Wednesday 4 July 2012

Cemburu, Lelaki dan Kebenarannya?

Bila sampai pada bab cemburu, kita mungkin pernah dengar orang berkata, "aku tak ada nak cemburu-cemburu dengan isteri aku. Sekarang zaman dah moden.". Atau mungkin juga kita akan dengar, "Aku jenis 'open-minded'. Tak ada nak cemburu-cemburu. Dia ada ruang dia, aku pun ada ruang aku.".

Mari sini aku nak beritahu, cemburu itu sesuatu yang bukan boleh dikategorikan sebagai perkara yang teruk. Aku belum berkahwin, tapi rasanya apa yang aku hendak aku kongsikan tidak terbatas pada sesiapa. Mungkin untuk ingatan pada orang lain juga. Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Ya, cemburu buta adalah sesuatu yang nampak seperti menyusahkan, dalam hal suami bertanya isteri itu dan ini, menyiasat apa yang dilakukan dan sebagainya. Tetapi aku suka untuk menasihatkan agar janganlah dimarahkan suami yang melakukan tindakan demikian janganlah berkecil atau terasa hati dengan suami dan beranggapan bahawa suami tidak meletakkan kepercayaan. Selalu kita dengar, lelaki akan segera disalah-ertikan sebagai "tidak meletakkan kepercayaan kepada isteri.".

Sebenarnya, kita perlu sedar dan tahu bahawa ia adalah salah satu tuntutan Islam dan menunjukkan bahawa wanita itu sedang memiliki seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya. 

Kata Imam Ibnu Qayyim, (bahasa Arab aku tak hebat mana), "Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau cemburu terhadap ahli keluarga. Dan siapa yang tiada perasaan ini, maka itulah tandanya tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga dijauhkan dari perkara jahat dan keji. Tanpanya hati akan mati, maka matilah juga sensitiviti anggota terhadap perkara haram, sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.".

Itu satu perkara. Suka juga aku nak beritahu, bergembiralah, dan bersuka serta senyumlah puas-puas kepada suami yang mendapat isteri yang solehah, kerana tak payah nak susah-susah untuk elak dari jatuhnya diri ke kategori dayus. Ini senang nak faham sebab tanpa campur tangan dan nasihat suami, dah tahu nak jaga batas aurat, pergaulan, maruah dan sebagainya. 

Nabi bersabda, "Dari tanda kebahagiaan anak Adam ialah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak)."

Elok pula kena macam zaman sekarang, cukuplah payah nak mencari yang solehah. Kalau namanya Solehah, ramailah. Itu pun dah tukar jadi Sally, dan sebagainya. Rasa nak muntah dengar nama manja macam orang tak cukup sifat. Ada pula yang disuruh dan dinasihatkan berubah, tapi mengatakan ia adalah sesuatu yang bukan dirinya. Entahlah. Agaknya dah kebal dari apa neraka. Tapi aku percaya, akan ada makcik-makcik, wanita-wanita, perempuan, gadis, budak perempuan dan yang seangkatan dengannya akan bertanya pada aku, "Habis, lelaki punya langkah tak payah nak tengok? Kalau tak tengok, lagi dahsyat menjadi-jadi.". Tapi harus kita sedar, bukan tak payah tengok langsung, tapi aku banyak berkongsi tentang bahagian lelaki sekarang. Jadi, tunggu aku buat untuk perempuan pula. Ok?

Kenapa perlu cemburu? Cemburu ini lawannya dayus. Ada aku sebutkan dayus ini tadi. Dan dayus adalah tergolong dalam salah satu dosa besar dan takkan masuk syurga. Berat kan? Dah tahu berat, fahamlah apa perlu difikir dan dibuat. Tak payah nak tunjuk moden sangat sampai menghilangkan sifat cemburu dalam hati. Bab hadis atau kata alim-ulama tentang dayus, bolehlah kalian cari di kitab-kitab. Paling tidak, boleh cari dalam internet.

Tapi janganlah pula lepas baca entri ini, terus-terus soal siasat isteri siap bawa masuk dalam bilik gelap, letak alat poligraf, siap gari tangan isteri, semata-mata nak tahu isteri ada pandang tak muka penjual ikan di pasar pagi tadi. Itu melampau ke tahap nak minta pelempang namanya. Gunakan akal untuk bertindak.

Kesimpulannya, perasaan cemburu itu sebenarnya bukan sesuatu yang buruk. Ia membuatkan kehidupan dan kasih sayang itu bertambah kukuh jika pandai kita perhalusi sebaik-baiknya. 





Benar kata orang, cemburu tandanya sayang!  ^_^ 



16 comments:

Rosmahusna said...

cemburu tu boleh tp jgn keterlaluan .. :))

follower #100 :)

Unknown said...

una pedora: Seperti yang dikatakan, haruslah disertakan dengan akal. ^_^ kalau boleh, sertakan link blog. Tak dapat buka profile.

Chic Na said...

sedangkan isteri Nabi Muhammad pun ada sifat cemburu, apa lg kita. boleh cemburu tp biar berpada2.

Unknown said...

Kak Na: Muhammad tahap cemburunya tinggi. Nanti kalau senang-senang, boleh cari hadisnya. Kalau cemburu tahap potong jari bini, melampau sangat. Hahah.

are_lin@yu said...

cemburu itu lumrah manusia rasanya..kalau tak da sifat cemburu tak tahulah mcm mana blh timbulkan sayang ;-)

JR said...

Setuju dgn bro RL, cemburu bukanlah sesuatu yg teruk. Pernah tengok ayam jantan dan kucing? Binatang pun ada rasa cemburu. Jika manusia yg masih hidup tiada langsung rasa cemburu, rasanya tarafnya dah sama dgn mayat atau robot yg tidak punya perasaan.

Apapun cemburu juga perlu berpada. Janganlah sampai cemburu hingga pukul bini sampai separuh mati atau potong alat sulit suami kerana benda tu bukan ada alat ganti di kedai runcit...

LidiaSuraya said...

cemburu dengan cara yang selesa make us selesa lagik menyenangkan

btw
salam kenal
i singgah n follow kamu yer

Nyue said...

xcemburu nty pelik jgkk...ahahhahaha

Unknown said...

are_lin: kadang-kadang ada orang tak ada cemburu ni. Dah sewel. Hahah.

JR: Macam saya kata, kena guna akal. Tapi, banyak orang dah tak berapa guna akal sekarang. ^_^

LidiaSuraya: Cara yang paling patut, guna Quran dan Sunnah.

Nyue: Sekarang dah ramai orang 'open-minded' tahap korok. Hahah.

Dayang Deno said...

cemburu mmg kadang2 perlu... tapi kalau cemburu buta tak baik pula kan? :)

p/s: terima kasih singgah di blog deno..^^

Unknown said...

Deno: Cemburu buta itu juga ada baiknya. Cuma bagaimana akal kita berjalan. Itu sahaja.

AzelahSaupi said...

cemburu boleh tp takdelah sampai mengongkong . ouh lalalllaalaa .ahahahha :D

Unknown said...

Mengongkong itu sebenarnya perlu. Kalau tidak, pakat ramailah para isteri ikut suka tak tutup aurat dan sebagainya.

yanmaneee said...

louboutin
valentino shoes
cheap jordans
ferragamo belt
air jordan
cheap nfl jerseys
michael jordan shoes
yeezy
adidas stan smith shoes
longchamp

Unknown said...

cheap replica handbags GKOZ aaa replica bags CKRX high quality designer replica EGPW

sowheau said...

browse around here Ysl replica official statement gucci replica handbags official source replica louis vuitton bags