Friday 12 October 2012

Laman Sosial dan Perasaan Kita..

Sebermula alkisah, tersebutlah suatu tempat bernama Bendang Panjang, dalam Kuala Kangsar jua adanya, tertakluk jua ia di dalam kamus perbendaharaan Perak Darul Ridzuan, ke bawah sedikit letaknya di bumi semenanjung dari Kedah jua adanya. Tatkala hijratun-nabiyyi sallallahu alaihi wa sallam seribu empat ratus tiga puluh tiga, kepada tahun hijrah, pada dua puluh enam haribulan Zulkaedah, kepada hari Jumaat, waktu gelincir matahari, pada zaman kerajaan Najib Razak, maka tersebutlah suatu kenderaan, kereta jenisnya, Proton Wira bangsanya, terjatuh dua tayar kanannya ke dalam longkang kerana tersilap agak jarak longkang dan bahu jalan. Jemaah yang baru selesai Jumaat menjenguk.

Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu, telah berkata aku yang insaf akan lemah dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya, "Moh kite angkat ramai-ramai. Jenuh kalau 2-3 orang je." Maka naiklah segala yang kuat-kuat dan gagah-gagah perkasa bak Badang jua lagaknya. Diangkat oranglah kereta itu dan diletak ke tepi. Selesailah satu masalah adanya.

Syahadan, nak dijadikan ceritera, aku pun pulanglah ke mahligai singgahsana aku yang makmur ini. Maka, aku pun mulalah nak melayari internet. Aku pun tekan satu laman. Warna biru. Aku pun berjalan-jalanlah di alam maya ini. Sebentar. Aku tak rasa ini benda yang aku nak taip buat masa ini. Cukup sekadar kita buat pendahuluan dengan sedikit pertanyaan.

Apakah perasaan anda apabila.....

  • anda buka laman sosial dan tengok halaman orang yang anda sangkut hati tahap dulu, kini dan selamanya, sekonyong-konyong anda terlihat dia buat status yang rasa macam perit tekak membacanya sebab mesra dengan orang lain?
  • anda buka laman sosial dan tengok halaman orang yang anda sangkut hati tahap dulu, kini dan selamanya, sekonyong-konyong anda terlihat dia bergambar bukan main rapat dengan manusia lain? Dan dia beria-ia menghalang dari melihat gambar tersebut?
  • anda menekan butang 'home', dan anda lihat kenalan-kenalan anda seperti manusia yang tak tahu beza FB dan Twitter dengan mengemaskini status menggunakan @ dan #?
  • anda melihat ada kenalan anda buat status dengan perkataan konon manja dan gedik?
  • anda melihat kenalan anda begitu gembira tanpa adanya anda?
  • anda buka laman sosial, dan melihat notis-notis dari entah mana-mana kumpulan masuk secara berbondong-bondong sampai nak buka pun seksa?

Kawan aku dah angau. Tapi dalam angau dia, ada terselit rasa pedih dan perit. Entahlah. Nak kata pun susah. Makin maju dunia, makin pening nak hadap. Aku masih menanti dokumen aku lengkap. Ada juga aku menunggu dokumen asal aku, tapi agaknya dah ke longkang parit mana agaknya. Tak mengapalah.





Selit-selit: Naik kapal cepat, kumpul duit cepat, cepat turun darat, cepat meminang. Buktikan aku tak cakap kosong dan main-main dalam hidup aku.

Selit-selit: Aku nak buat giveaway sulung, agak-agak ada sesiapa nak jadi penaja?

13 comments:

Unknown said...

RL aku tgh driving mlm kang insyallah aku akn bca ok take care eh? Bukan aku ke yg kena take care sbb bersms sambil driving ha3 catch u later >..<

aku HaniAsyira said...

mang angau lah kalau mcm tu kan

Unknown said...

nak masuk minag aku ke??? ahahahhahahahahhaha

biase lah it sudah menguasai minda manusia skrg nie =)

JR said...

Masuklah minang cepat2, asal jgn minang ikan duyung dlm laut biru tue...hehehe

Unknown said...

anda buka laman sosial dan tengok halaman orang yang anda sangkut hati tahap dulu, kini dan selamanya, sekonyong-konyong anda terlihat dia buat status yang rasa macam perit tekak membacanya sebab mesra dengan orang lain? ~ (terkedu,siyes rasa nak pitam pun ada... tapi siapalah kita untuk berkata apa2... kan...)

anda buka laman sosial dan tengok halaman orang yang anda sangkut hati tahap dulu, kini dan selamanya, sekonyong-konyong anda terlihat dia bergambar bukan main rapat dengan manusia lain? Dan dia beria-ia menghalang dari melihat gambar tersebut? ~ dalam hati dengan berat berkata BUKAN DIRI KU... (yg membawa maksud bukan aku la orag yg membahagiakan dia rupa2nya).

anda menekan butang 'home', dan anda lihat kenalan-kenalan anda seperti manusia yang tak tahu beza FB dan Twitter dengan mengemaskini status menggunakan @ dan #?
anda melihat ada kenalan anda buat status dengan perkataan konon manja dan gedik? ~ (erk geleng kepala, tapi masih tekun gak membaca perkataan manja dan gediks tu ha ha ha)... dan sedikit kutukan dihujung tu.. mua ha ha ha (macam le aku pun bagus sgt :P)

anda melihat kenalan anda begitu gembira tanpa adanya anda? ~ terasa sangat jauh hati.. sebab diri ini ibarat melukut ditepi gantang je layaknya :(

anda buka laman sosial, dan melihat notis-notis dari entah mana-mana kumpulan masuk secara berbondong-bondong sampai nak buka pun seksa? ~ delete.. tapi mana2 yg rasa boleh layan aku simpan :)

p/s: mohon maaf sbb baru berkesempatan nak reply n3 ang :) selamat malam RL

Unknown said...

bse la tu

zaty said...

yup. dalam laman sosial mcm2 mende boleh tau. even cite dlm kain atau masalah rumahtgge pun dijaja dan menjadi tatapan umum. spatutnye kena lah limitkan hal2 mcm tu..

Anonymous said...

anda menekan butang 'home', dan anda lihat kenalan-kenalan anda seperti manusia yang tak tahu beza FB dan Twitter dengan mengemaskini status menggunakan @ dan #?

reaksi aku -- ianya hanya beberapa buah simbol yang mungkin sewajarnya tak perlu direbutkan hak penggunaan laman sosial yang mana. Gunakan, asalkan bahagia.

kocix! said...

mcm ade unsur jeles je..heheh

Unknown said...

ada la juga mcm ni , kes cemburu buta. haha~

Unknown said...

Romeo ang di tag lam n3 aku yg ni :)

http://paripariputih.blogspot.com/2012/10/misi-ku-masih-belum-selesai-berjimba.html

Unknown said...

Kepada pengomen semua, secara ringkasnya entri ini dalam maksudnya. Begitulah. Yang Anon tu, nak beritahu sikit, kita akan lihat sesuatu daripada kebiasaan. Jadi kebiasaannya begitu.

Anonymous said...

Lu nak meminang sapa sebenarnya ni.