Hari ini aku solat subuh di surau yang ada di dalam kejiranan rumah aku. Kaki masih lagi sakit terpijak paku tempoh hari, tapi aku rasa nak melapangkan dada dari banyak benda yang berserabut. Lagipun aku tak dibenarkan bekerja buat sementara waktu sebab sakit. Jarang-jarang sangat aku rajin ke surau waktu subuh. Kalau waktu maghrib dan isyak, rajinlah kaki aku melangkah. Moga Tuhan bagi aku kerajinan yang kuat untuk berjemaah di lain-lain waktu juga. Apapun, semuanya berjalan seperti biasa, jemaah subuh hari ini ada 3 saf. Kira cantik sangatlah sebab kawasan ini kecil.
Cuma ada satu benda yang aku kirakan menarik sebab aku pasti tak ramai rakyat Malaysia yang tahu atau sedar tentang topik yang aku nak ceritakan ini. Cari-cari idea nak buat entri, terus fikir benda ini. Ia berkenaan dengan sesuatu yang disebut sebagai Qiraat. Kenapa? Sebab subuh tadi imam yang ada guna cara bacaan Warash. Rasa seronok bila dia jadi imam sebab dia pandai bab Qiraat. Aku setakat tahu begitu sahaja sebab aku belajar sikit dari ustaz aku tentang benda ini waktu nak masuk pertandingan tarannum dulu.
Apa itu Qiraat? Juga disebut sebagai Qiraat Sab'ah. Qiraat itu ialah satu sandaran cara atau kaedah pembacaan bergantung pada imam-imam para 'qurra'. Sab'ah itu pula bermaksud tujuh kerana pangkalnya disandarkan pada kaedah asal yang ada tujuh imam yang berada di sisi Al-Shatibi (aku ingat nama ini sebab nama arwah sepupu aku hampir sama). Tiap-tiap imam ini kaedahnya lain antara satu sama lain. Dan yang tambah lagi menarik, mereka ada anak murid, dan anak murid punya bacaan tak sama dengan guru. Hebatkan?
Orang yang tak biasa dengar, mungkin akan terkejut kalau dengar cara bacaannya pelik sikit, elok pula kalau dengar cara Warash sebab agak ketara bezanya berbanding yang lain. Nak tahu ketara macam mana, cubalah cari dalam Youtube atau mana-mana sumber. Aku percaya kalian cukup handal bab mencari guna internet. Aku pun cuma ada satu sahaja buku nipis tentang Qiraat.
Tujuan aku tulis, sekadar untuk memberitahu benda yang agak terpencil. Sekarang dah tak ada lagi program Akademi Quran. Aku tak tahu kenapa dah tak ada. Sedangkan peserta-peserta ada yang mahir dengan ilmu Qiraat. Tapi bab menyanyi, melompat, merosakkan akhlak, makin bercambah-cambah. Siap orang-orang tua pun disogok dengan hiburan sampai melompat atas pentas di tengah-tengah pasaraya. Susah nak cerita. Takkanlah sebab Ustaz Zamri dalam program 'Mari Mengaji' datang BERSIH terus buang dia dari kembangkan ilmu agama? Aku dah mula sensitif. Dah. Cukup takat itu.
Kesimpulannya, Al-Quran itu turun dengan bahasa syurga. Siap ada pula sasteranya sendiri. Sains pun ada, semuanya ada. Nak baca ikut cara mana pun boleh pilih. Kalau dah lidah keras macam kayu pun ada cara nak baca. Tak ada penghalang.
Selit-selit 1: Cuba kita renung-renungkan, kenapa ilmu dan pengetahuan tentang Al-Quran khususnya, dan Islam amnya, sangat malap dalam satu negara yang kononnya digelar 'Negara Islam'? Siapakah yang patut kita tenyeh kepalanya untuk ini?
Selit-selit 2: Tak rasa segankah pada budak umur 8 tahun pandai mengaji, sedangkan yang dah nak bergelar ibu atau bapa kepada budak masih merangkak-rangkak nak baca Quran? Ada ijazah, diploma, master macam-macam di IPT, tapi Quran tak reti-reti? Siap ada yang tak berapa nak boleh beza huruf-huruf. Fikirlah...
8 comments:
betul2, dah jarang ada program yg melibatkan agama. klu mentor ka apa semua tu boleh ja buat. membazir ja. seronoknya klu pandai bab2 agama, tenang..
insyaallah akan belajar tentang qiraat nih.xperasan pulak ade dlm bacaan2 ayat Quran..
aku pun pnah terpikir..pehal byk benor pogram hiburan..bukan main di julang2 lg..
haihh
nurshamila: Itu sebab kita kena jaga diri. Ingatkan orang-orang yang kita kenal.
kecik: kalau nak belajar Qiraat, baguslah. Aku bangga sangat-sangat kalau kau belajar. Kenapa banyak sangat hiburan? Sebab ada jenis orang yang takut kalau Islam tertegak.
Semoga jiwa kita lebih dekat dengan Pencipta kita, Allah azza wa jalla. Yes, betul...bermula dengan mengingatkan diri kita sendiri, then ingatkan org2 yang terdekat dengan kita.
betul cakap awak tu
sekarang lebih byk program berunsur hiburan
pelajaran semua tak pandang -,-
orang sekarang kan pandang remeh hal hal gini. semua nak cepat kaya aje
YM: Moga-moga begitu hendaknya. ^_^
Syazana: Kita patut tengok siapa yang sengaja buat begitu. Heheh.
Wadi AR: Dia ingat harta nanti nak bawa ke dalam kubur sekali. Hahah.
aku budak baru belajar . Qiraat, aku baru dengar ni . nak search utubelah . hihih thanks jejaka romeo laut :D
Post a Comment