Pertama, aku mohon maaf kerana ada entri yang aku padam atas masalah teknikal. Penutupan buat sementara waktu yang terjadi tanpa notis adalah dibuat untuk betulkan Google+.
Sebelum aku lanjutkan pada apa aku nak cerita, izinkan aku ucap tahniah pada jenis wanita separuh umur yang berjaya tunjuk pandai dengan meletakkan entri tentang jenis istilah yang berkenaan tentang sifat lelaki yang menganggap bahawa lelaki selalu berada di atas. Siap tampal tajuk 'fakta bukan auta'. Pada orang yang tahu siapa beliau, boleh tengok blog perempuan yang cukup layak dipanggil makcik ini. Aku sangkakan taip sendiri, paling tidak ambil dari buku, tapi nyatanya sangkaan aku meleset. Dari wikipedia dia rembat. Ilmiah apa benda. Ambil degree, tapi 'fakta' dari wikipedia? Eloklah. Nampak sangat jenis Melayu cakap macam bagus. Patutlah Melayu susah nak bangun. Wikipedia pun dah siap beritahu tahap 'reliability' benda tersebut tidak dijamin. Kalau dah sah salah, perbaikilah. Orang muda tegur, nak melenting. Apa punya akal. Ok. Setakat itu sahaja.
Jadi, mari aku bawa pula kepada cerita yang aku nak sampaikan. Rata-rata rakyat Malaysia tahu apa itu tembakau. Produk tembakau dah sah ada macam-macam. Ini yang aku nak cerita. Macam aku, masih lagi dalam proses berhenti merokok. Guna gula-gula getah yang doktor bagi. Memang berkesan. Aku pun ada kekurangan juga. Baik, di Malaysia, rata-rata kita tengok orang merokok macam yang biasa kita lihat. Yang tradisional sikit, guna daun. Paling tidak, pakai paip. Itu kebiasaan. Aku pun begitu juga. Pernah guna paip waktu aku belajar sekejap di ABM dulu.
Tapi aku pernah jumpa yang guna tembakau cara yang lain dan bagi aku, jauh lebih merbahaya. Pertama, aku berkawan dengan 'Pump Man' waktu atas kapal dulu. Dia dari India, bahagian utara sikit dari Chennai. Cara dia lepas gian, ambil tembakau jenis halus, campur sedikit dengan kapur, gentel secukup rasa, tepuk-tepuk sikit bagi lebihan kapur keluar, kemudian letak antara gigi bawah dengan bibir. Disebabkan aku cukup suka mencuba (lagipun bukan dadah), aku buat dan letak macam dia buat. Akibatnya, rasa pedas tahap menghakis dan aku basuh terus. Kalau dah nama kapur, memang rasa tahap nak meleleh airmata. Merah menyala gusi aku jadinya. Mungkin akan ada yang kata aku bodoh sebab cuba. Lantaklah.
Kedua, tahap dahsyat punya. Ini aku jumpa waktu aku di Cabinda, Angola. Tembakaunya jenis serbuk hitam macam belerang peluru. Diletak atas tapak tangan sedikit, dikaut dengan atas kuku jari telunjuk tangan satu lagi. Terus disedut dengan hidung. Diulang lagi sekali ke hidung satu lagi. Memang tergamam aku tengok mula-mula. Aku tak berani cuba sebab aku rasa benda macam itu boleh buat paru-paru aku hancur terus. Jadi, aku sekadar melihat. Pengalaman macam ini, sah-sah susah nak cari. Setakat tengok dalam wikipedia, budak tadika boleh tolong cari. Apapun, benda yang aku sangat-sangat ingat waktu di Angola, aku beli Pau Cabinda, atau Kayu Cabinda. Aku jual dekat kawan aku bila aku sampai di Malaysia. Gunanya, eloklah anda cari sendiri.
Memang rata-ratanya kita lihat produk tembakau digunakan oleh lelaki. Bukan kerana lelaki itu bodoh, tetapi kerana mencari tempat dan ruang yang sesuai untuk melegakan. Kalau nak kata tembakau boleh membunuh apa semua, gincu yang orang perempuan palit ke bibir itu pun sama bahaya juga. Terpulang pada yang menilai. Yang pasti, ia tak elok untuk kesihatan. Pada yang masih merokok, mari kita sama-sama berhenti. Lagipun bendanya dah difatwakan haram.
Setakat itu sahaja entri aku kali ini. Nasihat aku, dalam dunia ini, manusia tak lepas dari silap. Kalau dah silap, elok mengaku. Perbaiki diri dan jadi warganegara yang lebih berdisiplin. Pengalaman tak dilihat dari umur sahaja. Faktor lain juga diambil kira. Moga kita sama-sama menuju ke arah yang lebih baik.
11 comments:
k aku taktau nk komen pa. ok la tuh, at least kau cuba untuk berhenti kan? misteri btul la kau ni. kau sapa sebenarnya wey? nama, umor, tempat tinggal, nk gak tau. haha
for info, aku tak pakai make up, so??
haha..saya pun biasa gelarkn diri 'aku' dlm blog..tapi kdg2 ade org kate annoying..=='.anyway..saya follow awk ye..thx melawat dan komen blog saya..rajinnye :)
"mari kita sama-sama berhenti"..........mampukah anda?
aku tak gune gincu tapi lipbam je. bahaya tak? hihi
Hehe. Pakai gincu jadi rokok la camtu :)
nurshamila- soalan2 kau tak dapat dijawab. hahah.
bcj- budak teknik kuala memang guna bahasa macam kasar, tapi kita semua baik hati. hahah.
mus- aku tgh cuba berhenti. dah macam-macam sakit dapat dah ni. mampu ke tidak, tengok macam mana. rindu kat kau la wey.
wadi- cuba tengok kandungan benda-benda kosmetik ni. lepas tu guna kamus kimia. mesti boleh tau apa bahayanya.
ainn- errr... rokok itu tak elok. jangan..
hek eleh, kemain semangat g kau reply komen aku yg berbatu bata tuh. kejam bro!! aku amik berat nih [konon]. haha
eh tak takut ke tgk pict2 ngeri dkt kotak rokok tu? scary ohh..
hahah! aku terjumpe blog makcik yang kau cakap tu . berdebat habissss ! hebat lah kau . haahah x sangke aku . rupenye makcik tu lg3 amek serious pasal header blog kau tu . haahaah
nurshamila- bukan wa taknak komen apa. wa tak boleh bagitau nama wa. tak boleh. tak boleh.
chic na- ngeri? alah, jangan terpedaya dengan iklan.
AS- kau jumpa? eloklah. boleh jadi satu geng dengan dia. hahahah.
mmg xelok kan tapi itulah diaa
Post a Comment