Thursday 18 October 2012

Perempuan Kini dan Senarionya..

Maaflah aku tak dapat nak kemaskini blog setiap hari. Elok pula di musim-musim aku nak kena mempercepatkan proses persiapan untuk menghilang. Rasa macam Malaysia ini kecil atas peta dunia, tapi bila nak melangkah ke sana ke mari, rasa macam luas juga. Nak dijadikan cerita, sedang aku tengah nak membancuh air dalam mug tadi, berderinglah telefon bimbit. Panggilan dari seorang kawan. Sama kaum dengan aku, yakni satu jantina yang cukup terkenal dengan rajin, sopan, lemah lembut, sebaik-baik ciptaan dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat mulia dan murni. Maka, disebabkan aku dapat internet yang baik kelajuannya, seperti lajunya otak kaum aku berfikir, maka aku nak kongsikan cerita ini.

Ini adalah perbualan pertengahan di antara aku dan dia sebentar tadi. Bab mengadu masalahnya yang boleh aku katakan merunsingkan. Yang permulaan tak ada kaitan dengan apa yang aku nak cerita dalam entri ini. Nama yang diletak di sini hanya AZ untuk menyembunyikan identiti.

AZ: Aku pening betul kepala aku ni. Opah aku dah nak datang dah dari Shah Alam. Aku balik tadi, tengok rumah apa pun tak berkemas lagi. Satu apa benda pun tak bergerak. Opah aku memang bising jawabnya kalau dia nampak macam ini punya rumah.
Aku: Bukan kamu ada adik perempuan? Takkan tak menolong langsung?
AZ: Allahu Akbar! Budak perempuan zaman sekarang bukan boleh pakai. Satu apa benda pun tak boleh harap.
Aku: Dah tu, cuba kamu suruh dulu. Mana lalu kamu nak mengemas sesorang. Jenuh kerjanya.
AZ: Tak payahlah. Perempuan sekarang apa pun tak boleh buat. Boleh aku kata rata-rata rupa itu juga.
Aku: Susah nak cakap. Dah tu nak tak nak, kemas. Aku nak menolong pun jauh. Sabar. Apa-apa telefon aku.
AZ: Nanti kamu dah ada dalam kawasan Kuala, kamu telefon aku. Rasa nak teriak aku dari subuh tak henti-henti kerja. 
Aku: Sabarlah. Cuba yang terbaik.
*Setakat ini sahaja. Seterusnya perbualan kosong yang singkat.
*Perbualan ini berlangsung dengan loghat Kuala Kangsar.


Apa yang menarik di dalam perbualan itu? Bab perempuan. Lama dah jari-jemari aku tak menaip bab kaum yang nan satu ini. Satu jenis bangsa yang seringkali menyebabkan kaum aku runsing, pening kepala, mencetuskan perang dan sebagainya. Yang bagus di kalangan mereka aku tak nafikan. Memang ada. Sampai tahap lalu depan suami pun beria tunduk hulur tangan sampai menyeret tanah. Itu sekadar kes terpencil. Kalau zaman dahulu, di mana zaman Alexander Graham Bell masih kanak-kanak, aku boleh percaya yang orang perempuanlah yang rajin dan pandai mengemas rumah, uruskan itu ini dalam rumah. Kira jadi pengurus untuk suami yang bergelar tauke. Zaman Najib Razak? Perempuan dah pandai melawan. Ditegur sikit, dia terus jumpa peguam. Dinasihat sikit, katanya kita tak kuno, kolot, dan berbagai-bagai lagi istilah yang menunjukkan kita seolah-olah datang dari zaman batu.

Benarkah perempuan tak boleh pakai? Entah. Nak cakap lebih-lebih, tak berani pula kerana aku belum kahwin. Tetapi kalau diukur dari pengalaman aku melihat mereka dan tatacara hidup mereka, aku boleh katakan majoritinya ibarat minyak wangi. Kenapa minyak wangi? Kerana ia hanya harum dicium tetapi tak boleh diminum. Banyak sangat kes-kes lelaki jatuh lingkup dan tersadai kerana bangsa yang banyak lekuk-lekak ini. Ada pula contoh kes, kadang-kadang dah jumpa yang elok, bersembang memang tahap rasa tak nak tidur dah buat selamanya bila dengar suara, tapi alih-alih, ada orang yang punya. Itu pun haru juga.

Ada pula kes, bukan main elok bercakap apa semua, ketika kita tengah cuti, boleh layan bersembang. Bila sampai waktu kita disibukkan dengan waktu bekerja, katanya kita dah berubah. Jenis ini pun susah nak dilentur juga.

Waima apa pun, hanya mereka jugalah yang boleh menenteramkan hati bila kita resah, walaupun kebanyakan kali, merekalah yang menjadi punca resah. Aku harapkan esok-esok pendidikan Malaysia ada sesi mengajar perempuan untuk menjadi perempuan. Bukan hanya perempuan atas dasar fizikal dan atas jantina yang tertera di kad pengenalan.



Selit-selit: Lelaki dan perempuan itu sama sahaja di hadapan Tuhan, tetapi tidak serupa. Agak kalau teringin nak memperjuangkan hak persamaan gender, jadilah perempuan yang betul-betul perempuan dahulu. Kemudian nak jadi lelaki, penkid, tomboy, ikut sukalah.

Selit-selit: Dulu rajin aku buat gambar dengan quote, tapi sekarang ini tak banyak masa.

21 comments:

Unknown said...

LOL adeh... part mompan jaman sekarang tu mmg aku x nafikan... aku pung kan penah tulis n3 pasai mompan yg x reti masak.. (bukan nak berpaling tadah pd kaum sendiri...) tapi fitrahnya lau kita ni mompan makan sekonyong2nya harus ada sifat kewanitaan yg lebih menjurus kepada berkemasa, masak, (ikutkan byk ber aku nak listkan) tapi malas.. sbb apa.. cakap pun tak guna... selagi empunya diri tak mo berubah...

aku pun bukan lah permpuan yg perfect (byk sgt kelemahan aku.. tapi sekurang2nya perkara basic yg harus ada lam diri sesorang mompan tu tlh aku lakukan dgn yg terbaik.. walaupun masih lagi banyak kepincangannya.. fuh...)

belajar la jadi wanita :) bukan susah pun :) tu je aku leh cakap.. ha ha ha mohon ko gigih mencari wanita impian ko RL good luck >..<

Cendol said...

perhhh perhhh entry panas penuh kesentapan!aq pn tak nafikan.mmg btol tu perempuan kini ade yg mcm tu tp tak semua la.kdg2 org yg malas2 ni kene bg rase hidup sendiri,baru dia rasa.haha aq pun malas tp aq terpaksa berubah sebab mak takde nak buatkan semuanya utk aq.
oh sudah terhantuk baru terngadah!haha
bab masak tu mmg pompuan tak boleh lari la setinggi mane pun belajar,dapur mesti jadi tempatnye jugak.takkn tak reti masak langsung,itu kes parah!

Unknown said...

perghhh sentap bce statement ni,nope mmg salah sekali.. ada yang x mcm tu,,,yg pmpuan mcm tu pmpuan yg dri keluarga kaya atau bajet kaya or moden

Unknown said...

PPP: Susah nak huraikan. Hahah.

Cendol: Bab masak apa semua, lelaki pun kena belajar juga, tapi agak melampaulah kalau perempuan nak menolak.

Bella: Hmm.. Aku rasa kau baca dengan penuh perasaan macam nak tercabut buah pinggang. Aku ada kata, memang ada yang elok dan baik, tetapi kes terpencil. Tak semua.

Unknown said...

hahahahah ok

Chic Na said...

err.. tak semua macam tu la eddie. masih ada perempuan melayu terakhir tau. cuma mungkin yang jenis macam tu lebih menonjol. pendapat kak na je. :)

Unknown said...

Kak Na: Saya rasa ramai pembaca dari kalangan wanita membaca dengan emosi marah. Ada saya tulis, memang ada yang baik, tetapi sedikit. ^_^

Unknown said...

hahah . stended lhaa , kalau nak tgok prmpuan skrang. jgn cakap masak , kmas rumah . lipat baju pon belom tentu pndai . bkan nak bukak aib prmpuan , tapi itu hkkatnya .

bkan smua orgg kaye taa reti buat kerje , kdng2 bdak kg pon pmlas jgak , sampai kan satu bnde takk taw nakk buat . haha .

same lhaa dgnn saye , bkan smua bnde dah pro , bnyak bnde lagii kene ljar nak jadi wanita :D wlaupon dah tua bngke , bnyak bnde nakk kene blaja :D

#eerr , apee sall lhaa pnjng plakk komen niee , boleh buat entry satu lagii plakk . rassenyee ain dahh berjngkitt dengan ppp niee suke komen pnjng 2 , hahahaha

Unknown said...

welkam home

btw aku separuh setuju sbb tak sume cmtu

bab p naik mahkamah mmg ye. skng pempuan lebih berkuasa

so talk to my hand jwpnnye

#malas itu tak semestinye pempuan je

#kat umah sy laki pon sme je mlsnye

Nana Lee said...

bg sy rajin dan malas tu bergantung kepada seseorang..tak semestinya ikot jantina kot..:)

JR said...

Nak kutuk pompuan lebih2 pun tak tergamak pula. Maklumlah mak saya pompuan, nenek saya pompuan, istri saya pompuan dan saya ada seorang anak pompuan. Tapi kalau kata pompuan sekarang tak mcm pompuan zaman mak dan nenek kita ada betul juga kot. Zaman dulu pompuan tak kerja, sekarang pompuan berkerjaya. Mereka pun ada rasa penat dan letih juga. Kalau yg dah berkeluarga mcm saya, kenalah tolong menolong. Mcm saya (bukan nak angkat bakul) kerja cuci pinggan, kemas rumah dan cuci bilik air dah masuk senarai kerja harian saya. Tinggal masak lauk saja tugas istri, itu pun bab menggoreng memang hak hakiki saya.

Kata pompuan "tak boleh pakai"? Kejam sangatlah kata mcm tu...bila kawin tau lah nanti pakai bini, tak caya tengok hasilnya, berderet2 anak nanti sebab terlebih pakai!!!

inche hlovate said...

tak semua perempuan macam tu la.. tengok sya, mngemas pandai, memasak pandai, membebel pandai semua la pandai. mcm ni la calon org rumh yg baik :P haha okay gurau..

*tak tahu la nak cakap apa..kne buat researh dulu

AAA said...

amboi amboi. dah kutuk kutuk tapi last last perempuan juga pengubat segala rasa. hebat sebenarnya perempuan ni.

tak gitu? eheh

Aimacomel said...

saya mampu tersenyum je membaca ni.. cuma nk cakap, saya la tu agaknya org yg dimaksudkan tu.. entahla.. mahu jadi yg sempurna akalnya, sempurna fizikalnya, sempurna ciri2 yg selayaknya digelar wanita. tp, mungkin kerajinan tu tak berpihak kepada ku.. maaf, the fact is 'i'm not perfect' tu dalam hal2 mengemas rumah la. bab lain rasanya, masih mampu belajar lagi. hehe

Unknown said...

Pelangi Biru: Tak tahu aku nak kata apa. Hahah.

Iffah: Aku dah jelaskan, memang ada yang elok.

Nana: Aku tengok juga keadaannya macam mana sebelum aku menaip.

JR: Rasanya untuk mak, isteri, nenek dan segala yang atas-atas tak tergolong dalam entri ini kerana ia generasi dulu. Tetapi generasi sekarang ini. Sangat susah nak dinilai.

inche: Calon yang sesuai ya? Saya nak jumpa mak ayah awak boleh?

AAA: Itu kebiasaan. Tak lalu nak bercinta sesama lelaki. Hahah.

Baby comel: Boleh aku bayangkan keadaan bilik tidur kau. Hahah.

Lina said...

tkut aq baca entri ni.. xbrani nak komen pnjang2 kot...

ok ini aq.. bg aq ,bab masak kemas rumah lipat kain basuh kain aq ok je stakat ni xdak yg susa bg aq.. dan aq masih lagi atas nama perempuan...

pada perenggan ke6 hahaha itu aq ngaku.. bukan apa.. tym cuti elok je dia msg n kol.. kita layan separuh nafas..eh mcm lagu plak.. tp bila kerja lgsg xpduli kita.. se elok2'y wlupun bx antar la text 1,ckp tngah bz.. ke apa2 lah jnji pmpn ni senang hati....

eh aq ni kata xmau komen pepanjang.. tp terlebih pnjang plak.. sory eddie.. hehe

a.R said...

tu mmg tak dinafikan la RL... even sy ni seorang perempuan jg. Dunia semakin berubah, cara hidup pun berubah. tak macam zaman mak2 dulu. syukur sy bukan dilahirkan pada zaman 'pampers' ni...

Unknown said...

pertama: aku juga agak sentap..sebab aku pun tak pandai masak..hehe..

kedua: memang sesetengah perempuan zaman sekarang tak banyak kemahiran dan kurang cekap bab2 urusan rumahtangga...but kita kena tengok juga background..kadang2 didikan keluarga berbeza2...pemikiran juga berbeza..mungkin bagi aku yg duduk di kampung parent mengekalkan nilai2 ketimuran..mereka yang dah terdidik dengan "western style" tak tahulah nak komen apa kan..but nobody perfect..

ketiga: aku suka entry ni =)

ika said...

perempuan mmg susah difahami~

Deleted said...

adoyai..marah nmpk bang..haha nk bt cmna, itulah hakikat..klu pompuan betul2 ikut nasihat rasulullah, insyaallah xjadi camni..tp kena ingat, bukan semua busuk okayy..haha

zaty said...

lelaki skrg banyak pilihan sbb perempuan lebih ramai dr lelaki. pilih lah mne yg dirasa sesuai..