Thursday, 5 April 2012

Gambar dan Kenangan..

Tarikh:    5 April 2012
Masa:     Jam 1900
Tempat:  Rumah 

Secara tiba-tiba aku dapat beberapa gambar di dalam peti surat elektronik aku di Yahoo!. Gambar dari siapa lagi kalau bukan si dia. Katanya boleh tengok bila aku rindukan dia. Ceh! Patutnya kalau rindu, belai-belailah sikit, datang duduk rapat-rapat. Inilah masalah kaum wanita. Mereka sentiasa mengatakan bahawa lelaki ini banyak ragam, perangai dan sebagainya. Walhal, mereka yang tak cukup lagi curahkan kasih sayang. Ok, sambung balik. Teremosi seketika. Jadi, aku pun bagi juga gambar-gambar aku. Ada gambar lama-lama, jadi aku beri pada dia menerusi surat elektronik.

Arakian, aku pun pergilah ke kabinet di ruang tamu aku. Album aku yang dah tak dikemaskini sejak tingkatan 5, aku ambil dan aku belek-belek. Dah lama sangat aku tak buka album usang yang dah terperuk sejak sekian lama. Syahadan, bila aku belek dan tengok satu persatu gambar-gambar yang ada, kenangan, memori, ingatan dan sebagainya mula menerjah masuk satu-satu ke kepala. Dari zaman kecil hingga aku meningkat dewasa. Ya, rupa aku yang dahulu. Kata orang, 'A picture tells you thousands of stories'. Rasa aku taklah sampai beribu pun.
Aku dah tak ingat banyak nama. Yang peluk aku, namanya Zulhairi, pegang mesin rambut namanya Razik, pakai baju melayu biru namanya Saiful dan yang lain, aku mohon maaf dari kalian kerana aku lupa nama. Harap dapat jumpa lagi.


Ada gambar yang elok, ada gambar yang dah mula kabur. Mana tidak, zaman 90-an dulu kamera pun mahal. Pakai filem lagi, tak macam sekarang pakai memory card. Tapi ada satu benda yang menarik. Gambar dulu-dulu, kita cuci di kedai dan kita simpan dalam album. Sekarang, kita cuma tangkap dan letak dalam komputer atau telefon. Cara sekarang ini seolahnya tak menghargai gambar yang ada. Kalau kena komputer rosak, habis semua kenangan yang ada. Entahlah. Apapun, aku rasa seronok. Kehidupan lampau yang bangkit secara tiba-tiba. Kawan-kawan yang masih ada, aku harapkan kalian semua berbahagia dan sentiasa berjaya, bagi yang telah meninggalkan aku di dunia ini terlebih awal, aku harapkan kalian sentiasa berada dalam keadaan yang bahagia dan sentosa di bawah rahmatNya.

Zaman aku sekolah rendah. Darjah berapa entah.
Mungkin kalian yang baca entri ini ada mengenali sesiapa dalam gambar-gambar dalam entri ini. Kebanyakannya dah terputus hubungan dengan aku. Semuanya baik-baik belaka. Aku rindu zaman asrama aku. Aku rindu zaman sekolah aku. 

Cuma satu sahaja...

Kalaulah aku betul-betul diberi peluang balik ke zaman lampau, aku akan jadi pelajar yang baik. Aku akan cuba jadi pelajar contoh. Aku nak belajar rajin-rajin. Kalau di zaman SMKA, aku nak jadi imam dan pelajar paling baik serta alim. Kira berserban senantiasa tanpa kira masa. Kalau di sekolah teknik, aku nak jadi budak PKA yang paling rajin dan berwibawa. Tahap bawa papan LK ke sana dan ke mari. Dan yang paling utama, aku nak ngorat awek banyak-banyak.. Hahahahah....

P/S: Gelak kuat-kuat sangat ada yang sembur aku nanti. Bab awek-awek ada yang sensitif woo.. Siap kata aku gay. Hahahahahah...



11 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

kalaulah masa boleh diputar balik kan

Romeo Laut said...

Dah tentu-tentu seronok. Hahah..

-gedek! said...

uncle terpaksa sengetkan laptop tadi untok tengok gambar terakhir tu...

hish!

O CIKTEDDY said...

ngee..teringat.hehe

Romeo Laut said...

-Uncle, maaflah tak pusing gambar siap-siap. Hahah.. Kesalahan teknikal.

-Cik teddy, teringat? Biasalah tu.. Best kan?

Cik Puan Muda Umi said...

senget kepala sbb nk tgk gmbar last tu..hehe

suzie rahman said...

salam romeo..hihi nice. kalau erk.kalau lah pic ti bleh di rotate kn bgus.hik3

O CIKTEDDY said...

ha mmg best!ihik3

Romeo Laut said...

Okeh. Entry seterusnya segala gambar telah diubahsuai dengan sedaya mungkin. Maaf buat tengkuk kalian senget.. Putar masa memang seronok. Tak perlu jatuh motor dan boleh sambut birthday dia elok-elok.

Telor Power said...

salam kenal bro

1. old skool mmg best
2. walaupun skrg ni canggih sgt dgn gajet2, gambar yg terbaek hasil dari kita pi la cuci simpan dalam album bro
3.zaman asrama paling seronok sekali.serius cakap beb

Romeo Laut said...

Salam juga.

1. Budak sekolah sekarang tak lasak langsung.
2. Pakcik kedai gambar dah sakit hati tengok ramai tahu tangkap gambar tapi taknak cuci.
3. Zaman asrama memang seronok. Tapi, macam biasalah, dah duduk dekat dalam, kerja menyumpah je. Hahahahhaha.