Wednesday 14 November 2012

Sekolah, Rakan-rakan dan Kenangan..


Hari ini aku demam menjadi-jadi. Berhujan berembun semalam, sampai badan rasa nak tumbang. Susah bila orang tak faham kita susah. Waktu dia susah, dia minta tolong. Manis ayatnya, tapi bila kita nak perlukan balik, dia beri seribu satu macam alasan yang sangat tak masuk akal. Tak mengapa.

Jadi aku nak cerita pula tentang beberapa perkara yang rasa aku seronok bila aku tengok dan ingat-ingatkan bila aku tengok kawan-kawan sekolah aku. Kena pula waktu cuti-cuti macam ini. Nak sangat kumpul ramai-ramai. Tak kiralah kawan sekolah rendah atau menengah. Di mana-mana pun, setiap orang ada wataknya sendiri dan paling kurang ada memegang satu tindakan atau peranan yang akan memudahkan orang lain ingat dia. 

Aku nak kongsi sedikit tentang beberapa memori aku yang agak dah berhabuk ini.
  • Ketua kelas waktu aku sekolah rendah, namanya dirahsiakan. Sangat suka menghisap tali leher warna biru (melambangkan ketua kelas). Aku tak tahu kenapa, tapi kalau setakat nak belanja aku makan tengahari, semata-mata untuk aku pakai tali leher itu, memang aku takkan sanggup. Hahah.
  • Seorang insan yang aku sangat-sangat ingat dia menari atas pentas dulu. Kena pula cikgu pada ketika itu tak berapa nak kreatif, tak habis-habis dengan irama Pop Yeh-Yeh. Kasihan budak-budak menari pakai skirt kembang dengan sehelai sapu tangan. Tapi, insan itu sudah pun kelihatan ayu dan sangat muslimah sekarang. Hahah. Bagus bukan?
  • Kawan aku yang aku rasa boleh tahan asyik nak kena kejar dengan cikgu. Rotan atau pembaris kuning entah berapa batang dah patah. Sekarang dia dah jadi orang bekerja dengan Kementerian Kesihatan. Entah hidup ke tidak pesakit di bawah jagaan dia, entahlah.
  • Penolong ketua pengawas yang sangat-sangat aku takut. Tahap gengster dalam sekolah macam mana pun, dialah satu-satunya perempuan yang paling gengster. Berani dia lempang budak lelaki. Memang kalah makcik guard dia punya garang. Tapi sekarang? Dia dah jadi lemah lembut, muslimah dan lain-lain. Kalau telefon, suaranya macam segan-segan (sebab aurat). Hahah.
  • Manusia paling 'playboy' dalam sekolah rendah. Kira tahap budak perempuan terus macam kena pukau bila dia lalu. Tahap tukar pasangan selang 2-3 jam seorang. Sekarang, dialah yang paling awal antara semua nak mendirikan rumah tangga.
  • Ini cuma antara kawan aku dan aku. Kami pernah minat satu perempuan yang sama. Tapi bila dah besar sekarang, itulah yang nak jadi bahan lawak pun. Sebab? Sebabnya ada pada perempuan itu sendiri. Hahah.
  • Ketua pengawas sekolah? Ya, dulu dialah yang paling garang, paling baran, dan segalanya. Kira macam bila dia berjalan, ada awan hitam mengiringi dari belakang. Sekarang? Laluan kerjaya yang dia pilih, akan banyak mengajarnya supaya bersabar. Hahah.
  • Nama panggilan? Ada macam-macam. Nama serangga-serangga yang jarang disebut, binatang-binatang yang kita sendiri tak tergamak nak bela, selalu jadi pilihan. Ini anda boleh fikirkan sendiri. Kalau aku sebut, segan jadinya nanti.
  • Anak tauke kedai. Namanya? Rahsia cukuplah. Dari dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila, dia tetap darjah 6. Takkan besar-besar lagi. Hahah.
  • Ada satu kawan, dulu dialah tokan rokok. Terbang dari sekolah, rasanya tak ada pagar yang boleh kepung dia. Nama panggilan pun macam nama syarikat bas. Tetapi sekarang dah jadi polis. Pelik aku.
Itu serba sedikit tentang kehidupan sekolah aku. Ada banyak lagi. Tapi tak larat aku nak taip semua dalam demam-demam macam ini. Apapun, semua orang yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam memori ini, sebenarnya menjadi warna-warna yang banyak mencorakkan hidup aku. Itu sebab bila ada di antara kalian yang seolah-olah tak mahu bertegur sapa dengan kawan-kawan sekolah, aku dan kawan-kawan lain tak marah. Tetapi kami rasa terkilan. Teman lelaki atau wanita itu memang penting, tetapi kalau dah berselisih bahu, janganlah buat tak tahu. Bukan cantik atau kacak sangat pun muka teman kau tu. Begitu adanya.

Aku harap dapat jumpa lagi semua-semua muka yang pernah muncul di zaman kanak-kanak aku. Dari mula aku masuk sekolah sampailah sekolah kata dah tamat zaman pakai baju sekolah. Terima kasih kawan-kawan!


Selit-selit: Kawan-kawan dari kecil, bila dah besar, tak kiralah dah jadi Tan Sri atau menteri sekalipun, dia tetap kawan.

Selit-selit: Ada yang patah balik jadi cikgu di sekolah yang sama dia duduk waktu kecil dahulu. Bagi aku, boleh tahan bosan juga tengok tiang bendera yang sama dari kecil sampai besar. Hahahah.




15 comments:

CikMunBlogger said...

memang sweet kan kalau teringat zamnan sekolah dulu dulu . rasa macam rindu pulak . hehe :D

wwww.munviolettaxious.com

Unknown said...

aku teka selain dari demam berembun bagai, ko demam rindu ni romeo ha ha ha >..<

Unknown said...

moral of the story.

jangan tgk org seblah mta nnt jtuh tangga :p

Unknown said...

Cik Mun: Entahlah. Nak kata macam tu, susah rasanya.

PPP: Rindu? Pada siapa? PPP? Hahah.

Cik Pensil: Err... Tak faham.

Aimacomel said...

Zaman sek zaman jatuh bangun zaman sepermainan zaman cintan cintun mmg xmampu nk dilupa. Hahahaha.. Tp maafkan wa sbb wa xmampu nk ingat blk zaman tu sbb wa belajar tak tinggi tak sehebat sahabat2 yg lain.jadi wa sgt lah segan nk tonjolkan diri.. Im sorry

zaty said...

zaman persekolahan..terlalu byk yg manis dan pahit..

Camy Alya said...

rindu nak sekolahh

Chic Na said...

mmg kenangan paling indah zaman sekolah rendah. kalau reunion habisla semua keluar citer dulu2. huhu.. tp seronok.

Wadi AR said...

haha. ko nak tau tak aku dulu mase sekolah member member aku sume ada gelaran melekat sampai sekarang. ada pakcik la, castello, capit tigaaa, katek, kutak. aku nak cite kang bukan dah komen lagi. haha

Miss Volvo said...

byk sgt kenangan manis masa skola dulu kan HEHHEHEHE

JR said...

Teringat sorang kawan masa kecik sangat gangster...ada ke patut, bukan cikgu yg rotan dia, dia yg tibai cikgu sampai hampir kena buang sekolah. Sekarang tau dia apa jadi? Dia jadi pegawai tinggi kerajaan, ada Ph D, di tempatnya (kawasan perumahan elit) dialah setiausaha surau, selalu bagi ceramah agama dan kaunselor yg disegani...

Nana Lee said...

zaman sekolah sgt best..ada member aku dulu lelaki salu gaduh kot, tapi sekarang dah jadi aktivis aqsa syarif..tak sangka..hehehe

btw, semoga cepat sembuh romeo..sekarang memang musim orang demam..hehe

Deleted said...

baguslah, gigih update walau demam. huhu

rindu zaman sekolah..sob2

Unknown said...

btl tu Romeo Laut..walau jd menteri pn tetap kwn.
kwn2 sy kbykny dah jd cikgu..

Unknown said...

Eh... ha ha ha kelaut sudeh le alamatnya lau ko rindu kat aku ROMEO weh... guling2 100x tergolek ^_^