Tuesday, 18 September 2012

Perempuan Berkata: Lelaki Melayu Tiada Masa Depan

Wahai Tuhanku, curahkanlah selalu selawat serta salam kepada kekasihmu Muhammad yang sebaik-baik makhluk keseluruhannya. Sesungguhnya nafsu amarah yang bertapak di hatiku masih belum mahu menerima nasihat. Kerana jahilnya dari peranan peringatan yang dibawa oleh uban dan hari tua. Moga peringatan itu dapat menyedarkan aku, kerana jika nafsu aku berkuasa, maka sudah pasti ia akan membutakan mata dan menulikan telinga. Ku mohon pada Tuhanku, agar dapat aku mengawal nafsuku walaupun ia telah berlegar di ruang ketaatan.





Hari ini, aku jadi sedikit tersentak apabila ada satu blog, entrinya menceritakan tentang seorang budak perempuan Melayu yang sedang meningkat remaja memperlecehkan lelaki Melayu dengan mengatakan lelaki Melayu tidak ada masa depan. Terus dada aku rasa macam dihimpit. Nak kata senak pun ada. Hebat sungguh kata-kata budak perempuan tersebut. Aku terus rasa ingin bersemuka dengan beliau kerana mulut lancangnya berkata begitu. Dia memberitahu bahawasanya bapanya seorang lelaki berbangsa asing. Aku rasa tak peduli. Aku sanggup berjumpa dengan seisi keluarganya. Nak aku tuding satu-satu muka yang berkata begitu. Boleh kata lelaki Melayu tak ada masa depan. Dia ingat dia berkawan dengan lelaki bukan Melayu itu kira habis hebatlah?

Bukanlah aku nak menaikkan semangat perkauman. Tetapi jenis betina nan seekor itulah yang menyebabkan sifat perkauman yang dicampur dengan sifat marah aku naik ke kepala. Nak sahaja aku suruh dia letak muka-muka kawan-kawan bukan Melayu yang dia ada di depan aku. Nak aku tengok berjaya tahap mana sangat. Ceh!










Biar aku nak beritahu dengan sukarela sikit, sayugia yang konon hebat itu tak ada apa-apa. Betina jenis macam ini masih belum kenal erti hidup. Makan minum pun ibubapa yang tanggung lagi. Aku memang pasti. Dan aku juga hampir pasti yang ilmu agamanya taklah tinggi mana. Tahap kalau suruh baca kitab-kitab tua atau kitab kuning, memang haram tak tahu baca. Akademik? SPM? Diploma? Aku boleh agak muka macam itu tak pergi jauh mana. Kalau setakat 'masa depan' yang dia gembar-gemburkan itu hanyalah berupa kehebatan mengangkut dia ke kelab malam atau segala disko, tak payahlah. Hentikanlah. Nak muntah aku.

Dan aku juga hampir pasti, tak berapa kerat lelaki Melayu yang mempunyai masa depan yang cerah, berkehendakkan dia. Dah perangai dan mulut macam longkang tak siap, siapa yang nak? Kalau bagi percuma pada aku pun memang aku buat hamba abdi sahaja. Jadi aku buat hipotesis sendiri mengatakan beliau masih belum jumpa lelaki Melayu berjaya sebab dia memang buta. Itu sahaja. Kadang-kadang bila kita ini kurang ilmu, memang kita akan menampakkan kebodohan yang amat ketara.

Setakat itu sahaja.

Aku nak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih serta sekalung penghargaan diiringi ingatan yang tulus buat blogger Pari Pari Putih kerana memperkenalkan blog aku ini di entrinya yang ke-600. Beliau ini boleh aku katakan veteran, tapi kadang-kadang coretannya macam orang muda. Follower beliau dah sah-sah berganda-ganda dari aku, sedangkan aku adalah beberapa kerat follower sahaja. Apapun, terima kasih. Buat follower yang memang aktif dan tak berapa aktif serta yang tidur memanjang, pada kalian juga aku ucapkan terima kasih. Nanti aku naiktaraf sikit blog ini. Kena buat shout box nampak gayanya. Itu sahaja. Terima kasih.











Selit-selit: Aku memohon ampun kepada Allah, dari dosa perkataan yang tidak aku iringkan bersama amalan, kerana hal itu sama sahaja dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul. Sesungguhnya dosaku amat berat, kerana menyuruh orang berbuat kebaikan sedang aku tidak mengerjakannya dan aku menyuruh orang istiqamah sedang aku sendiri belum tetap pendirian. Moga diampunkan aku sebelum aku dijemput kematian.




16 comments:

paripariputih said...

terharu nama blog ku terselit dicelah2 enteri ni :)

paripariputih said...

hodai... mengucap panjang den tengok n3 ko ni ROMEO... tapi memang x patut la dia cakap cenggitu.. x suma lelaki melayu tu x de masa depan... cam ko cakap... le lau ada masa depan suk suk aku takut perut derang jer yg memboyot ke depan keh3... ye le mat salleh dia test dulu kan.. eh?? apa aku merapu ni.. ha ha ha... ingat senang ke nak kawen org bukan melayus... entah le ROMEO... susah nak cakap sebenarnya ramai org melayu kita ni mmg suka mat saleh dari mat melayu...

p/s: asal ko x nak share link budak tu, aku pun nak gak baca apa yg dia tulis :P

Romeo Laut said...

PPP: Budak perempuan zaman sekarang ramai yang dah makin bangang. Kalau dah jenis macam itu, aku rasa dia memang sama bangang.

Ini linknya.

http://babyaimacomel.blogspot.com/2012/09/lelaki-melayu-tak-ada-masa-depan.html

BeLLa said...

tp wa tetap pilih lelaki melayu nk buat jadi husband even wa minat shahid kapur bhahahah

Romeo Laut said...

BeLLa: Hah. Cantik sangat dah. Lelaki Melayu nan seorang ini memang elok sangat dijadikan suami. Hahahah.

ch000tz axoera ヅ said...

tak semua lah .....ada segelintir ajer kot........kalau takde masa depan habih tu ayah² kita tu apa citer kaaaaann......

ch000tz axoera ヅ said...

berani ko kata aku tingge capang eyhhh uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Romeo Laut said...

axoera: Dah kalau segelintir, bangsa lain pun ada juga yang tak berapa nak berguna. Sama sahaja. Eh, dah memang aku nampak capang, aku cakaplah. Hahahahah.

JR said...

Saya tak heran org Melayu hina Melayu krn sejak kecil kita diajar Melayu itu bangsa yg hina, bangsa yg tak punya apa-apa. Tengoklah Bahasa Melayu..dianggap sbg bukan bahasa ilmu hingga sains, matematik dan subjek teknikal kata mereka (pemimpin Melyu) tak sesuai diajar dlm Baha Melayu. Tengoklah berita di TV, menteri2 spt tergagap2 cakap Melayu campur Inggeris. Tengoklah mesyuarat di jabatan kerajaan Bahasa Melayu sering terpinggir. Pergilah pusat beli belah papan tanda dlm bahasa apa, pengumuman dlm dlm bahasa apa. Tengoklah nama org Melayu sendiri: Diana, Joe, Burn, Matt, Kathy, Maria..ke mana hilangnya Muhammad, Abdullah, Ismail dll?

Dulu ada juga Tanah Melayu, tapi kini telah diganti dengan Semenanjung Malaysia..tiada lagi nama Melayu. Nasib baik juga masih ada Keretapi Tanah Melayu, adalah juga nama Melayu yang masih tinggal di Malaysia ini. Jika Keretapi Tanah Melayu bangkrap, tubuh pula syarikat lain maka hilanglah nama Melayu di dunia ini lalu menangislah Hang Tuah kerana Melayu telah hilang di dunia.....

Romeo Laut said...

JR: Kalau Bahasa Melayu diletak ke tepi dalam untuk belajar, mungkin ada patutnya kerana Kerajaan Malaysia yang 'penyayang' ini cukup-cukup kedekut untuk alih bahasa buku-buku ilmiah. Tapi dah kalau bangsa sendiri nak kata konon dia tak suka bangsa sendiri, elok kita humban ke laut. Suruh dia berenang cari tempat lain untuk hidup.

Hang Tuah punya kata-kata susah sikit nak cakap. Sebab dia sendiri hilang entah ke mana. Hahah.

cik kaki ketawe said...

erkk..takut pulak nak aku nak komen...wewewewe...

sorilah kalau pandangan aku ini kurang tepat..tapipada aku ada sebahagian yang perlu kita pertimbangkan penggunaan bahasa melayu nya...contoh macam departured board kat airport...kalau kita tulis semua bahasa melayu nanti orang tak faham...kena pulak terangkan pada mereka yang tak pernah amnik peduli bahasa kita...tapi rasanya kerajaan dan cuba buat sehabis baik untuk pelajar sekola macam aku,,buku teks sekarang isikandungannya berbahasa Melayu...di sekolah sehabis baiknya kami mempraktikkan bahasa Melayu...cuma jika belajar bahasa Inggeris kena lah berbahasa asing kan?? tapi kalau kat universiti aya tak tahu...maklomlah..diri ini masih pelajar yang baru nak bernafas kat muka bumi ini...belum cukup pengetahuan..cuma nak berkongsi pendapat...apa-apa pun...jiwa aku masih jiwa timur dan bangga bangsa ku bangsa Melayu...

** miz Dylla ** said...

:: hahaha..biokan die nak sgt bngsa asing lah tue...nk merasalah katakan....budak baru nak naik...asl x link je blOg dak tue??aku pun nak baca sampai cik ROMEO kita nie jd senak..hahahahah..terbaekkk....

Iffah Afeefah said...

aku rase y kate itu budak

ape kate maafkan je die

budak2 pon

cume kite sbg lelaki melayu. bukan aku. aku pempuan

kene tunjukkn y lelaki mlayu pon boleh diharap

juge ade mse dpn

juga boleh kawen 4

ehhh

Romeo Laut said...

Kaki ketawa: Tentang bahasa, aku ada masalah sikit. Sebab di Malaysia, cukup susah nak cari bahan ilmiah dalam bahasa Melayu. Kalau tak percaya, kau cari buku tentang Nautical Studies dalam Bahasa Melayu. Memang tak ada.

Dylla: Itu budak yang tak ada akal lagi. Bangang sangat lagi. Hahah.

Iffah: Boleh kahwin 4? Kau salah seorang calon yang sesuai untuk mengisi ruang-ruang kosong aku. Hahahah.

khairolina said...

hahaha.. adooii bdak2 skrg mgkin x beri tunjuk ajar dr kecik.. dah ayah dia bkn org melayu,sah2 la dia ckp lelaki melayu mmg xda masa depan, tp seriously mmg la klu nak tgk peniaga2 majoriti bangsa lain yang kongker ,itu xdpt dnafikan..

tp bg aq bangsa melayu la yang patut d bangga2 kan.. sebab sebaik2 bangsa lain,bangsa lain mgkin xdpt mnunjukkan kita kejalan yang benar.. jd bangsa melayu mungkin ada sesetengah ja yang mmg xlyak tuk d buat laki.. eh apakah?? hahaha..

**mohon aq jd bini bongsu hahaha

Romeo Laut said...

Khairolina: Entahlah. Budak-budak perempuan zaman sekarang susah nak cerita.

Apapun, tertarik dengan permintaan anda nan satu itu. Masih kosong lagi untuk mengisi ruang. Heheh.