Sunday 23 September 2012

Naiktaraf, Segmen dan Pertandingan, Follower ke-100


Maka semalam pun aku tak menaip apa-apa. Semalam ada hal. Maaf. Hari ini aku kembali menaip. Tak ada isu apa-apa. Cuma sedikit pemberitahuan.


Aku baru sahaja menaiktaraf blog aku, letak benda untuk lihat senarai blog (blog list), sebelum itu pun aku ada letak shoutbox. Semuanya guna yang biasa. Tak ada kod HTML pelik-pelik. Dah jenuh aku belajar, fikir dan teliti, tapi aku rasa macam yang boleh kelip-kelip apa semua itu sekadar memberatkan blog untuk dibuka. Syahadan, jika aku buat juga, maka bertambah menyampahlah orang nak buka blog. Jadi, keputusan aku, cuma guna yang ringkas, yang dah memang disediakan oleh Google/Blogger. Sebenarnya, kalau tak guna blog list ini pun tak apa. Dekat dashboard pun boleh tengok entri terbaru untuk blog yang aku follow. Dan aku bukan jenis follow tapi lepas itu aku biarkan sahaja. Itu sebab kalau blog jenis tak berapa nak ada entri berfaedah, aku tak follow. Tapi, rasanya lebih baik kalau aku kongsi dengan orang lain juga. Begitulah adanya.

Pada follower ke-100, aku cuba jejak dia balik, Una Pedora, tapi kehebatan beliau menyebabkan aku gagal menjejakinya semula. Jika ada sesiapa kenal, sila minta beliau munculkan diri. Sebabnya? Kalau kalian ada baca entri sebelum ini, kalian tahu kenapa aku minta dia muncul.

Kemudian, aku nak beritahu, aku banyak tengok orang buat segmen apa segala, dan ada blogger yang mencadangkan aku untuk buat segmen juga. Untuk pengetahuan kalian, sampai hari ini aku tak tahu langsung segmen itu apa. Ada pula yang buat pertandingan (contest). Lagi aku tak tahu apa benda. Sebabnya? Aku pelik tengok pertandingan, tapi tak ada pula benda yang kena dibuat melainkan kena copy banner, tag blog kawan-kawan dan follow link-link yang diberi. Adalah satu kemusykilan pada aku. Kalau disuruh buat artikel atas tajuk tertentu, ada jugalah aku rasa berminat. Jadi, jika ada orang rasa nak mendidik aku tentang apa itu segmen dan pertandingan dalam blog, sila beritahu.

Itu sahaja beberapa perkara yang aku nak beritahu. Maaf terpaksa menggunakan beberapa istilah Bahasa Inggeris. Kalau tidak, ramai orang jadi keliru. Terima kasih.  ^_^

28 comments:

Unknown said...

As salam Romeo :) tahniah la ye sbb ada peningkatan :) (malu rasanya bila blog aku terpampang kat ko nyer blog list rasa sgt terharu... penghargaan tu bukan calang2 org yg bagi aku penghargaan ni kan)...

utk pengetahuan ko aku ni tidak la mahir dalam ruang segment2 ni... tapi aku boleh la bagi sikit2 panduan kot..

selalunya lau segment nak menaikan traffic atau follower org suka buat GA atau give away... tapi yg ni selalunya involve 3rd party yang sanggup nak sponser... tu sbb dipanggil give away... tujuan dia menggalakkan org follow blog kite...

dan sebenarnya GA atau segment ni tak tertakluk pada satu2 perkara jer it is up to you.. ada tu yg x bagi hadiah pun.... for e.g: macam aku... aku ada buat satu segment yang tak memerlukan hadiah.. tapi hadiah tu aku tukar kepada sapa2 yg join akan dapat masuk dalam video raya aku... syarat2:

- kena tepek banner ( yg aku buat utk segment join ppp punya video raya)
- kena buat satu entri pasal segment tu guna title yg aku sediakan (berkenaan raya tu la)
- kena sertakan or pm gambar derang berbaju kurung/melayu
- dateline... so aku punya tak de undi2 siapa2 yg bagi gambar dan buat entry org tu akan masuk..
-last sekali kena tingalkan backlink (atau url dimana derang buat entri tuk segment tersebut) dan tinggalkan kat comment (di dalam blog owner back link) so from there la org akan follow dan tambah kenalan..

sebenarnya kalau nak citer satu page tak cukup... ikut la mcm mana ko punya kreativiti ada org suka yg simple dan ada suka yg canggih :)

hope this helps a bit...

p/s: my blog new page tu ada sorang blogger yg offer :) alhamdulillah rezeki tu. ha ha ha what do you think?? nice kan?

ok thanks ya for the blog list

Unknown said...

p/s: Ini aku punya segment tu hope this helps ya :)

http://paripariputih.blogspot.com/2012/08/segmen-aku-nak-join-lam-video-raya-ppp.html

JR said...

Kita serupa...saya juga tak pernah lagi ikut main segmen2 ni

Unknown said...

xpe skit2 lme2 oke la

sy da sampai mcm xnk buat pape pon kat blog

wani sc said...

contest, giveaway dan segmen lebih kepada tambah follower dan menaikkan nama blog. try la, mana tau boleh join. nak-nak kalau ada hadiah best. ngeee

Lina said...

mcm aq dulu, xpndai sgt nak join2 segment, nak join papelha dr blog ni.. sebabnya aq xfhm apa yang dia nak.. then xtahu nak tulis apa..

tp lelama tu aq cuba fahamkan sesuatu segment tu, die nak apa.. klu aq rasa aq nak join aq join klu x.. xla... heheh

aq byk kali dah join segment ni.. GA ni xpernah lg la.. segment aq dah pena menang 2kali.. hehehe... seronok jgk dpt hadiah ni..

klu eddie buat ok jgk kot.. hehe

Chic Na said...

dah boleh jerit2 kat sini lah. kak na pun jarang join segment atau contest sbb tak minat sgt. :)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Aku percaya, lebih lama sikit ko menulis dialam maya, ko akan paham segmen,giveaway,contest ngn adik beradiknya.

Cumanya, ak nak gtau, benda2 ni, lebih pada memeriahkan suasana..tpi sayang..sementara cuma.

Aku pernah buat, pernah join, paling senget, pernah buat blog khas semata2 nak join benda ni suma..smpai satu tahap, ak tanya, "apa aku dpt sbnrnya?"

Sekarang.aku tak join pa2. Tgk saja.

Unknown said...

Pada semua, kalau aku senang, aku fikir-fikir apa yang bagus untuk dibuat segmen atau contest. Itu pun kalau aku nak buatlah. ^_^

Lina said...

klu eddie buat, hadianya naik kapal laut ya.. hew2

Unknown said...

Lina: Nak naik kapal? Boleh bawa wife je. Boleh sangat. Hahah.

wani sc said...

seronok ikut naik kapal - berbulan-bulan~ ahahahah

Unknown said...

romeo aku nak naik kapal selam ha ha ha >..< (tapi dah penah rasa naik kapal selam sbb dulu aku penah kerja part time LIMA 98) >..<

Unknown said...

Wani: Nak ikut ke? Hahahah.

PPP: Kapal selam belum pernah lagi aku naik. Tapi kapal selam Malaysia boleh tenggelam ke?

wani sc said...

terima kasih je la. dah pernah ikut 6 bulan. rindu giler kat kedai mamak nak pekena teh tarik dan roti telur! wuhuhu

Unknown said...

Wani: Hahahah. Itu tandanya kau tak dapat cook yang hebat. Heheh.

wani sc said...

cook hebat, steward cool tapi tetap tak sama dengan style kedai mamak dan makcik nasik lemak malaysia. heheh.

Aimacomel said...

erm, tentang segmen2 or contest ni biasanya aku just join mana2 yg mudah je. yg susah bangat or sarat2 tu idak la.
nak buat segmen sendiri, takut diri xmampu nk bagi komitmen masa & tenaga.. apa2 pun, xsalah rasanya sekali sekala join, tambah sahabat handai. saya pun xselalu sangat join, ada lah jugak cuma tak kerap.. (eh, aku ke saya ni eh?? =)

Unknown said...

wani: Aku beruntung sebab c/cook dari Tapah. Melayu. Memang makanan Malaysia punya. Hahahah.

Baby: Nak aku ke, saya ke, mana-mana boleh. Hahahah.

Lina said...

betul ke??mohon jd yg wife yg bongsu okay!! bahahhahhah

wani sc said...

sorry la, troll sini. dulu boss tinggalkan MISC as 4E, sekarang join FPSO ventures - offshore kemaman. saya mem je. heheh

Unknown said...

ahahahahah.... sme ler kite tak tahu segmen 2 pew...kihkih

Unknown said...

Lina: Kau tu silap-silap dah kahwin. Hahah.

Wani: Laaa... Husband yg budak laut rupanya. ^_^

aimi: Tak tahu segmen itu apa kan? Jom buat segmen nak? Hahahah.

Lina said...

waaahh im not married lg okay.. saya bujang anak dara... cewaaahhhh.. lama lg nak kwin...

Unknown said...

Lina: lambat lagi nak kahwin? Haih~

Lina said...

im still young hehehe... tggu la bila dh dpt keja lg bgs... skrg ni nak beli brg keperluan pun still xcukup lg.. hehehe.. nak bg senang mak n bpak dlu bru nak kwin.. hehe

yanmaneee said...

fila
kd 11
goyard handbags
kyrie 4
lebron shoes
off white shoes
michael kors outlet
fila disruptor
yeezy shoes
yeezy boost 350

mcneawe said...

anonyme jetez un œil sur ce site Web Lire l'article complet Goyard Dolabuy découvrez ceci ici https://www.dolabuy.su