Tuesday 18 September 2012

Filem, Boikot, USA dan Islam. Betul Mampukah?

Sekarang ini ramai orang bercakap tentang filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Maka, ramailah muslim-muslim yang bercakap tentangnya. Di laman-laman sosial, ramailah yang kongsi segala gambar dan poster dengan rakan-rakan. Yang tak pernah tengok filem itu juga turut membantah. Bila dunia yang ramai orang Islam mula naik darah, maka di Malaysia juga turut naik darah sama. Apabila jumlah tatapan video itu di YouTube naik, maka angin juga turut naik.  Bila angin dah naik, darah pun pasti akan naik juga. Itulah pertautan-pertautan yang berlaku sejak lama dahulu. Dan pertautan itu akan terus berlaku kini dan pada masa akan datang. Dan tanpa kita sedar, apabila kenaikan darah itu tak dapat kita kawal, maka ia memungkinkan kita dihantar ke satu antara tiga tempat; lokap polis, hospital atau kubur. Tiada sesiapapun juga, terutama kita yang marhain ini boleh menafikan pertautan sebegitu. Malah, ramai di antara kita tidak dapat mengelak menjadi sebahagian daripadanya. Kita berkait dengan pertautan tersebut. Kita akan naik angin bila ada isu agama atau paling tidak bila harga barang naik. Lebih kurang sahaja.

Tetapi kalau kita singkap semula lembaran sejarah, apa yang kita dapati kemudiannya ialah kesan pertautan itu tidaklah sampai ke mana. Dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini sahaja, sudah banyak kali isu agama Islam dimainkan dan macam biasa, hukum pertautan itu menyebabkan permainan isu agama ini juga turut naik sama rancak. Apabila ada sahaja rejim ganas memijak Gaza, kita pun segera mendengar seruan daripada keamukan ini supaya memboikot produk-produk Amerika Syarikat yang merupakan bapa angkat, abang kandung, kakak sesusu dan sahabat terkarib bangsa Yahudi itu.

Dan ia bukanlah kali pertama kita berbuat demikian. Setiap kali 'mangkuk-mangkuk hayun' itu menyinggung perasaan umat Islam, antara langkah yang sering kita ambil ialah memboikot barangan mereka. Sesiapapun memang sepatutnya mengalu-alukan langkah itu. Dengan bilangan yang kita ada, kira-kira 1.5 billion orang dan kadar peningkatan kira-kira 2.9 peratus setahun, apapun USA dan konco-konconya akan longgar lutut juga, jika kita semua melakukan pemboikotan itu secara bersepadu. Dan kalau kita melakukannya secara berterusan, lambat-laun pasti mereka menyembah tanah.

Tetapi, persoalannya, mampukah kita? Minta maaflah kalau kenyataan yang berikut ini macam nak memperlekehkan suku-sakat sendiri. Namun realiti adalah realiti. Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa jangan kata nak melakukan boikot itu secara berterusan, malah nak melakukannya secara sekerat pun kita tak mampu.

Sekerat-sekerat?

Yaaaaa.. Memang itulah yang kita lakukan selama ini. Setiap kali kita bercakap tentang memboikot USA, apa yang kita lakukan ialah mengamalkan budaya 'buang satu ambil lima' atau 'tolak satu, angkat lima puluh'. Maksudnya, yang kita boikot cuma satu benda atau satu perkara, yang kita terus gunakan dengan sepenuh hati dan jiwa raga pula masih lima atau lebih banyak daripada itu. Semasa sebahagian daripada kita mengelak untuk menggunakan ubat gigi keluaran syarikat yang berpangkalan di USA, kita masih membiarkan program-program dari negara Uncle Sam itu menguasai stesyen-stesyen penyiaran kita, televisyen terutamanya. Semasa ada di kalangan kita menjauhi makanan segera (fast food) yang juga made in America, media-media kita masih berlumba-lumba menggunakan berita yang sumbernya dari sana.

Bukan hanya itu, sikap pendirian dan pandangan kita terhadap apa yang datang dari USA juga secara umumnya tidak berubah sedikit pun. Bibir Angelina Jolie masih terus menjadi kegilaan berbanding bibir Aminah Jali dari Sik, fesyen hip-hop yang macam orang dulu-dulu pakai semasa mencari lembu hilang di tengah hujan terus dimegah-megahkan berbanding teluk belanga dan baju kurung Kedah. Bab nyanyi-nyanyi janganlah cerita lagi. Ada orang kita yang semput nafasnya kalau tak mendendangkan lagu dari negara sana sehari lima enam tujuh kali. Sukan? Lagi tak payah buang masa nak menaip. Kalian boleh cerita sendiri.

Tapi politik lain pula ceritanya. Muncullah beberapa pemimpin yang kononnya prihatin dan sebagainya. Juga kononnya nak memboikot segala. Macam bikin filem jugalah aku tengok. Itu baru sebahagian. Sesungguhnya terlalu banyak lagi tindak tanduk kita yang mencerminkan betapa tidak upayanya kita mengasingkan diri dari pengaruh negara itu. Pengaruh itu malah sudah meresap jauh ke urat saraf sehingga ada di kalangan kita yang mimpi dan ngigaunya sentiasa berbau Amerika.

Dengan pengaruh yang begitu, bagaimanakah kita boleh mengharapkan usaha memboikot barangan USA dapat mencapai kejayaan dalam erti kata sebenar? Malah, jangan hairan kalau ada orang yang ketawa besar melihat kita bertempik-tempik tentang usaha boikot dan segala macam lagi. Jangan terkejut dan marah kalau mereka berkata, semua seruan itu sekadar retorik semata-mata.

Untuk mengelakkan dari ditertawa dan diperkecil-kecilkan, perubahan sikap kita merupakan sesuatu yang sangat perlu. Selepas ini, kalau nak buat apa-apa, jangan nak separuh-separuh dan sekerat-sekerat. Buat betul-betul. Kalau nak boikot, boikotlah secara menyeluruh. Biar kita pakat demam sebab tak tengok filem-filem Hollywood, biar kita pakat nanar dan lumpuh sebab tak dengar lagu-lagu dari USA. Tak mengapa, yang penting kita capai matlamat pemboikotan kita.

Kalau tak mampu dan kalau tak boleh, lebih baik kita duduk diam-diam membiarkan kepala dipijak dan telinga dijentik.





Selit-selit: Kalau tak faham juga maksud aku merungut macam ini, tak tahulah aku.

Selit-selit: Ikut mazhab lain, hukum pegang catur (chess) itu macam sentuh darah babi. Apakata kalau kita buat, kalau pegang makanan segera (fast food) dari negara sana, kita anggap macam makan makanan haram juga?

15 comments:

Unknown said...

Well said ROMEO... tempias gak le ngan aku... tapi sempat share satu enteri pasal boikot ni... kat pisbuk... tapi mmg untuk nak buat 100% tu aku rasa mmg x mampu kesampaian kot (bukan aku tidak menyokong usah tu...) cuma macam ko ckp ulang alik ulang alik... kita boikot satu... selebihnya kita terlupa atau buat2 lupa untuk boikot... jadi berdiamlah adanya aku rasa jalan terbaik.. (insyallah kalau mana2 yg aku termampu untk boikot aku akan usahakan sbb) :/ ~ mohon perbetulkan kalau pendapat aku ni ada yg menyinggung sesiapa tak terniat pun semoga kita sume ttp mempertahankan islam hingga ke akhir nafas... :(

Unknown said...

boikot g obersea jela bleh? pengaruh depa kuat..tula minda kita kan masih dijajah...tak merdeka pon uhuk

Unknown said...

PPP: Salah satu penyebab aku taip entri ini, adalah kerana aku lihat usaha dari salah seorang follower PPP yang ajak boikot. Hahah. Lepas itu, nampak di FB, bukan main ramai lagi konon nak menentang Amerika. Hahah. Dekat TV3, lagi dahsyat, siap ada pula belia 4B buat laporan polis bila kena gelak.

Unknown said...

zila manaf: Cuba perhati-perhati pada perenggan-perenggan terakhir saya.

Unknown said...

panas isunye ni

em ssah la bile kite ckp dan buatnye tak

sbb ia hakikat y bende ni susa nk wat

lg2 kite manusia y lemah

ape y ley kite wat, hidup dgn cr orng islam hdup

kalo agama pon kucar kacir cmne nk menentang amerka

Unknown said...

Iffah: Bila jumpa orang yang jenis suka suruh orang boikot tapi diri sendiri duduk sedap di McD, cakap pada dia, tak payahlah. Buang air liur. Hahah.

Unknown said...

Romeo mohon tumpang link 2 latest entri aku malam tadi utk ko baca :)

http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/berblogging-ibarat-air-pasang-surut.html


http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/kau-istimewa-di-hati-ku-ko-tahu-tak.html

mekaceh... jan mare ek? he he he ^..^

MalizaMah said...

thx berkunjung ke santai leeza.

haaaaa..... leeza tak lah melantak semua... 3 org makan lah tu... isyhhh.... hehehe

salam perkenalan.

Unknown said...

PPP: anda sangat-sangat dialu-alukan untuk letak link. Heheh. Senang nak baca.

Leeza: Salam perkenalan juga. ^_^

Unknown said...

Mekacih Romeo kena mintak izin dulu mana boleh main redah jer blog org :)

p/s: kalau nak tau blogger yg romeo ikut update n3 letak la.. blog list :) so tahu sapa2 yg ada buat latest n3 ~ just a suggestion mcm yg kat blog ppp tu... your's included :)

Unknown said...

PPP: Tapi kalau tak silap, memang dah ada kat homepage blogger kan?

Unknown said...

ha aa tapi ko kena add kan kat gedget

Unknown said...

Ooo.. Ok. Ini nak belajar buat gadget kejap. Risau silap. Hahah.

Unknown said...

mampukah melayu idup tnpa usa?????

Unknown said...

Aimi: Mampu. Kalau kita betul-betul nekad tak nak campur dengan mereka.