Friday, 30 November 2012

Pokok-pokok buah dan Manusia..

Banyak blog bercerita tentang makan-makan. Aku taklah memperincikan sangat tentang makanan, tetapi ada sedikit kaitan. Begitulah hendaknya.

Dalam mencari idea untuk entri, aku teringin nak berkongsi dengan kalian tentang hubungan kita dengan tumbuh-tumbuhan atau lebih senang kita panggil sebagai pokok. Pernah atau tidak anda dengar orang-orang tua memberitahu bahawa pokok ada perasaan atau jiwa? Yakni boleh memahami percakapan kita?

Generasi muda mungkin ramai yang tak tahu atau tak percaya. Tetapi aku sangat yakin. Kerana ia bernyawa dan ada jiwa.

Sebagai permulaan untuk kalian, pengalaman aku bersama arwah nenek aku, di perkarangan rumah aku ada sepohon pokok kelapa. Tetapi dari mula, memang bertahun-tahun ia tak pernah berbuah. Sehinggalah pada suatu hari, nenek aku mengikatkan sepasang selipar jepun buruk di pokok kelapa itu. Aku dengan penuh hairan bertanya tujuan tindakannya itu. Nenek aku dengan selamba menjawab, "Biarkan dia malu. Pokok lain elok berbuah, biar dia berbuahkan selipar buruk." Maka, beberapa bulan selepas itu, elok pokok itu berbuah dengan banyaknya. Kata nenek aku, pokok ini boleh faham percakapan orang. Kalau pokok itu masih baru, eloklah kita ransang ia dengan mengatakan kita hendak bersedekah dengan buahnya. Begitulah adanya.

Namun begitu, lain sedikit dengan raja buah atau durian. Kena pula sekarang ini memang musimnya. Mungkin kalian pernah dapat buah yang tak berpangsa atau sukar untuk dibuka. Kata orang, itu tanda tuannya kedekut. Namun, sekiranya anda baru beli kebun yang buahnya begitu, maka cara untuk menyelesaikan masalahnya ialah dengan bersedekah di bawah pokok itu. Mungkin boleh bawa kawan-kawan untuk makan bersama-sama. Durian juga sangat sensitif. Sekiranya kita bergaduh dengan orang kebun sebelah berebutkan durian, anda boleh tengok musim depan ia tidak mahu lagi berbuah. Atau paling tidak, buahnya tak sedap. Begitulah adanya seperti yang aku dengar dari orang yang berpengalaman begitu dengan durian.

Maka, kalau pokok pun ada jiwa dan perasaan, boleh diajar dan dimarah, mengapa manusia pula nak tunjuk sikap tak ada hati perut dan sombong? Mengapa kita nak tulis status di laman sosial mengatakan bahawa kita ini tak mahu lagi mempercayai orang, mengatakan bahawa orang itu buat silap itu ini dan kita tak nak memaafkannya dan sebagainya? Cuba kita renung-renung sikap kita sebagai manusia. Apakah kita ini ada akal atau tidak. Manusia yang tak pernah buat silap, cuma Muhammad Bin Abdullah. Kalau kita buat silap, dan orang lain tegur untuk kita perbaiki masalah kita, dengarlah. Kalau tak nak ikut sekalipun, janganlah dibangkang.

Renung-renungkan.



Selit-selit: Kebelakangan ini aku jadi sensitif bila tengok banyak kawasan yang masih mundur di Sabah dan Sarawak. Sama-sama jadi Malaysia, tapi Semenanjung lebih maju. Tak sama.

Selit-selit: Dalam kitab ada tulis, "Tanam padi dapat lalang, tanam lalang tak dapat padi". Maksudnya? Kejar akhirat, dunia akan datang dengan sendiri. Tapi kalau kejar dunia, akhirat takkan datang. Pergi beritahu benda ini pada parti yang tengah sibuk mengata orang di tv sekarang.


9 comments:

paripariputih said...

ok well said eddie padat dan menafaat...


p/s: aku suka y pasal arwah nenek tu gantung selipar jepun tu.. ya ada rasionalnya nak cuba gak buat kat mana2 pokok yg malas nak berbuah ha ha ha bila nak bersedekah geng2 Masih Cinta bawah pokok derian ha ha ha >..<

Romeo Laut said...

PPP: Aku bercadang nak gantung selipar di leher orang. Heheh.

Iffah Afeefah said...

mohon sain nenek ko

btw tetibe senstid sal SABAH?

ada mknenye tu haha

Iffah Afeefah said...

sensitif* typo gara2 nk nyakat haha

eh gamba kite lebih kurang sama ah eddie..

#mohon ehem2 jeles

CikZaitul said...

haa..aku penah jugak cakap dgn pokok bunge matahari..siap nayayi2 depan die.. dan die ajak member die tumbuh dgn bunge besar2 kat depan laman rumah..
:)
setuju kata ko ttg parti tu , naik muak aku dgr ..politik tu pitenah bagi aku lah..
btw , betul kata ko ttg semenanjung lagi canggih dari sabah or sarawak..tapi di situlah kedamaian yang ade di sabah n sarawak..ye dak?? :)

Romeo Laut said...

Iffah: Nenek aku dah siap aku cakap arwah, kau carilah kuburnya. Gambar sama? Itu tandanya kau nak jadi isteri nombor 2. Hahah.

Cik Zaitul: Politik sebenarnya benda yang penting. Nabi pun berpolitik. Tapi parti sekular macam ini, aku sangat-sangat tak suka.

BeLLa said...

xtaw nk ckp apa nice entri

Jay Ar said...

Alhamdulillah ptg tadi dah habis sesi2 mengutuk dan menjerit oleh parti tu kat TV. Yg heran dlm dok minta2 maaf akan kesilapan silam, sempat pula kutuk berjela2. Mcm mana nak maafkan, baru habis minta maaf mengutuk balik??

khairolina said...

pah... ko no 2.. aq nak yg bongsu.. ke-4.. mohon en eddie paham.. ehhh... hahahaha