Wednesday 19 September 2012

Rabu Tanpa Kata? Boikot? Penyudahnya?


Bila datang sahaja hari Rabu, maka berbondong-bondonglah blogger mengikuti rancangan 'Wordless Wednesday'. Maksudnya, tidak ada apa-apa yang ditaip atau dikarang, melainkan tempek gambar atau gambar-gambar sahaja untuk menceritakan apa-apa. Entah mana punya makhluk atas planet Bumi ini yang mulakan benda macam ini. Letak gambar, kalau ada sikit maklumat tentang gambar itu, tak mengapalah. Cuba kalau yang betul-betul 'wordless'? Elok pula ada gambar tangan budak yang hitam dan kurus kering atas tapak tangan seorang yang sihat, apa yang mungkin kita bayangkan? Apa yang mungkin kita ulas dari gambar tersebut? Bagi yang normal, mungkin sahaja akan kata, ini mesti gambar tangan budak miskin dekat negara Afrika entah mana-mana. Kasihannya tengok gambar macam itu. Tapi, macam mana pula kalau mentaliti jenis macam orang yang suka cari hantu dan sebagainya? Contohnya macam Encik Pakcik Seekers yang suka mencari hantu. Dah tentu dia menyangka bahawa manusia telah bersalaman dengan makhlus halus bernama Jenglot. Sekonyong-konyong orang begini 'update' entrinya bertajuk, "Manusia Berkomunikasi dengan Jenglot". Tak haru biru dunia jadinya?

Cukup takat itu. Nanti cakap lebih-lebih, marah pula blogger lain pada aku. Yang pernah minta nak jadi isteri bongsu pun tak pasal-pasal minta cerai nanti.



Aku masih lagi dalam suasana melihat orang bercakap tentang boikot dan lain-lain. Siap minta senarai barang-barang keluaran USA. Aku juga ringan mulut tadi bertanya pada seorang makcik yang agak aktif di internet. Kebetulan dia memang berkobar-kobar ajak orang boikot bersempena tercetusnya filem bajet murah yang menaikkan kemarahan umat Islam yang tidak murah harganya. Jadi, aku tanya, apa tujuan dia nak boikot sebenarnya? Aku boleh agak sangat tahap piawaian akal perempuan dalam memberi jawapan, tapi aku tetap nak dengar. Dia dengan senang hati menjawab, ini adalah untuk melumpuhkan ekonomi USA dan mengajar mereka kerana bersekongkol dengan Yahudi. Aku nak tergelak pun ada. Melainkan yang memboikot makan KFC atau McD pagi petang siang malam sebelum ini, kalau tiba-tiba berhenti makan pun, ianya tidak akan memberi kesan. 

Aku tanya dia lagi, bagaimana pula dengan komputer yang dia dan rakan-rakannya guna untuk bergosip dan menyeru pemboikotan itu? Bukankah rata-ratanya produk dari USA? Aku sambung lagi, bila pula dia nak berhenti kerja dari syarikat yang berpangkalan di USA? Langsung mereka tersipu-sipu macam siput sedut.

Bagi aku, sebagai lelaki Islam dan Melayu yang kacak, yang penting bukanlah untuk melumpuhkan ekonomi USA tetapi melatih diri mengutamakan barang-barang buatan tempatan. Kukuhkan ekonomi negara sendiri dahulu sebelum terfikir nak melumpuhkan ekonomi negara lain. Barulah realistik!





Selit-selit: Bila nak buat sesuatu, gunalah akal yang ada di kepala. Bukan di kepala lutut.


19 comments:

Unknown said...

kehkehkeh jenglot ek?? lepas ni tiap2 hari nak buat wordless mua ha ha ha >..<

Unknown said...

PPP: Hahahah. Gambar dari 'Wordless Wednesday' PPP la yang jadi entri macam ni. Hahah.

Lina said...

hantu jenglot?? apa benda tu?? haha mohon pakcik seekers mencari hantu yg b'nama jenglot.. errkkk .. hahaha

Nor Zilla Sensei said...

ini da wordmore ni..hahaha. yg penting guna akal di kepala k

Unknown said...

Khairolina: Pakcik Seekers dah tak cari hantu dah sebab dia sendiri dah jadi hantu. Hahah. Jenglot? Cari dalam enjin carian.

Zilla: Eh, comel gambar awak. Hahah. Ini memang entri yang tak ikut Wordless Wednesday. Hahah. Gunalah akal. Bagus.

Nor Zilla Sensei said...

ahhaha.. gambar interprint je tu. lain kli buat entry manywords plak ea. huhu

Unknown said...

Zilla: Kalau buat entri 'manywords', awak larat nak baca? Hahahahah.

ch000tz said...

hahaha aku hari² wordless sebab dulu banyak bunyi, tulis mcm² pastu lain pulak jadinya...so aku huraikan segalanya dengan gambar yang aku ambik sendiri DEMI untuk kepuasan hati sendiri hehehe

kata² hati melonjak dan terluah dengan hasil kerja tangan sendiri :D

JR said...

Boikot barang Amerika? Boikotlah..tapi masih pakai jeans Levis, makan di KFC, Mc D, Pizza, tengok film Amerika di panggung wayang, tengok siri drama Amerika di TV, etc. Sebenarnya Amerika dan Barat dah jajah minda kita puluhan tahun sejak merdeka, kalau tak percaya tanyalah artis2 kita yg pakai pakaian tak cukup kain ala-mat salih dan pemimpin2 kita yg selalu bawa anak bini makan angin di Barat tu, depa mesti setuju...

tuanseliper said...

gua nak guna due2 akal boleh? kpale dan lutut. hahaha :P

Everything's Everythings said...

ikutkan byk juga brg US di Malaysia ni ya.. mmg susah kalau nk boikot ;D
Kalau setakat kita boikot brgan2 runcit diorg tu mmg x ad effect ekonomi atau ap2 kt mereka rasanya >.<

Chic Na said...

kak na tak pernah boikot sbb dah tahu mmg takkan lama. huhu..

Aimacomel said...

yeah, paham. betul2 kena gunakan akal utk berfikir. otak tu utk mentafsir, hati tu untuk menilai & kita endiri utk bertindak.. ehh? apa yg aku dok meraban ni ye =)

Unknown said...

JR: Betul. Kalau kita rasa nak berura-ura melumpuhkan ekonomi negara orang, macam saya cakap, kita kukuhkan dulu negara sendiri. Dah kalau pemimpin pun kalah orang barat, tak payah ceritalah.

Baizura: Tak nak pinjam lutut aku sekali? Hahah.

Everything's: Pakat kena gelak ramai-ramai dengan diorang. Buat malu je.

Kak Na: Tapi kalau tak boikot langsung, memang melampau. Jinak-jinakkan diri dengan barangan tempatan.

Baby: Ya. Tak meraban pun. Nampak anda dah faham dengan bagus. Hahah.

Unknown said...

ahahhahah

lempang lelaju je org g2.. bajet btl

Unknown said...

ROMEO... mohon lau ko ada free time utk baca cerpen terbaru aku :p ha ha ha bukan novel cinte ye yg ni.. ha ha ha >..<

http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/cerpen-3-suku-versi-remix-apakah-part-6.html

Unknown said...

oh.. b.t.w this is just another way, for me to promote their blog (kwn2 aku)... f.y.i jer ni :) by tagging their name on my n3 (tak kira la segmen ke, blog review ke.. cerpen ke... :)

Unknown said...

Aimi: Nak lempang orang begitu yang kes macam mana?

PPP: Terima kasih ada tunjuk cerita. Ada orang minta saya buat review. Rasa nak gelak pun ada.

Unknown said...

nga gne akai la ni

nk tafsir mne betul mne salah