

Auuuukkkkkkkk...... (Kesan khas bunyi serigala untuk tambah seram)

Auuuwwwww..!! (Bunyi bapuk kena kacau. Ish!)

Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu, telah berkata aku yang insaf akan lemah keadaan dirinya, bersusah payahlah ia mengambil ubat di rumah sakit adanya, dan singkat pengetahuan ilmunya; dan pada suatu masa aku duduk di atas tempat orang berduduk-duduk dalam keadaan yang pening nanar, datanglah suatu pesanan jua. Jauh datangnya dari atas angin, menyusur lalu ke bawah angin, membawa ribut segala taufan dan yang hebet-hebat jua adanya. Berbunyilah pesanan itu dalam bingkai biru, "tk nk, bdk alam kuat makan..haha=p.. lgpun, i xnk laki gmoook mcm u:) *cubit pipi chubby u*haha=p". Adapun beratlah batu jemala memikul pesanan. Terasa guyur jua segala sendi anggota.

Arakian, tersebut jua di mulut hingga ke telinga antara dengar dan tidak. Bergempak gempitalah hati, apa syaitankah merasuk? Tidaklah merasuk aku, tetapi merasuk diri yang menghantar pesanan itu di pagi hari jua. Maka, kam sami'tuhum min jaddi wa abi, tersebut jualah diri penghantar pesanan itu yang amat jahil murakkab. Pecahlah hilai tawa yang berkedengaran di langit tanpa ada sangka bunyi lagi. Tersangatlah geli segala isi perut membaca pesanan begitu sehingga menyebabkan aku pergi ke tandas lagi untuk melepas hajat.

Syahadan, tentunya kalian ingin tahu apa yang berlaku. Adapun yang berlaku itu adalah satu makhluk ciptaan Allah jua, bernama manusia, yang hilang pertimbangannya, konon nak berkawan, bermesej di FB bagai, namun rupanya sebiji macam Tasha Manshahar jua adanya. Hendak menyamarlah seperti diberitakan, konon menyamar segala umpan.

Maka, pada mula perkenalan, agaklah rasa terkejut kerana di'poke' atau diusik oleh seorang artis YouTube. Namun namanya berlainan. Maklumlah, sekarang selalu jumpa kawan-kawan di kampung, maka sembangnya dah tentu lagu Melayu yang terkini jua adanya. Adapun, segala rakannya yang ada di dalam FB dia, banyaknya datang dari Kuala Kangsar, bandar Di-Raja penuh berdaulat, mempunyai keris Taming Sari jua adanya.

Dah. Cukup dengan bahasa ala-ala Sulalatus Salatin. Ingat aku buta kayu sangat sampai macam tak pernah tengok budak nama Tasha bernyanyi dalam YouTube? Nama di FB Nur Ummu Sakinah. Bila aku tanya, kenapa ada nama Natasya, cantik dia jawab, "nama i Nur Ummu Sakinah Natasya.". Aku layankan lagi. Aku boleh agak siapa, tapi aku rasa tak elok berprasangka buruk. Kerana cara taipannya sangat biasa bagi aku. Kena pula aku tengok waktu hantarnya mesej yang 'chubby' itu pada jam 5.40 pagi atau jam 0540. Entahlah. Siap komen gambar aku bukan main manja. Lelaki pun ada perasaan peliklah kalau tiba-tiba manja semacam. Allah Maha Tahu. Tak perlu menguji aku sampai macam ini. Kalau satu hari Allah balas keadaannya kerana mempermainkan orang, baru nak rasa langit itu ada berapa lapis. Kalau masa itu digunakan untuk solat sunat kan lebih baik? Ini tidak, masih lagi nak memperbodohkan diri sendiri. Ini alamatnya. http://www.facebook.com/nur.u.sakinah


Inilah hadis Nabi untuk orang-orang begini. "Barangsiapa yang menipu tidak termasuk dalam golonganku". Riwayat sebahagian Ahl-Sunan. 

Tak rasa malukah perbuatan begitu? Apa tak rasakah itu perbuatan memalukan diri sendiri? Buat akaun palsu, tapi nak buat tak berapa nak pandai. Tak perlu nak pandai IT kalau nak jejak IP Address. Sama bangsa, sama agama, satu negara, tapi perangai macam orang tak sekolah. Kalau main-main sikit-sikit cukuplah. Aku ini dah cukup sakit jiwa sebab macam-macam masalah. Tak payah nak timbul masalah lain.

P/s: Aku seru pada semua pembaca, janganlah dibuat perangai sebegini. Itu menjatuhkan maruah sendiri, maruah bangsa, maruah orang-orang yang terlibat.




5 comments:

Rayyan Haries said...

hahhahaha.... sgt lawak! tapi very islamic! thumbs up!

Rizal Sadiman said...

kan...? xkisah la ada byk mana akaun FB asalkn jgn palsu je..

Rayyan Haries? Rindu ko weyh! haha.. lama x peluk ko yg gebu haha.. korang sekolah teknik yg sama eh..?

Chic Na said...

banyak kot yg suka menyamar sekarang ni. perlu lebih berhati2. :)

yeke nak dtg kelantan. buat pe eddie?

ஜ miss klanika ஜ said...

apa tujuan dibuatnya fb palsu tue ?

Romeo Laut said...

RH: Tak berapa nak Islamik sebab ada unsur tak berapa nak baik. Hahah.

Rizal: Ini akaun palsu siap gambar artis. Rasa nak muntah. Hahah. Aku dengan Harris memang satu sekolah dulu.

Kak na: Saya nak ke kelantan untuk ambil adik. Sekaligus nak buat beberapa urusan.

Miss Klanika: Tujuannya, konon nak tengok aku ni kaki perempuan ke tidak. Rasa nak gelak depan muka dia.