Friday 6 July 2012

Wicca, Simbolnya dan Muslim?

Aku sedikit terkejut, apabila Encik Pakcik Seekers yang konon boleh cari hantu itu didapati positif dadah. Rasa nak ketawa pun ada bila dia cuba senyum-senyum dalam pakaian lokap polis. Dari satu hal, ke satu hal. Dulu kena bidas sampai terdiam dengan Dr. Fadzilah Kamsah dalam rancangan realiti, kemudian nak saman orang, sekarang dah ke lokap. Susah nak cerita. Itu sebab aku selalu tekankan, kita ini perlu tahu hukum agama walaupun tak dalam. Membuka aib orang, walaupun benda itu betul, adalah sesuatu yang tak patut dilakukan. Akan dibuka semula aibnya oleh Tuhan. Ok, cukup setakat itu. Aku bukan peminat dia pun. Dan dia ini bukan topik yang aku nak kongsi.



Adapun, topik yang aku nak kongsi ini ialah berkenaan dengan Wicca yang senang kita fahamkan sebagai satu agama yang polytheistic atau yang seumpama dengannya, menggunakan sihir untuk kehidupan seharian.  Cuma rupanya tidaklah macam bomoh Melayu. Reti jugalah mereka berfesyen. Nak cerita panjang lebar mengenai istilah ini, aku rasa kalian handal mencari maklumat. Mengapa aku nak kongsi benda nan satu ini? Kerana aku rasa terkejut apabila ditanya oleh rakanku yang berada di luar negara. Ini adalah dialog antara aku dan dia petang tadi.

Nolt: I'm wondering if in Islam, you will accept Wicca?
Aku: Wicca? Don't think so. Why? Never see any in my country yet. Except for some traditional shaman.
Nolt: Hmm.. I saw a symbol. Pentagram, but inside it having your "Bismillah" words.
Aku: Oo.. I've seen them before. Why? Anything wrong?
Nolt: Just to let you know, that pentagram, is one of the symbols for Wiccan.
Aku: I'll ring you back later. Have to check this out.

Itu perbualan aku dengan rakan aku. Maaf guna bahasa Inggeris, nak suruh dia cakap Melayu, perkataan 'makan' dia tahulah. Lagipun tak guna bahasa rojak macam sesetengah kita. Ok, balik pada topik. Aku tengok simbol yang dikatakan itu. Ya, salah satu simbol yang digunakan oleh Wicca. Apa itu Wicca?



Aku rasa kebanyakan kalian pernah tengok cerita Harry Potter. Wicca ini lebih kurang begitulah. Satu jenis agama baru yang menggunakan sihir dan magik untuk kehidupan. Yang tidak bertuhankan Allah secara pastinya. Nak kata macam Black Metal, tak juga sebab mereka ini tak ada musik keras. Aku tahu benda Wicca ini ketika belayar juga. Maklumat lebih lanjut, boleh cari sendiri. Dan agama ini aku rasa belum sampai di Malaysia secara meluas, tapi bila aku tengok simbol bintang bucu lima yang ada basmalah, rasa terkejut juga. Dengan aku sekali terlepas pandang. 

Maka, aku nasihatkan, beringat-ingat dengan apa yang kita ada di sekeliling. Kena dengan remaja macam aku, kadang-kadang main ikut sedap beli pelekat, tampal dekat motosikal, kereta, bilik, mana-manalah. Bukanlah benda ini boleh terus merosakkan akidah. Cuma, macam kita tak muliakan basmalah itu dengan sebaiknya. Lebih kurang macam kita ukir basmalah atas palang salib. Apa rasa?

Begitu sedikit sebanyak. Silalah ingat-ingatkan dan kongsikan dengan kawan-kawan, saudara-saudara, agar jauhkan benda-benda pelik-pelik macam ini. Payah nak cerita nanti.


Selit-selit: Macam aku cakap, bila hidup tak tahu hukum agama, tak ada pengetahuan, malas, macam-macam benda pelik-pelik boleh jadi.

Selit-selit: Kalau rasa tak selesa dengan entri aku, boleh cakap terang-terang. Senang cerita.

21 comments:

Ayu said...

yes, mcm2 je tactic diorang nk twist belief kita...erm...

rayyan haries said...

Nice! Good info!

Unknown said...

YM: Yang tambah pelik, goyah sangatkah iman orang Islam?

Haries: Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan.

Chic Na said...

kadang2 memang tak tau kan. nampak menarik terus je la nak ambik & guna.

banyak ilmu yg eddie dpt semasa belayar kan. bagus. :)

Unknown said...

Chic Na: Susah sikit dengan orang Melayu. Semua nak jadi benda seronok. Ilmu? Adalah dapat sikit. Sikit sangat-sangat.

Wadi AR said...

ouh baru tahu. terima kasih bg info. ko memang romeo tulen

Unknown said...

agak lain paparan ruang follower blog anda, memanjang ke bawah..so done follow ya

Unknown said...

Wadi AR: Sama-sama. Kongsi-kongsikan sesama rakan. Aku memang tulen, tak ada yang ciplak. Hahah.

etuza: Kalau asyik sama dengan orang, tak menariklah. Hahah. Terima kasih.

Anonymous said...

Wicca. first time dengar. terima kasih romeo :P

Unknown said...

AAA Jr.: Kali pertama, nanti boleh cari maklumat. Tak payah nak romeo sangat ye Cik Yanty. Lempang laju-laju nanti. Hahah.

Pwincess said...

Baru tau pasal Wicca ni, thanks for sharing =)

JR said...

Kita lebih suka berdebat mengenai Syiah sdg mereka juga menyembah Tuhan yg sama dan mengaku Nabi yg sama, hingga kita terlupa ada bahaya yg lebih besar di depan hidung...Wicca!!!

Mengenai Uncle Seekers saya rasa dia ni dah tersilap tembak le. Buat apalah dia nak tembak Sultan Johor dan anaknya serta Ketua Polis Johor, sdg mereka tu org kebal. Kalau nak tembak tu tembaklah org yg tak kebal spt Anwar, Azmin atau Wan Azizah, siang Uncle tembak, malam akan keluar TV, dia akan diangkat jadi hero parti, menteri akan quote kata-katanya, kaki bodek akan berdemonstrasi minta polis siasat kenyataannya...barulah glamour!!

Unknown said...

Nurulee: Sama-sama. Kongsi-kongsi dengan rakan nanti.

JR: Syiah ini cuma sakit sebab taqiyah mereka ini kira tinggi juga. Apapun, wicca ini lagi halus. Kalau dilihat elok-elok caranya, sangat bahaya. Bab Encik Hantu Seekers, dia memang begitu. Publisiti konon lain dari yang lain. Kan tak pasal ke lokap. Pembangkang tidak, kerajaan pun tidak. Nak kata atas pagar, pun susah. Nak kata alim ulama, kena cekup sekali dengan satu perempuan. Susah mau cerita. Hahah.

Anonymous said...

lempang laju laju? perangai romeo memang macam ni ke apa? haha

Camy Alya said...

first taim aku dengar pasal wicca ni

lilypelangi said...

thanx for the info ,, buad masa skg aku masih lom nampak ag perkataan basmalah dengan simbol tuh , tp harap2 lepas nie aku lebih berhati-hati :)

lilypelangi said...

thanx for the pic.. baru tahu skg.. lau ad pape info2 cmnie share g taw2

Anonymous said...

gud info.. =)

Elie Lily said...

Me pun baru tahu pasal Wicca ni! kalau tak baca entry u, elie pun tak tahu, haha

Syazana Zainn said...

thanks for the info.
baru je tahu ttg natam wicca bagai ni
huhu macam2 cara deme ni nak bg islam ni sesat

Izyan Kaher said...

WICCA? First time I heard abt it. Selama ni tahu Usop Wilcha jaa. Great info here, man! Thanks! :-)