Dari cerita tentang orang kahwin pakai baju tentera (konon kacak), kemudian Harimau Malaya tidur di saat akhir sehingga dapat seri, sampailah ke cerita politik yang tak sudah-sudah dengan tipu helahnya, hari ini aku ada terbaca satu berita menarik. Agak ringan bagi aku.
Di Arab Saudi, seorang lelaki mencatat sejarah dalam hidupnya apabila dianugerahi dengan bil telefon yang aku rasa boleh tahan bayarannya. Angka dalam bil itu ialah SR 10 billion, atau RM 8.16 billion. Ditambah pula dengan kenyataan perkhidmatan komunikasi itu, ia mungkin betul kerana kononnya cas panggilan ke luar negara adalah mahal ditambah penggunaan internet. Lelaki Arab itu mahu menghadapkan bil itu ke muka pengadilan.
Tak lama dahulu, kes yang hampir sama, seorang lelaki terkejut apabila bil kad kreditnya berjumlah juta-juta juga setelah selesai membeli sekotak rokok. Namun, pihak bank membetulkan kembali kesilapan itu, termasuk membayar ganti rugi insan tersebut untuk panggilan ke bank dan sebagainya.
Agak-agak, kalau kita kena macam itu, aku rasa mungkin sahaja kita terus rasa pening nanar. Kalau ustaz-ustaz pun, aku rasa mahu juga naik merah mukanya. Anak kahwin lari pun mungkin kita boleh maafkan dan terima 'menantu segera' kita, tapi bila bab wang, manusia mampu menjadi satu makhluk yang sangat menakutkan. Bak kata Encik Rambo, "Killing is easy as breathing". Namun, berita-berita ini cuma ada di zaman sekarang.
Begitulah halnya dunia sekarang. Aku berani jamin, 15-20 tahun dahulu, di zaman bapa aku masih menjadi rebutan ramai gadis, dia mungkin hanya perlu memikirkan beberapa helai bil sahaja di hujung bulan. Bil elektrik, air dan mungkin kalau ada, bil telefon rumah. Namun, cuba kita tenung-tenung peti surat kita pada zaman moden ini. Berapa banyak bil yang sampai? Bil elektrik, air, telefon bimbit sendiri dan isteri, internet, Astro, kad kredit dan segala macam kertas-kertas nipis yang akan membuatkan poket kita nipis di hujung hari. Itu belum masuk Touch N Go yang mana aci kerat jari, waktu bapa aku muda dulu, dia tak pernah terbayang pun bagaimana rupa kad tersebut.
Namun, jika orang bertanya pada aku, "RL, kau rasa kau moden tak dunia sekarang?", aku hanya mampu tersenyum tanpa kata. Satu soalan yang ada dua jawapan yang sangat berbeza. Nak hidup cara ala-ala 15 tahun dahulu, nanti dikata orang sebagai ketinggalan zaman. Nak diikutkan cara zaman sekarang yang ala-ala moden, entah terikut atau tidak dengan kosnya yang mahal.
Kata orang, "go with the flow" atau ikutlah arus. Tapi apa yang aku belajar, untuk kemudikan kapal dengan lebih berkesan dan selamat, lawanlah arus. Fikir-fikirlah.
Selit-selit: Pernah aku buat bil telefon melambung waktu tingkatan dua. Separuh mati aku menahan nyawa dari hilang terbang. Hahah.
Selit-selit: Iye nae sonul japgo nunulkamayo uri saranghaetton-nalto sengkaghepayo, uri nomu saranghaeso apossonnaeyo, soro saranghandan malto mottansondaeyo.
11 comments:
bil buat kite sesak
lom kene sama A.E.S.
selit2 kedua tu aku nyampah sbb tak paham
ahahhaha setakat 200......aku pna buat bil tel sampai 500 lau x slh aku....hbt tak??? ahahhaha
*lme xsinggah sini
tak cukup dgn hantar surat bil... hantar by email pula =)
alahai bil tpon pun dh buat aq sesak... hahahaha
bil bb pon mcm tu gak.. line slow,tp bila nak byr cepat plak..
Iye nae sonul japgo nunulkamayo uri saranghaetton-nalto sengkaghepayo, uri nomu saranghaeso apossonnaeyo, soro saranghandan malto mottansondaeyo.** mohon pencerahan*
yang sselit last tu nk gune google translate malas tahap gaban..xpeaku buat2 paham hahaha...
Kemodenan harini lebih menyesakkan seperti mana kualiti udara..
ouhh kau tepon makwe lettew sampai naik melambung
kemain semenjak nak further study ni asik cakap bahasa korea la pulak RL ha ha ha mohon berjaya dgn apa yg diimpikan... ^_^
ayooo..tak paham..translate pliss hahah
Pernah satu kali JR bergaduh dgn satu syarikat telekomunikasi yg masa nak dpt servisnya cakap lain, tapi bila bil sampai ceritanya lain, dan bila datang bil mereka caj sampai dekat RM1,000!! Kerana sakit hati JR buat surat aduan kpd Persatuan Pengguna, Biro Pengaduan Awam, BPR, Suruhanjaya Komunikasi dan Multemedia dan Menteri Komunikasi dgn bahasa yg sangat dramatik. Dan tak lama lepas tu JR terima surat permohonan maaf dari syarikat telekomunikasi itu, bukan saja bil tak payah bayar, wang JR juga dikembalikan. Dan yg paling best pengarah syarikat (wilayah utara) datang rumah minta maaf!!
just follow the flow.. ^^
kenapa dah lama tak update??
tahniah, akan sambung belajar. buat yang terbaik untuk negara
Post a Comment