Sunday, 30 September 2012

Murtadnya Seorang Kenalan..

Hari ini ada berita menarik yang aku terima, dan apabila datang berita yang aku rasa agak luar biasa, aku tanya sendiri pada tuan badannya. Ceritanya tentang salah seorang kenalan aku yang 'mengisytiharkan' dia keluar dari agama Islam (murtad). Tersentak juga aku. Aku telefon dia bertanyakan hal sebenar dan apa yang berlaku, dia dengan separuh marah membenarkan berita tersebut. Rasa tersekat sekejap bila dia kata berita itu benar. Kemudian, dia ingat aku juga akan memaki hamun dia macam orang lain buat, tapi dia tengok aku memberi reaksi sebaliknya.

Dia pula yang tersentak bila aku cuma diam dan bertanya khabar dan terus bertanya kerja di mana, apa ceritanya sekarang dan berbagai-bagai lagi. Sikit pun aku tak bangkitkan tentang 'kemurtadannya', sampailah dia sendiri bertanya kenapa aku tak cakap apa-apa tentang tindakannya yang kurang bijak itu. Aku jawab dengan penuh sindiran. "Kalau kau nak keluar Islam, keluarlah. Nak ajak kau bertaubat, aku rasa kau takkan nak bertaubat. Cuma satu, kau tak percaya ada Allah. Itu sebab kau nak keluar Islam. Kau fikirlah sendiri nanti. Di Malaysia, tak ada siapa boleh bunuh kau atas alasan Islam. Baguslah. Kiranya kau ada masa untuk berfikir dan taubat. Nyawa kita sendiri kita tak nampak, tak rasa, tak hidu atau kita boleh kesan. Tapi kita percaya nyawa itu ada. Janganlah sampai kita tak berjumpa di syurga nanti." Dia terus diam, dan aku pun terus letak 

Aku dah muak dengan orang mengaku murtad. Rasa nak keluar, keluarlah beramai-ramai. Tempahlah tiket ke neraka yang akan menjanjikan pergi tak balik-balik. Kalau ini negara Islam, aku tak rasa ada yang berani nak mengaku murtad. Kalau rasa tak sayang leher, mungkinlah. Didikan agama tak ada. Harap cikgu di sekolah beritahu. Akibatnya, jadi begini. Rimas nak pakai tudung, rimas nak tutup-tutup, susah nak tidur dengan pasangan, terus mengaku bukan Islam. Kalaulah nak jadi jahat sekalipun, jadilah jahat. Teruskanlah kejahatan anda sepuas-puasnya. Dan biarlah menjadi fasik dalam amalan. Jangan jadi fasik dengan akidah atau nifak. Dengan izin Allah, jika redha Dia, akan ke syurga juga akhirnya. Tapi beringat-ingatlah samada anda cukup samseng untuk 'tunjuk samseng' dengan pencipta anda sendiri.

Payah nak cakap. Bila kita jadi fasik akidah (tak percaya Tuhan, hari kiamat, malaikat dan lain-lain), memang tiada tempat untuk kita di syurga. Nauzubillah. Kalau tak solat, tak puasa, dan sebagainya tetapi tahu dan mengaku bahawa perbuatan itu wajib dibuat, tetapi ingkar, ia jatuh kepada status muslim a'si (orang Islam yang derhaka). Sekalipun banyak dosa kita, tetapi masih berpegang dengan Allah dan Muhammad, dengan izin Tuhan akan ke syurga juga kita. Bab akidah, syurga neraka, apa semua ini panjang huraiannya, tetapi cukuplah kita berpegang begini.

Aku sebenarnya dalam keadaan sedih. Aku rasa sedih campur marah dan bermacam-macam. Aku sendiri pernah melampaui batas diri aku sendiri, tetapi kalau sampai tahap begini, aku rasa terlalu melampau. Entahlah. Aku harap bertukar sistem negara. Umat Islam dalam Malaysia ini dah terlalu ramai yang makin kurang akal.




Selit-selit: Aku rasa cukup-cukuplah takat ini sahaja. Bila hukum Islam tak tertegak, maka samalah seperti manusia itu dicabut akalnya. Menjadi gila dan huru-hara.

21 comments:

khairolina said...

hmm tkut plak dgn org yg murtad.. bukan apa.. tkut dia mngajak kita ke-jln yg xbetul..kadang klu pndrian xtetap, didikn agama yg xcukup sungguh muda nk keluar dr islam...

semoga Allah lindungi aq,keluarga dan sahabat dr keadaan sebegini...

paripariputih said...

Astagfirullah... Speechlees aku pun ada kwn yg dr berpurdah (sudah berkahwin) and one day I saw her picture holding a puppy.. Aku tersentak tak kuasa bertanya bila jumpa teman2 sekola di majlis reunion, aku dpt tahu dia dah bercerai dan kawin dgn lelaki amerika dua masa tu duda dan janda ttng status islam dia tu ermm mmg aku tak tau sampai hari ni... Semua perkara2 mcm ni betul2 buat aku takut :|

Romeo Laut said...

Lina: Susah nak cakap. Nak komen lebih-lebih pun, undang-undang Malaysia seolah bebas melakukan apa sahaja.

PPP: Susah nak cakap. Kalau cerita-cerita orang, nak percaya pun susah. Tapi ini yang memang tuan badannya mengaku sendiri. Itu sebab RL berani kongsi.

Everything's Everythings said...

MashaAllah.. teruknya

Kalaulah di zaman Rasulullah dahulu org yg Murtad dan menzahirkannya di khalayak ramai hukumannya ialah hukum bunuh selepas tempoh diberi utknya bertaubat, untuk mengingatkan yg lain bahawa Agama Islam bukanlah sesuatu yg dibuat main-main..

Sekarang ni wAllahualam, semoga kita semua dijauhkan dari lemah iman terikut2 dgn ajakan mereka..

Cik Ummi said...

aku suka cara kau tegur member kau tu. sgt mendalam.

semoga kawan kau tu terbukak balik pintu hatinya nak bertaubat sebelum terlambat..

hmm.. negara Malaysia ni hanya Islam pada namanya saje.. tp takde pun nak praktikkan.. masyaAllah ~

Romeo Laut said...

EE: Nak dipancung, bukan kuasa aku. Aku sekadar boleh bercakap. Zaman sekarang? Nak harap sistem sekular ini banteras benda-benda macam ini? Tak payah haraplah.

Romeo Laut said...

Ummi: Tegur pun, entah lekat entah tak. Negara Islam? Hahahah. Isteri pemimpin pun 'sangat kuat' Islamnya.

JR said...

Kita bukan tinggal di negara Islam jadi mereka yg murtad tak boleh dihukum mengikut hukum Islam. Kerajaan kata ilmu agama di sekolah dah cukup menjadi benteng membentuk seseorang menjadi muslim dan muslimah, tapi ilmu yg diturunkan artis2 Melayu berpakain dedah sana dedah sini lagi kuat mempengaruhi remaja kita. Itu tak masuk lagi rancangan2 hiburan di TV yg meronta2 mengajak remaja menjadi persis org Barat...Sebab tu pernah ada kes remaja perempuan bertudung memakai rantai salib krn pengaruh persekitaran lagi kuat dari ajaran seorang ustaz dan ustazah di sekolah...

BCJ said...

Islam agama yg benar..tiada agama yg benar selain Islam..semoga kita semua beroleh iman yg kuat hingga ke akhirnya..aminn..

baby comel said...

kenapa jadi camtu ye?? saya xtau nk cakap pe.. kalau nk diajar dah besar pun, sendiri boleh fikir baik buruk kan. tp kalau dah pilih utk hidup tanpa Islam, sendiri mau ingatlah.. Ya Allah teguhkan iman & keyakinanku terhadapMu.. Amin,

zila manaf said...

ikutkan hati mati...

Chic Na said...

Nauzubillah. ada ek macam tu. senangnya diorang ni buat keputusan. mcmana diorg berfikir yek. hmmm..

Iffah Afeefah said...

kan da kate? matang betul entry
xpadan ngn umur

balik topik...

bile iman tu tak kuat, inilah jadinye...mudah sangat mengaku murtad..padahal hukum Allah da jelas.

Kadang rase nak marah, tapi tak guna kita marah kalau dia sendiri tak terkesan pon ape y kita marahkan

Romeo Laut said...

JR: Agak-agak kalau umat Islam di Malaysia masih nak mengekalkan pemerintah yang sekular, pemerintah yang tak ambil peduli sangat tentang hukum, tak tahulah nak kata.

BCJ: Islam itu memang benar. Tapi umat Islam itu benar-benar Islam atau tidak?

Baby: Dia ingat neraka ada air cond agaknya.

Zila: Setuju.

Kak Na: Mereka berfikir guna kepala lutut.

Iffah: Matang? Entahlah. Hahahah.

aimi adilah said...

manusia skrg mcm2 hal...

tp kawan kamu ni.. sy xtaw nk ckp.....

sebab sy pon bkn lah hbt dlm bab agame..

kite doakan yg terbaik je lah untuk dia

Kesuma Angsana said...

takutnyer dgn dunia skarangni perkara murtad sebegini diambil mudah aje. !

Afifah Bakri said...

erkkk...tersentak baca entry romeo laut...kawan sendiri kann...

ape2 pown...semuanya kembali pada diri sendiri...kembali pada IMAN yg tertegak dalam diri...

#sama2 lah tepuk dada tanya IMAN..



Cik Muda said...

takutnye....~

BeLLa said...

sejahat jahat aku xkn ak nak murtad

Romeo Laut said...

Aimi: Sebab bila kurang ilmu, memang tak mustahil jadi macam ini.

KA: Sebab pemerintah pun tak ambil tahu.

Afifah: Bila kawan itu yang makin terkilan rasanya.

Cik Muda: Takut? Kalau dah tahu takut, agak-agak dah tahu apa perlu buat kan?

BeLLa: Tapi kalau dah tahu jahat, patah baliklah jadi baik. Takut Tuhan tak bagi muka dah. Langsung sesat nanti.

comeliness_zaty said...

Semua nya berbalik pada iman masing2. kalo dah rase Allah tu tak wujud, jangan lah makan rezeki makanan yg Allah bagi dan jangan lah hidup kat bumi yg Allah pinjamkan..kita doakan jelah semoga dia diberi hidayah..