Thursday, 15 November 2012

Muharram dan Coret-coretnya.

Selamat Tahun Baru untuk semua blogger, pembaca dan semua sekali. Dah masuk 1434 Hijrah.

Tak payahlah cerita bab azam baru, segala-gala nak buka cerita baru bagai. Yang tiga empat tahun lepas punya azam pun tak selesai lagi.

Tapi apa yang dilaksanakan oleh kita bila masuk tahun baru? Kalau tahun baru yang digunakan di seluruh dunia yakni kalendar masihi, sangat-sangat banyaklah sambutan dan hiburan tahap melimpah ruah. Di televisyen, jangan cakaplah rancangan tahap tak boleh tidur punya. Kalendar Cina pun begitu juga bila masuk tahun baru. Memang tahap merah mata berjaga semata-mata nak sambut tahun baru. Silap-silap boleh jadi hijau

Walaubagaimanapun, bagaimana cara kita sambut tahun baru Islam? Tak dinafikan banyak masjid, surau-surau, paling tidak keluarga yang menyambutnya dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun beserta beberapa acara keagamaan sampingan. Itu tidak ditolak sama sekali. Sangat bagus dan sangat menyeronokkan sebab cara Islam tak perlu bunga api yang harganya kalau buat beli beras, boleh buat kenduri. Tak perlu jemput penyanyi luar untuk terkinja-kinja di atas pentas. Jauh sekali memerlukan binatang seperti singa atau naga untuk melompat dari satu tiang besi ke tiang yang lain.

Dikesalkan ialah beberapa rancangan di televisyen. Ceramah-ceramah yang ada bagus dah. Tapi telefilem sempena Maal Hijrah itu. Ditunjukkan bahawa insan yang pakai seksi, terdedah sana sini itu jauh lebih baik dari yang pakai serban, yang pakai tudung labuh. Yang bercelak itu membawa watak jahat. Dialah yang setan, dialah yang paling tak berguna. Apa jenis pengarah yang buat cerita pun aku tak tahu. Itu dari segi filem dan drama di televisyen.

Kita beralih pula ke bahagian seterusnya. Mungkin ada di antara kalian pergi ke masjid atau surau untuk menyambut tahun baru semalam. Cuba tenung-tenung, menung-menung, fikir dalam-dalam, berapa kerat budak muda yang hadir ke surau atau masjid. Aku taklah selalu hadir 5 waktu sehari semalam di surau, tapi bila ada hari-hari kebesaran macam ini, rasanya perlu untuk orang muda ada. Kalau malam tahun baru masihi, bukan main lagi terlompat-lompat mengalahkan kera hilang mak menari dalam 'club'. Tapi bila ajak ke surau, haram tak mahu. Fikir-fikirlah.

Ya. Fikir-fikirlah. Mana-mana yang dah ada anak, cuba sebatkan dua tiga das ke belakang dia kalau nampak tanda-tanda yang macam aku cakap. Kalau yang dah ada suami atau isteri, pulas telinganya kalau tak reti bahasa nak ke langkahkan kaki ke masjid bila tahun baru. Tak payahlah ucap selamat tahun baru di Facebook, Twitter atau mana-mana laman sosial, sekadar nak tunjuk pada orang lain, "aku pun sambut juga", kalau tak reti-reti nak sambut dengan cara yang sepatutnya.

Puas aku buka tahun baru dengan membebel. Geram.




Selit-selit: Asyik-asyik nak berlembut pun kadang-kadang tak berguna juga.

Selit-selit: Aku pernah rasa macam hidup aku kembali bangkit. Tarikh itu ialah 7 Februari 2011. Sampai hari ini aku ingat tak kira macam mana pun.



7 comments:

Unknown said...

Tahun baru?? hurm... memang pun aku pun setuju.. sepatutnya hari mcm MAAL HIJRAH, MAULUD NABI etc.. la yg kita kena utamakan..

pasal penghijrahaan... insyallah akan melakukanya secara perlahan-lahan nak jadi lebih baik dari sebelum2nya baik dari segi apa?? dari segala segi... mohon aku dapat laksanakan jugak tak banya sikit...

p/s: moga tarikh 7 feb 2011 tu menjadikan ko seorang insan yg tabah... amin... ^_^

Unknown said...

salam maal hijrah ya

Aimacomel said...

azam baru? mungkin.. mungkin jgk azam tu diperbaharui.. saya bukan baik, cuma saya mahu berusaha menjadikan diri lebih baik dari semalam.. xmampu nak mintak lebih sebab yang ada pun saya masih belum mampu nak laksanakan..

Nana Lee said...

Salam Maal Hijrah..

Azam tetap kena ada walaupun yang lepas- lepas tak tertunai lagi..haha

iye, memang susah nak nampak orang muda di masjid. sebab duk sibuk ucap maal hijrah dalam fesbuk..

Unknown said...

yeah..mereka sibuk duk ucap sana sini..tapi tak reti untuk menghargai dan menyambutnya mengikut syariat...

p/s:nampaknya aku takda azam baru sebab aku kena pastikan azam aku tahun ini untuk berjaya dalam SPM..lepas tuh baru aku reka azam baru..hehehe

zaty said...

Dah lame sgt pendam tu. tu yang puas tu kan bile dapat membebel kt sini.hehe

Salam Maal Hijrah ^_^

JR said...

Bilalah TV kita nak berhijrah dari siar hiburan2 kurang bertamadun dan berita yg cuma ada watak putih dan hitam??