Sunday, 2 December 2012

Ijazah, Contest dan Sembang-sembang..

Pertama, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat seseorang kerana telah berjaya mendapatkan sekeping ijazah. Aku tak dapat nak pergi sekali kerana aku tidak berkesempatan di atas beberapa halangan dan faktor-faktor yang tak dapat nak dielakkan. Semoga lebih maju di hari-hari mendatang. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. Begitulah hendaknya.  Aku ini tumpang gembira. Nak beri hadiah, tunggulah bila-bila. Hahah. Apapun, tahniah.

Nak cerita lebih-lebih pun, tak tahu sangat nak cakap apa. Aku hanya mampu menggunakan ia sebagai sebab untuk aku senyum hari ini. Badan penat. Ada macam-macam kerja. Tapi tak mengapa. Rasa macam dapat semangat baru. Begitulah keadaan.

Bab lain, aku rasa nak buat contest. Aku tengok macam-macam contest ada orang buat. Nampak macam menarik. Tapi aku kekurangan idea kerana aku tak pernah buat apa-apa contest. Kalau ada idea, amat dihargai.

Satu lagi bab, kawan aku hari ini yang duduk di Selangor, di bawah Majlis Perbandaran Selayang, komplen sebab dapat waran tahanan kerana tak bayar cukai pintu selama 2 tahun. Maka, jumlah termasuk denda, kira-kira RM400. Dia kata kerajaan negeri jahat sebab tak berhati perut dan sebagainya kerana zaman pemerintah dulu, tak bayar pun tak kena apa-apa. Aku senyum sahaja. Bagi aku tidak salah, kerana dah memang salah. Tetapi lumrah manusia, suka pada orang yang tak buat apa-apa bila dia buat salah. Aku tak tahu nak kata apa. Kalian yang membaca, nilailah sendiri.

Itu sahaja untuk aku taip-taip. Niat nak mengutuk, mengata, memperli, berjiwang, berkongsi, tak berapa nak ada hari ini kerana senyum sahaja. Hahah.



Selit-selit: Pernah tak anda rasa pedih hulu hati apabila melihat gambar yang sangat-sangat menyakitkan walaupun tahu ia sudah lama berlalu?


8 comments:

A said...

pernah. bukan takat pedih ulu hati je. tapi rasa sakit sampai masuk segala urat, tulang dan sendi.

kocix! said...

hai abe romeo.long time no c u..keh3

ayat selit2 tu mcm smacam je.ape kes? hehheheh.

Unknown said...

pes, aku dapat ijzah ko xucap thniah pon? haha

sekend, aku tak suggest kan ko buat contest... ntah bgi aku zmn tu da berlalu

ted,slh die la sbb tak bayar cukai pintu. sume org baya kot

selit2: kalo bnde da lme berlalu wt pe ko nk pedih ulu ati lak? org kate y lps bia lepas...y penting ialah skng..jagn sbb y lps kite lupekan y skng. paham?

Unknown said...

sape suruh tak bayar cukai,
duduk kat bumi ni semua kene bayar..ye dak..
abang..jgn lah igt kat adinda lagi..yg berlalu biarlah..adinda pun da hepi ..

abang pun hepi kan..
igt lah org tersayang bila igat org terdahulu ..tau memori payah nak di padam .

RL said...

A: Heheh. Pelik ayat tersebut.

Kecik: Hahah. Kau yang hilang.

Iffah: Aku ucap tahniah pada kau pun, bukan dapat apa. Hahah.

Cik Zaitul: Ni apahal kau berabang-abang dengan aku. Nanti orang salah faham. Jangan macam-macam. Memang aku tengah happy. Hahah. Boleh tahan gila adinda ni ye. Hahah.

JR said...

Kenakan cukai jahat, malas nak kutip cukai baik? Ini mcm kes dekat perumahan Mergong, Alor Setar dulu. Ramai penduduk marah krn kerajaan negeri minta penduduk2 yg dah berpuluh2 tahun tak bayar sewa rumah menyelesaikan hutang mereka atau mereka akan diusir keluar kerana ramai yg menunggu untuk masuk rumah2 itu yg kadar sewanya cuma RM100+ saja sebulan. Kata mereka kerajaan dulu (yg malas kutip sewa) baik..Habis bagaimana dgn yg tak ada rumah dan sedia utk bayar sewa jika diberi peluang tinggal kat rumah tu...mereka pun jahat juga??

Unknown said...

Romeo pedih ulu hati tak penah plak... tapi pedih mata rasa nak buang atau siat-siatkan gambau tu ade lew ha ha ha ^^

Yana Sakura said...

kalo rase pedih ulu hati mkn la Gaviscon..gerenti cepat sembuh..ekeke

alaa..spe suh xbyr cukai pintu..bru kena RM400 je pun..bkn RM40,000..byor je la cik abg oii (utk kwn romeo)

tahniah kpd kwn abg Romeo yg konvo tu..bila la giliran adik neh..eh! (^_^)

pape pn belajarlah menerima hakikat kehidupan ..peace yaw! :)