Saturday 14 April 2012

Melayu dan Pemikirannya..

Aku balik semula menaip menggunakan bahasa ibunda. Terlebih dahulu aku ucapkan selamat pada pembaca yang betul-betul membaca dan juga pada yang singgah hanya untuk minta aku jadi pengikut sahaja. Dah puas aku tengok orang tulis, bercakap, bersembang, berbahas dan ber apa-apa lagi dengan topik gegaran atau ombak besar. Rasa nak ketawa campur terkilan bila ramai yang berkata atau menulis begini, "amaran Tuhan telah datang, ampunkan aku Ya Tuhan", atau "Allah, selamatkanlah kami dari bencana" dan berbagai-bagai lagi. Ada yang lagi menarik, dengan tak baca atau dengar berita betul, main ikut sedap kata dah ada ombak besar datang. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau dah nama MELAYU, memang cukup suka tunjuk diri sendiri kurang bijak pada orang lain. Ya, berbaur perkauman sedikit entri aku kali ini. Entri lepas aku cakap benci itu bawa keburukan, tapi kali ini aku rasa meluat pada orang-orang aku sendiri yang ada sikap macam ini.

Sikap yang macam mana? Aku maksudkan dengan sikap Melayu yang dah pecah kepala tunggu nak berjahit baru nak terngadah. Tak rasa malu pada orang keliling yang konon kita ini dah minta tolong selamatkan, dah konon kata bertaubat apa semua tapi, lepas amaran ditarik balik, rasa taubat yang ada itu pun sekadar tinggal niat. Perlakuan yang baik, sopan dan ikut agama semua ditarik balik sama, serentak dengan penarikbalikan amaran itu.

Kalau Melayu dikutuk, cukup marah. Kalau Islam dihina, naik berang. Masuk bab politik, semua nak kata Melayu adalah segalanya. Ceh, takut bangsa lain rampas parlimenlah, takut diperintah oleh orang di bawah bendera roketlah. Nampak sangat orang MELAYU kita, tak cukup belajar di sekolah dulu. Nak rampas pentadbiran negara, mesti dapat 2/3. Roket, entah apa bendera lain lagi, apa semua yang bukan Melayu ada berapa kerusi sangat? Dah sah takkan dapat ambil alih negara. Terlalu sempit sangatkah Melayu sampai macam ini punya teruk? 


Sedarlah sikit. Kalau rasa belajar tak cukup, jangan tunjuk macam pandai sangat. Pengetahuan asas langsung kosong, jangan nak tanya sangat benda yang lagi tinggi.Bertanya, selidik, dan belajar. Kemudian cakaplah puas-puas.

Tapi, apapun aku tak nafikan juga. Aku ada pengalaman sendiri, yang mana seorang pegawai rendah kerajaan berjantina perempuan pernah berkata pada aku, "tak respect la kat budak-budak U zaman sekarang. Semua main copy-paste je. Ijazah haprak.". Itu dia kata pada aku. Dan aku bertanya pada dia, pernah atau tidak dia belajar di institusi pengajian tinggi. Jawapannya tidak. Jadi, dari mana ikut sedap mulut dia bercakap? Dah sah dari mulut orang lain. Tanpa kaji selidik, main ikut sedap dia bercakap, sedangkan aku rasa diploma aku panas lagi dalam fail. Itulah Melayu. Itulah sikap dan cara bangsa aku.

Kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Itu kata dia. Dia sendiri hilang entah ke mana. Kubur yang betul pun tak tahu di mana.

Melayu, kalau rasa nak maju dan tak layu, bangunlah sebagai manusia yang tahu selidik dan kaji berdasarkan ilmu. Aku malu di hadapan kawan-kawan yang bukan sebangsa dengan kita, mengata terus-terus di hadapan aku, tanpa mampu aku patahkan kata-kata mereka. Semuanya kerana satu sebab, apa yang mereka katakan itu semuanya benar. Tolonglah...


7 comments:

intan izzaty said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

penuh semangat ketika menulis nmpaknye encik romeo...kite nie yuppies...tp maybe org lain x...mentaliti kita org melayu memang hampir semua begitu...nk buat mcm mana...they love to hear and judge but not to think to prevent...itulah hakikatnya...bukan sy nk menghina kaum sy sndiri...klaw mereka terus mcm nie..x mustahil nanti PM kite bukan warga bumiputera...

Myra.KS said...

racism sungguh. eh eh rapatkan saf, rapatkan saf. betulkan songkok, betulkan barisan. heh.

people are typical mostly, so dont give a damn.

sebenarnya melayu ada satu penyakit. penyakit yg masih tak di jumpai vaksin nye. yg pasti bkn hiv/aids ye. lagi teruk dari tu. hahah.

katalah ape pun, hny mreka yg ade ksedaran diri sndiri yg tau hala tuju mereka.

Telor Power said...

yang penting tidsak lupakan asal usul sudah lah

Unknown said...

Melayu. Susah nak cakap. Sakit.

Nong Andy said...

er... tak terkata-kata membacanya.

Deleted said...

kau mmg wide minded kn? tahniah bro, sedarkan aku pasal semua ni