PERHATIAN: Kepada mana-mana pembaca yang tidak sukakan politik, maka sila beralih ke entri lain atau boleh terus ke blog yang lain. Entri ini dibuat atas dasar kebebasan yang ada pada setiap warganegara Malaysia. Bukan nak buat sebab aku nak beralih angin ke politik, tetapi sebab politik itu sebahagian dari kehidupan.
Aku dah banyak tengok dalam Facebook, blog, dan seaneka macam bentuk laman yang ada, kebanyakannya dari pihak BN, khususnya UMNO yang banyak sangat mengutuk orang yang menyokong Pakatan Rakyat atau PR.
Apa yang aku tengok, mereka banyak menyerang peribadi orang, bukannya kelemahan sistem. Kena pula kebanyakannya lebih banyak mencarut dan bagi kata-kata kesat. Lagi seronok, aku tengok mereka suka buat undi dalam FB. Rasa nak gelak pun ada. Contoh soalan paling menarik yang aku tengok, dari page FB Pemuda UMNO Malaysia, macam-macam tanya, tapi akhirnya PR menang juga. Tanya antara BN dan PR mana yang akan menang, 4-5 jam pertama menang, tapi akhirnya tinggal jauh. Rasa malu pun ada.
Apapun, aku suka nak beritahu, bahawa apa yang PR buat, kebanyakannnya dicakap dan diputar-putar. Kali ini aku nak letak beberapa perkara asas dan remeh untuk kita sama-sama fikir.
-Canang pada rakyat, bahawasanya PAS dan PKR diperalat oleh DAP. Tapi kita semua tahu yang UMNO bergabung dengan MCA dan MIC. Apa dua-dua parti itu Melayu dan Islam pada mata mereka? Baru nak cadang buat hudud di Johor, belum apa kena bidas dengan komponen sendiri. Tak diperalat namanya? Tak perlu tunggu slogan 1 Malaysia, semua kaum rata-ratanya dah memang bersatu.
-Dikatakan dan disembangkan pada rakyat bahawa DAP akan sapu semua kalau PRU nanti PR yang menang. Tapi kita semua tahu kerusi yang DAP pegang tak banyak mana pun. Nak kata memerintah secara total yang macam mana? Ini dalam sukatan tingkatan 3 dah belajar.
-Dikatakan pada kita semua bahawa cukai dalam negara kita adalah di antara terendah. Nak tanya sikit, cukai kereta import yang keseluruhannya dah sekitar 300% itu tak tinggi? Tak mencekik rakyat? Buat kereta nasional, tapi harga dengan kereta luar lebih kurang. Padahal cukai import tak ada. Tak pelik. Angka 300% itu tak tinggi?
-Kebanyakan Pemuda UMNO kutuk ulama, kutuk orang-orang yang berpegang pada Islam. Siap ada yang 'edit' gambar ulama jilat tapak kaki apa semua. Apakah Pemuda ini dah hebat sangat ilmu agama? Kalau minta hurai surah Al-Fatihah belum tentu lepas. Ingat api neraka itu sama panas macam api dapur gas dapur?
-Sendiri dah tengok macam mana PR urus negeri-negeri yang ada. Betul ada kepincangan. Ibaratnya macam ambil kereta terpakai, sah-sah ada benda nak kena dibetulkan. Siapa punya silap yang sampai orang susah nak betulkan? Bukan pemerintahan atau 'owner' yang mula-mula? Kalau tonton tv yang sokong kerajaan tahap kipas-susah-mati, memanglah. Cuba tonton TV Selangor. Baru ada rasa.
-Anda kata "Kami memperjuangkan agama, bangsa dan negara", "Kami mempertahankan kedaulatan Melayu", dan segala macam yang Melayu lagi. Tapi sedar atau tidak UMNO itu sendiri singkatan dari Bahasa Inggeris? Tak pelik? Tak rasa nak tukar jadi Organisasi Nasional Melayu Bersatu? ONMB? Eh, rasa geli tekak pula kan?
-Balik-balik modal bercakap tentang seks, liwat, khalwat, skandal staf dan macam-macam lagi benda lucah. Tak ada modal lainkah nak bercakap? Tak rasa anak-anak akan baca benda macam itu? Profesionallah sikit. Orang dalam bahagian kesihatan punya video lucah senyap terus. Tak ada pun PR nak bising sangat buat modal bercerita.
-Rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor jauh lebih murah dan berpatutan dari Rumah PR1MA. Siap boleh ubahsuai minta berapa bilik nak. Baru betul-betul nak tolong rakyat namanya. Tapi ada keluar di tv biasa? Memang takkan keluar punya.
-Modal alasan bila aku bidas komen di FB, "tak ingatkah peristiwa 13 Mei 1969?", "tak bersyukurkah kita?", "apa kita nak jadi seperti Singapura sampai diperintah oleh bangsa Cina?". Aku nak beritahu sikit, soalan-soalan yang kau bangkitkan untuk bidas aku, pertama, dah memang pusing sebab tak dapat jawab soalan aku. Kedua, soalan-soalan kau sangat-sangat menunjukkan bahawa kau 'racist' dan sangat-sangat mempermainkan isu perkauman di Malaysia. Rata-rata orang dah pergi sekolah sekarang. Orang tak pendek akal sangat. Undang-undang negara ada. Nak perintah ikut cara mana? Sembang macam orang tak pernah ambil PMR. Taraf UPSR saja ke apa pun aku tak tau.
-Benda paling lawak, kata Mat Sabu komunis. Ingat Chin Peng berminat lagi nak masuk hutan? Hutan sekarang pun dah tak berapa banyak. Bintang tiga mana datang pun aku tak tahu. Sesedap rasa buat tajuk cerita entah apa-apa. Saja nak takutkan orang-orang tua yang trauma kena dengan komunis. Bikin lawak.
Itu sekadar beberapa perkara asas atau permukaan yang kita boleh tengok. Aku sangat muda dalam benda begini, tetapi aku rasakan perlu untuk bersuara kerana aku tak sanggup tengok orang jadi susah. Tengok mak aku nak beli barang dapur pun mengeluh sebab harga barang naik mencanak, aku rasa sedih. Turun harga petrol pun yang bukan mampu pakai. Tolong rakyat apanya.
Tak payahlah nak perjuangkan sangat kata-kata Hang Tuah yang cakap "takkan Melayu hilang di dunia". Kubur Hang Tuah pun entah di mana sebenarnya. Dia sendiri pun hilang. Melayu tetap ada. Bukan kita buat penghapusan etnik pun.
Kesimpulannya, fikirlah sebelum bercakap ikut sedap. Mana yang betul, jangan diputar. Mana yang salah, kita tegur cara baik.
Selit-selit: Aku rasa seronok tengok program JAKIM untuk tarik semula 'mak nyah' atau pondan untuk kembali ke pangkal jalan. Kalau program kerajaan yang berniat baik begini, memang aku tak ada masalah. Malah, aku sokong sepenuhnya. ^_^
3 comments:
aku suka politik. bagus, idea kau sangat bernas bro. kekalkan. aku nak orang umno ni bukak mata luas luas dan berfikir panjang
Haahah , kerajaan sekrang nak pilihan raya macam2 bagi . kita ambik je laaa kann , dah org bagi :)
Wadi AR: Masalahnya, mereka tahu. Cuma buat sombong tahap tak guna akal.
putryteya: Hahah. Dari sumber tenaga rakyat juga.
Post a Comment