Monday, 12 November 2012

Dadah, Syabu, dan Perkongsiannya..

Dah macam-macam aku tengok entri follower aku. Dari cerita bab resepi asparagus, sampailah ke bab cikgu dan PBS, angkut sekali dengan cerita bab cicak, luahan hati dan sebagainya. Macam-macam. Cuma ramai yang aku tengok blog dah berubah-ubah rupa. Ada yang dah macam laman berita, ada yang dah tukar nama, macam-macam. Aku ikutkan sahaja. Apapun, semuanya menarik. 

Kali ini aku nak kongsikan sedikit tentang sejenis dadah yang dah banyak budak-budak sedut sekarang ini. Methamphetamine. Ada juga memanggil 'syabu'. Lebih dikenali di kalangan budak-budak sebangsa aku sebagai 'batu' atau 'ice'. Mungkin juga ada nama-nama komersial lain. Bentuk fizikalnya? Macam garam, tapi  halus-halus. Macam kaca mentol kena tumbuk halus-halus pun ada. 

Kita mulakan dengan harganya dahulu. Kalau peniaga-peniaga kecil-kecilan, mereka biasanya membeli dengan kuantiti yang agak kecil. 1g atau 1 gram di kawasan Ipoh harganya sekitar RM250. Daripada 1 gram ini, ia akan dipaket-paketkan kecil-kecil untuk tujuan perniagaan. 1 gram itu boleh menghasilkan kira-kira 15-20 paket kecil yang berharga RM50. Itu kira harga mengikut piawaian. Untungnya? Anda sendiri boleh kira. Lumayan bukan? Memang mahal. Benda ini juga tak boleh kena air, waima embun sekalipun. Kalau tak, nanti dia melekat-lekat. Macam itulah.

Sasaran dadah jenis ini tak kira orang. Budak sekolah pun ada ambil. Kata pengambil dadah jenis ini, kebiasaannya pelajar-pelajar kolej suka mengambilnya kerana ia akan membuatkan badan tak memerlukan tidur. Selera makan hilang. Boleh tumpu satu buku kira sampai khatam. Paling muda yang aku pernah campur, tingkatan satu. Hebat bukan? Tapi, kata mereka, dadah jenis ini tak gian atau ketagih. Itu kata mereka. Sejauh mana kebenaran untuk bab kehebatan dadah ini, aku tak tahu nak kata. Susah nak cakap.

Cara nak menghisap dadah jenis ini? Tak susah mana. Perlu sedikit kreativiti. Ia menggunakan alat buatan sendiri yang dipanggil dapur. Ada satu bahagian yang selalunya dibuat dari kaca, ini bahagian untuk letak ais tersebut dan dibakar, kemudian terus ke air, dan di bahagian satu lagi, ada tiub untuk sedut asapnya.

Mengenal pasti mereka ini? Agak susah. Tapi boleh periksa barang-barang mereka. Lihat-lihat kalau-kalau ada jenis penyedut minuman Vitagen atau straw yang dipotong serong. Boleh jadi juga batang kapas telinga yang dipotong serong. Gunanya? Untuk ceduk ais tersebut dari paket kecil itu. Lihat juga jenis pemetik api. Kebiasaannya menggunakan pemetik api boleh laras macam jenama Alladdin dan sebagainya, supaya apinya boleh dikawal untuk jadi betul-betul kecil. Dapur, mungkin boleh cari.

Apapun, aku ceritakan semua ini dari pengalaman aku. Sedih aku tengok anak bangsa aku macam dah tak tahu hala tuju hidup. Aku kongsikan ini, supaya kalau ada di kalangan pembaca ini yang mungkin ada anak-anak, atau kawan-kawan, yang dah lain macam, tolong dan tolong dan tolong pantau mereka ini. Aku jadi luluh hati tengok kawan-kawan ada yang terjebak benda-benda macam ini. Zaman sekarang dah tak kira lelaki atau perempuan. Main redah semua benda. Bangang yang bukan-bukan.



Selit-selit: Rasa pelik bila lihat budak-budak perempuan sekarang bukan main bangga sebut nak pergi kelab atau 'club' dengan kawan-kawan. Bukit Bintanglah, Changkatlah, nak minumlah, weed apa bagai. Kalau ya pun jahat, tak payahlah nak bangga dengan kejahatan. Nampak sangat bangangnya.

Selit-selit: Myvi warna biru cantik atau tidak?

30 comments:

comeliness_zaty said...

cantik..sbb sy gune myvi kaler biru..huhuh

Wadi AR said...

myvi biru itu kereta pujaan dan warna feveret akuuu

paripariputih said...

Romeo apapun effect benda ni pada tubuh sama ada untuk mengurangkan rasa tak letih... dadah tetap dadah.. (selalu berdoa supaya anak, anak2 saudara, adik beradik, kawan2, jiran2 atau sesiapa la mohon tak dekat dgn benda ni) sekali dah teremasuk dlm badan sampai bila2 susah nak hilang... ada tapi berapa peratus je... thanks for sharing..

p/s: mmg kena pantau semua tu... klw tak kita sapa lagi yg nak buat hurm tak kita yg jahat pengaruh org sekeliling... yg sedih melayu jadi mangsa.... :( budak perempuan clubbing sekarang dah x de apa dah... klw di tegah pun derang gi sorok2 habis camno... tepuk dada tanya selera.... klw rasa sayang diri tak yah la buat semua tu..

nak selit2 jugak.. glad you like my new berita blog keh keh keh >..<

baby comel said...

xpaham kenapa org pilih dadah sbg pemuas ye. apa yg mereka dpt sebenarnya? apa yg mereka mahu dlm hidup ni pd hakikatnya? hakikatnya mereka tewas..

manusia mmg tak pernah sempurna, tp belajarlah utk mencari kesempurnaan tu walaupun sememangnya takkan pernah ada yg sempurna --> sedih jgk tgk org depan mata sendiri terlalu bangga dgn kejahatan yg dilakukan. adakah mereka yg terlalu up to date atau kita yg jauh ketinggalan??

Myvi biru? sgt teruja dgn biru blue ni :)

Jay Ar said...

Sekali masuk perangkap "ais" ni tak boleh keluar lagi...Baru2 ni masa Raya Haji JR ada bersembang dgn budak kaki dadah. Dia dah berpuluh kali masuk keluar Pusat Pemulihan. Katanya masuk Pusat Pemulihan pun tak boleh hilang ketagih sebab ada staff yg bekal dadah utk penagih!!

Nana Lee said...

diorang kreatif tapi sayang kreatif yang membawa kehancuran..sedih aku tengok anak- anak melayu yang jadi mangsa dadah..

natasya hairiri said...

Saya ada kawan yang hisap batu ni. Bila nasihat cakap untuk tahan badan buat kerja so nak nasihat pun tak tau macam mana ?

Anonymous said...

pintu masuk malaysia longgar sangat sbb tu drug tu senang je serang jajah org malaysia skg.

Anonymous said...

Myvi biru kira ok la..biru metallic gelap ker, candy blue ker(lbih kurang candy red)

1997 said...

Sekarang nie dalam malaysia pun dah ade kilang buat syabu. Ditempat aq nie mmang mudah untuk dpat bekalan syabu.. Tokan pulak jangan ckap lh mmang ramai dlam sekitar 12,15 orng.klau dh tokan pun ramai penghisap pun mestylah ramaikan...Mesty adew yg tanye tokan tu tak takut ke polis buat serbuan ?
Takut! Mesty lh tak sebab tokan2 ditempat aq nie dapat bekala pun dari polis. Mesti korang tak percaye kan!

Anonymous said...

Saya seorng perempuan yg agak sosial skit.heavy smoker dan hisap ganja.nk tanya adakah hisap ganja boleh menyebabkn ketagihan.dah hampir 7 tahun saya hisap ganja.kwn2 kata ganja x ketagih tapi saya kalau x layan macam x best.sapa boleh bagi jawapan.

Anonymous said...

xketagih. cma dlm islam xmenggalakkan rosakkan dri kcuali di gunakan utk kebaikan dri sndri. cth: kesihatan

Anonymous said...

wife menagih syabu hampir 5thn sejak anak dara lagi.bila kawin masih menagih lagi dan lagi.susah sgt aku nan tgk dia berenti.aku masih ingat masa malam pertama berkawin dia melepaskan gian dgn dos yg byk.dia suruh kawan dia antar kerumah.akhirnya kami berbincang utk berobat cara tradisional.alhamdullilah skrg dia dah pulih sepenuhnya dan tabiat merokoknyanya juga dpt ditinggalkan.

Anonymous said...

kalau boleh berenti menagih tu berenti la.wife aku aku yg setakat merokok pon seksa betol nk berenti.lepas bersalin anak pertama smoking balik.

Anonymous said...

rakan2 ada xtips nk nasihat rakan perempuan serumah aku.dia kaki ganja dan kuat merokok dan asik pakai seksi je.mula2 aku ok je lama2 naik menyampah plak.mentang2 cantik dia buat sesuka hati kat rumah.kawan pengkid dia selalu lepak rumah.bila kat rumah diorng hisap ganja.bila nk berubah pon aku xtau.gusi dan bibir naik hitam aku tengok sebab kuat merokok.

Anonymous said...

Cikgu yg ada rekod nagih dadah oleh pihak narkotik aadk n cnc pon masih di sekolah.. kurang heran bila murid2 pon nagih ddah.. parasit telah dibiakkn.. dgn alasan.. kesian.. (garapan kisah benar)
Pastu tangkap penjenayah sana sini.. upenye penagih dadah.. kat mesia.. mcm penagih dadah ni dimanjakan..

Anonymous said...

aku penah supply bende ni ngan sedara aku lebih kurang 4 taun lepas..aku tk isap..antara isap ngan jual..jual lg best..byk gile dpt duit..sehari cecah 700 800 untung..borong bende ni bape sen sgt..bwh aku ramai pembeli..ade yg kaki ragut kaki rompak..duit sume bg aku tuk beli ice..mmg gile la duit aku time tu..org kaki ice ni..dah tk pikir duit dah..bg die duit sume just tuk beli ice..ice lg penting dri duit bg die..time tu aku kene jage customer aku mcm mnatang minyak yg penuh..pdahal dlm ati aku..customer aku ni bkn kwn..just customer jer..customer yg bodoh..dah kene bela ngan aku..hehe..lau sembang ngan owg isap ice ni..diowg ckp bende tu tk haram..kerajaan yg mengharam kan..mcm vape ngan rokok la tu..haha..lam ati aku haram tk haram diowg dah aku bela..sbb bende tu kowg rompak bank ragut sume tuk aku..tuk bg duit kt aku..hahaha..tpi jual bende ni best..kaki ice ni tk kan bersangka ape2 niat penjual ni..diowg mkin syg mkin bodek ade la..bg diowg tokan ni la paling diowg syg dri pada awek diowg..sbb tu penjual dadah ni kaya raya beb..

Anonymous said...

Klu da hanyut tu biaq pi la..sendiri tanggung la.

Mayza Yusof said...

Byk.artis ambil.syabu sebab nak kurus. Khayal tu tak la apa sangaf t0 best bila sedut tgk asap bergerak dr bekas kaca yg di bakar tu. Bekas kaca mcm tiub panjang tu byk jual kt kedai ubat. Ada serbuk ubat kt dlm tu. Buang dan modified lah. Kalau dadah syabu dlm badan dag hilang kesan si penagih akan mengantuk dan tidur. Tp kalau baru lepas cas dia jd active menari tak penat bersukan tak blh lawan kekuatan. Kalau menyanyi suara mmg sedap blh capai not tinggi dgn selamba. Panjang story kalau nak cerita. Nanti lah sy sedang dan masih buat research dgn melihat dan meninjau kwn2 terdekat. Nanti sy tulis dlm blog siap dgn gmbr segala alat.

Mayza Yusof said...

Byk.artis ambil.syabu sebab nak kurus. Khayal tu tak la apa sangaf t0 best bila sedut tgk asap bergerak dr bekas kaca yg di bakar tu. Bekas kaca mcm tiub panjang tu byk jual kt kedai ubat. Ada serbuk ubat kt dlm tu. Buang dan modified lah. Kalau dadah syabu dlm badan dag hilang kesan si penagih akan mengantuk dan tidur. Tp kalau baru lepas cas dia jd active menari tak penat bersukan tak blh lawan kekuatan. Kalau menyanyi suara mmg sedap blh capai not tinggi dgn selamba. Panjang story kalau nak cerita. Nanti lah sy sedang dan masih buat research dgn melihat dan meninjau kwn2 terdekat. Nanti sy tulis dlm blog siap dgn gmbr segala alat.

Ummy Hakimi said...

Ak isteri kpda pengih.. pnjg story.. kisahnya mulut sntsa mns.. kki pmp,dn sbgainya...

Anonymous said...

Saya pegawai narkotik Ada satu saudara Ini Dia Kena tangkap Sebab hisap ais syabu bila Dia Masuk Pusat pemulihan dia Dah pulih tapi bila Dia balik rumah tengok Tokan dengan isteri Dia sedang Layan syabu Anak perempuan Dia Kena Jual dengan kepala Tokan bagi aku Lebih baik Kita tangkap pengedar dan kepala Tokan Tanpa Binatang Bangsat Ini bangsa Melayu Tak Akan Rosak

Elly Emileen said...

Sy ade bbrpa soalan nk tya bkaitan ddah jnis ni.ini mlibtkn suami sy.tp sy xde tmpt nk mngadu.blh wasap sy x di 0177250119.tq

Elly Emileen said...

Sy ade bbrpa soalan nk tya bkaitan ddah jnis ni.ini mlibtkn suami sy.tp sy xde tmpt nk mngadu.blh wasap sy x di 0177250119.tq

Elly Emileen said...

Sy ade bbrpa soalan nk tya bkaitan ddah jnis ni.ini mlibtkn suami sy.tp sy xde tmpt nk mngadu.blh wasap sy x di 0177250119.tq

Misz Lyssa said...
This comment has been removed by the author.
Misz Lyssa said...
This comment has been removed by the author.
Misz Lyssa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dr terbaik adalah isteri sendiri, coz bley pntau pergerakan si suami... Ada suami x pernah sentuh, tp di goda oleh si gamerz yg x sedar diri.... Bila putus brg, mengaggagau... Masa ni... Duit bukn pghlang.... Nak tinggalkn nya mmg suatu seksaan... Org dlm rumah pun tertipu..... Cara terbaik, serah diri kpd isteri atau ibubapa.... Mmg bley lawan... Seminggu dah setel.... Tapi setiap pergerakan mesti d oantau... Byk oenggoda d luar

Unknown said...

Benda ni Dari kite je...Aku pun pernah terjebak dgan ais ni..tapi dah beranti sebab merantau kt semananjung lame juga stop 5 tahun lebih...tapi kenal pulak member yg kene ais...duduk serumah Mula balik...ade 1 mlm Tu Aku nk bli ngan member aku...1 mlm Aku Cari dia Tel X angkt sampai Aku trtidur..sampai sekarang Aku dah X ambil..ubat xde sebenarnya sebab benda ni bukan ketagih..ikut niat klu nk berenti..xde masalah..tapi pandangan Aku klu budak2 masuk pusat ni klu kluar lagi terok jadi dia...dah banyak Aku tgok member yg kluar pusat ni lebih lagi perampuan ..sbelum kluar drg akn bagi no Tel lepas Tu lepak ramai2 dgan budak2 yg masuk pusat..malas Pula nk citer panjang...Tu la pandangan saya klu nk hantar anak p pusat Tu pikir masak2 klu nk interview keje pun dorang akn Tanya pernah masuk Dalam ke atau ambil dadah it's up to u
#cuma pandangan je Dari pengalaman aku