Aku tak menaip semalam. Sepatutnya aku sambung bab cari arah guna jam, tapi disebabkan video tak siap lagi disebabkan oleh kamera telefon bimbit yang tak berfungsi dengan baik, aku simpan dulu entri tersebut. Nanti aku kemaskini.
Apapun, yang aku nak beritahu ialah kedatangan seorang ahli baru dalam keluarga besar aku. Nur Athalia Alma Binti Muhammad Luqman. Anak saudara aku yang pertama, dan juga sekaligus menaikkan pangkat aku sebagai seorang pakcik. Hahah. Pakcik. Rasa macam kasanova sangat bunyinya bila ada 'pakcik' depan nama aku.
Jadi, selamat datang ke dunia baru. Dunia serba millennium. Dunia serba canggih. Dunia yang hampir segalanya tersedia di depan mata. Moga menjadi seorang wanita yang solehah. Menjadi anak yang taat. Menjadi umat Muhammad yang utuh iman dan taqwa.
Tak ada apa lagi aku nak cakap. Tahniah buat Marina Muhammad.
Selit-selit: Teringin nak ada anak.......... Amacam?
36 comments:
hahaha kalo nk ade anak mestila kene kawen
kalo da kawen xtau nk kate pe la
#comel wuwuw
Iffah: Belum kahwin lagi. Tapi nak anak. Boleh?
wah cantiknya nama macam tuan punya badan. ;)
tahniah eddie dah naik pangkat. huhu..
Kak Na: Hahah. Comel orangnya, comel namanya. Terima kasih. ^_^
Jagalah amanah Allah sebaiknya. Bukan mudah membesarkan anak di zaman haru biru ni, hanya iman dan taqwa perisai abadi...
chomellllllll ....
argghh bile aku nk ade ank juga nie..
Pak cik Romeo. hahah..tahniah pakcik :D
cute! tahniah Paman Romeo XD
suka tgk baby...teringin nak ada baby...tp..dah senja dah hehe..
JR: Nak besarkan budak dalam dunia yang makin kecil, memang payah.
Aimi: Nak ada anak juga? Samalah kita. Hahah.
Zaty: Terima kasih. Hahah.
Wani: Paman? Lain benar angin bahasanya. Hahah.
Kamsiah: Senja? Kalau gelap malam sekalipun, dah kalau nak, boleh usaha. ^_^
pakcik oh pakcik.. haha.
comel~~
pak cik.
saya mak cik. haha.
nur athalia tolong pggl saya aunty muda okay.. hehehe
wahh dah jd pakcik.. ank buah sorang ye?? aq lak ank buah dah 13org boring dah ngn budak2.. nak ank sndri plak.. eh..??? slah komen.. hahaa
Michelle: Ye makcik. Ada apa? Hahah.
Alien: Mak cik? Apakah? Hahah.
Lina: Nak anak sendiri? Macam sama kita ni. Hahahah.
Tahniah le Romeo 1-Sbb dapat anak saudara yg comel
2-Naik Pangkat Pokcik :)
Semoga Athalia membesar dgn kasih sayang yg sempurna dari orang-orang di seklilinginya :)
Sorry lambat bw maklum GERING masih berbaki lagi ni.. tapi bosan pulak asik terbaring jer tak wat apa2 :P
PPP: Tak apa. Sembuhkan diri dulu. Bila sakit, ingat, manusia itu lemah.
tahniah la dapat anak saudara..aku ni heran dan pening..abang sulung aku dah umur 28 xkawen2 lagi...jangan tanya kenapa aku langkah bendul nanti..hehehe =P
Cik kaki ketawe: Abang kau saja nak uji kau tahan ke tidak. Hahah.
Welcome to the world new born baby. Nanti suruh Pakcik Eddie bawak awak jumpa Makcik AAA okay? :D
AAA: Susah. Sebab pakcik bukan bapanya nak sesuka hati usung dia ke mana-mana. Hahah.
nnt boleh main cubit pipi
omeynyer athirah seindah nama seindah rupa...subahanallah
Aluu.. ncik romeo laut..
Cute sgt lelaki nk anak walaupun belum kawen. :)Salam kenal..
p/s: Awak tersalah faham tau kat entry tadi...
dah jadi pakcik.. taniah untuk mak dan juga pakcik yea
kahkah da jadi pakcik :p
tahnaih, KA mmg suka bau2 baby ni
wah.. lahir sudah romeo jr.tahniah dah jadi pakcik.nt nk panggil pakcik jugak la.haha
ololooo..comel sgt2..
hye pakcik....hahaha... untung r dpt2 terus ank sedara pmp1 best gilew kot..
awat cumei sgt...
pasni panggil pakcik romeo buleh??
ekekkeekke
tahniah kepada anda kerana berjaya menjadi seorang pakcik yang berjaye . eh ? haha .
utkk bby , semoga awakk jadi wnita prhiasan dunia dan syurga taw . smoga dkuatkan iman dlam lyari ujian dunia akhr zaman nie yea dekk ? :)
eh umur dia sebaya dengan anak buah sya..boleh la kita berbesan kan?? :P
tahniah pak cik !! :)
hye pakcik..hehehhe congratsssss ;)) sedap name baby tu mcm nk makan rasa nya!
comellnya beby
congrates
nama dye sangat sedap dan unik laa
Post a Comment