Aku kebelakangan ini sibuk betul dengan macam-macam urusan. Ke sana sini hampir hari-hari. Otak dan akal terus bekerja tak henti-henti. Entri baru? Idea mencurah nak menaip, tapi masanya pula tiris sangat. Maaflah. Maka, hari ini aku ke Bandaraya Bunga Kertas, yakni Bandaraya Ipoh, sekali lagi. Menguruskan sedikit hal. Esok pun mungkin ke sana lagi. Macam-macam kerja. Lusa dah nak ke selatan semenanjung lagi. Gila jadinya. Bukan senang nak senang.
Apapun, aku rasa terpanggil untuk berkongsi satu perkara yang dipersoalkan oleh sahabat aku. Waktu solat. Kalau atas darat, senanglah. Ada azan, ada takwim, macam-macam cara boleh guna nak tahu waktu solat. Tapi bagaimana dengan atas kapal?
Di atas kapal, tak ada jabatan agama nak tolong sediakan takwim. Tapi kena kira sendiri. Kaedah bayang-bayang? Kapal itu sentiasa bergerak dan bergoyang, susah. Lagipun kan senang kalau kira? Maka yang aku perturunkan ini adalah cara pengiraan yang majoriti digunakan oleh pelaut terutamanya pelaut Malaysia. Sekali lagi diingatkan, ini adalah cara pengiraan yang digunakan pelaut. Adapun pengiraan yang sebenarnya digunakan oleh jabatan agama dan falak agak rumit. Dan pengiraan yang digunakan pelaut ada sedikit lari dengan jawapan yang diperolehi dari cara pengiraan ahli falak. Pengiraan berdasarkan ahli falak, bersama sandaran pendapat-pendapat ulama falak, entri akan datang baru aku cerita.
Secara ringkasnya, pengiraan ini melibatkan penggunaan Nautical Almanac. Apa itu almanac? Cari sendiri. Jenuh nak terangkan.
Subuh: Adapun letaknya pada masa Astronomical Twilight. Dalam Nautical Almanac cuma ada Civil dan Nautical sahaja, maka kenalah buat interpolation. Tukar semula pada masa tempatan, dan dikira itulah subuh.
Zohor: Adapun ia berlaku ketika gelincir matahari (rasanya kalian ingat ustaz/ustazah dulu ada cakap). Maka, diambil waktu MP (Meridian Passage) yakni dalam bahasa falak sebagai waktu Istiwa atau dalam bahasa mudahnya, waktu matahari berada di posisi paling tegak pada kedudukan kita. Waktu itu ditukar kepada waktu tempatan dan ditambah dengan 5 minit.
Maghrib: Ini paling senang. Cari waktu matahari terbenam dalam Almanac, kemudian tukar balik pada waktu tempatan. Ada juga yang cari Twilight untuk sunset, tapi kebanyakannya mencari sunset.
Asar: Paling mudah dan paling 'koboi'. Waktu Zohor campur waktu Maghrib, dibahagi dua dan ditambah 20 minit.
Isyak: Ini sebenarnya ada macam-macam pendapat. Yang aku guna, membahagikan waktu malam kepada 8 bahagian, kemudian dikira Isyak itu selepas habisnya 1/8 malam. Begitulah adanya.
Agak kalau ada yang betul-betul berminat nak tahu betul-betul cara kiranya, hubungi aku.
Walaubagaimanapun, setelah dibuat pengiraan semula dan dibandingkan dengan pengiraan sebenar oleh ulama falak, memang ada perbezaan. Pelaut kebiasaannya akan tunggu lambat sedikit dari masa pengiraan supaya tak solat sebelum masuk waktu. Aku sendiri baru belajar cara yang betul dari ustaz yang mengajar ilmu falak dan belum aku aplikasikan lagi. Nanti aku cerita.
Satu lagi, mungkin ada yang akan kata, "macam manalah nak jadi pelaut. Solat pun kira tak tahu." Bagi aku, memang kami tak berapa pandai, tapi paling tidak, kami tak mencipta alasan untuk tinggal solat. Sekalipun kami sibuk dan separuh gila sebab kerja, tanggungjawab sebagai makhluk tuhan tetap dijalankan. Jangan jadi macam orang yang ada di darat. Ada azan, ada takwim, tapi tetap tak solat.
Selit-selit: Aku separuh bingung dengan filem-filem di Malaysia. Aku tengok pagi tadi satu cerita di siaran Oasis. Cerita tentang ustaz bunuh orang apa bagai. Pelik aku, dalam filem Malaysia, kebanyakannya, asal ustaz, pakai kopiah, serban, dilabel sebagai jahat, gila, sasau, tak boleh percaya dan sebagainya. Apa yang pakai pakaian tak cukup kain, dedah sesuka hati itu baik sangatkah? Dah tak ada akal?
Selit-selit: Politik sikit. Untuk solat, kita pilih imam yang betul-betul layak dan alim untuk jadi imam kita untuk solat lima minit. Tapi, kita tak pilih yang alim dan betul-betul elok untuk jadi imam (pemimpin) negara yang akan memerintah selama 5 tahun. Tak pelik?
17 comments:
erkk...x fhm T__T
kalau naik nnt depa ada ajar dak?
Zul: Selalunya ini kerja deck officer/navigation officer. Tapi tak diajar secara formal. Tetapi kena ringan mulut bertanya pada officer yang dah lama.
mampu sekadar membaca je. tp nk memahaminya dh tentu2 saya xpham. terima kasih =) hehe
aku rasa dalam bab-bab kerja di lautan dan udara waktu solah atau waktu berbuka posa and so on... lebih kurang sama (tpi tak silap aku dulu penah gak tanya ustaz, dia kata kalau keadaan cenggini diberi kelonggaran ke hapa... tak berani nak ckp nti tersalah ckp susah lak.. ) tapi pada hemat aku, yang aku faham Islam tu memudahkan.. jadi tak de alasan utk tak nak solat... terpulang la pada individu... tu kan..
kalo aku nka kau jadi imam solat aku blh tak????
todiaaaa. hai ustaz pelaut. im coming
Baby comel: Tak apa. Tak paksa untuk faham.
PPP: Bab solat dan individu sekarang, susah nak cakap.
Aimi adilah: Tak payah mengada. Pergi masjid. Ada banyak imam. Tak payah susah-susah cari yang jauh.
Wadi: Ustaz? I'm not.
Saya suka ayat last pasal "selit-selit" tu, dan nak tambah sikit: ketika solat kalau imam tersilap kita diminta tegur imam, tapi kalau bukan ketika solat jika imam (ketua negara) tak betul jika kita tegur masuk kem Kamunting....hehehe
the travelers, take noted. ;)
yang penting jagalah solat dimana jua kan.. =)
yang filem tu setuju jugak..kenape la x tunjuk yg betul2 punye kan..dah ustaz disuruh belakon jahat pulah..haisyhh!
mohon ko baca n3 ni.. lau ko free, sbb ko di tagged... takut ko terlepas pandang kat n3 ni..
http://paripariputih.blogspot.com/2012/10/tak-ku-sangak-rupa2nya-blogger-buddies.html
afiq tak pandai kira2 ni. orang deck je kot belajar ehhh?
ainraus: Yup. Ini memang untuk deck.
oo macam tu eh. terasa jahil lak, ruginya tak pernah nak tnya deck officer macam mana dorang tentukan masa dan arah. dulu time nak solat kena call bridge, ''tuan, waktu solat jam berapa? arah pukul berapa?'' huhuh
cemana nak "like" statement yang last tuh???
check over herereview see it hereview Get More Infolike it
Post a Comment