Thursday 20 September 2012

Akhbar dan Logiknya..


Hari ini aku buat banyak aktiviti. Dari pagi, sampailah aku dapat rehat sekejap pada tengahari dan petang. Pagi tadi aku sambung balik pengajian kitab Muniatul Musalli (Cita-cita orang yang solat) karangan Syeikh Daud Ibnu Abdullah Al-Fatani. Kitab ini, kalau tak ada guru, susah juga nak faham. Walaupun tulisan jawi, tapi jawinya, boleh tahan susah. Risau salah faham makna dan isi. Lagipun, aku bukan duduk pondok, jadi aku cuma dapat ikuti dengan jadual yang agak jauh jaraknya. Lambat nak habis. Moga kalian dapat doakan aku supaya habis banyak kitab.

Setakat itu bab mengaji. Pada sebelah tengahari, aku baca surat khabar. Apa yang menarik? Ada dua perkara.

Pertama.
Ada laporan dalam akhbar Metro, mengenai seorang pemandu lori yang membawa muatan sawit terbabas selepas tayar hadapan sebelah kiri lorinya meletup. Mangsa sempat berpaut pada stereng dan terselamat dari kemalangan itu. Mangsa berumur 30 tahun. Muatan lorinya kira-kira 10 tan. Jadi apa yang menarik? Berita itu menjadi bahan ketawa aku apabila aku baca laporan berita itu mengatakan mangsa mempunyai pengalaman memandu lori kira-kira 20 tahun. Tak rasa pelik? Ini bermaksud, ketika mangsa berusia kira-kira 10 tahun, beliau telah pandai memandu lori. Wah! Nak ambil lesen kenderaan berat, kena ada lesen D, dan berumur 21 tahun. Jadi berita Metro ini boleh pakai atau tidak? Kalian fikir-fikir sendiri.

Kedua.
Terbaca banyak dan berbondong-bondong orang dan organisasi membuat laporan polis mengenai Pengerusi DAP Perak yang kononnya tak sensitif dengan agama Islam. Kalian baca atau tidak apa yang ditulis oleh beliau? Langsung diputar belit dengan dahsyat oleh media. Dah beliau minta maaf, pun orang tak puas hati. Siap kata terlambat apa semua. Sudahlah. Dah memang dia bukan Islam. Habis-habis sangat kita kritik secara adanya sahaja. Umat Islam di negara lain sibuk halau Kerajaan Amerika Syarikat dari negara mereka, sampai bakar kedutaan, kita sibuk berperang dengan parti politik, yang mana orang kita juga. Kalau NGO-NGO yang buat laporan polis itu ada hasrat nak pakat-pakat halau Kedutaan Amerika Syarikat, ada jugalah nampak usahanya. Tapi agak-agak apa mereka buat? Sepanduk di negara luar bertulis "Pergi jahanam USA", tapi di Malaysia, "DAP anti Islam". Rasa-rasa nampak lucu atau tidak?






Selit-selit: Ini pendapat bebas aku. Dah kalau ada di kalangan kalian memang menyokong kerajaan dengan sepenuh hati, ikut suka pada anda.

Selit-selit: Ada orang 'Tanpa Nama' tulis di shoutbox aku, "blog paling angkuh". Ya, memang angkuh, sombong, riak dan takbur serta segala sifat buruk-buruk lagi. Dah aku tulis dekat header aku; tak suka, ada butang tutup untuk ditekan. Pakai akal sikit.



17 comments:

Unknown said...

haha kadang kite kene identiti diri dlm blog

bia orng nk ckp pepon

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Aimacomel said...

macam2 kan dunia skg ni, kalau tak kuat memang goyang la jawabnye

Unknown said...

erk sapa la tu yg kena remove tu ha ha ha... cuma berminat kat TANPA NAMA TU PUNYA KUMEN...ada gak baca tadi.. :) sabau jer le banyak2 mcm ni le berblogging ada yg setuju ada yang tidak...

bagi aku senang lau aku tak setuju diam2 udah habis citer :)

Unknown said...

p/s: sama le kita, aku ni walau usia dah menjangkau nak masuk 42 tapi masih belajar mengaji tiap hari jumaat malam (walaupun masa muda2 dulu katam, tapi biasa la mengaji yg setakat nak khatam... yg ni pun masih lagi menggessot...) semoga aku x kan berhenti mengaji sampai akhir hayat amin...

Unknown said...

Iffah: Suka juga bila ada orang bengang. Nampak sangat ada benda dalam blog ni yang terkena batang hidung dia.

Baby: Susah nak cakap. Kuat tak kuat, kena tengok individu.

PPP: Tak remove komen pun. Dia sendiri yang padam. Entah siapa. Mengaji quran, bagus. Tapi kitab tua atau kitab kuning pun kalau rajin, cari guru juga untuk belajar.

JR said...

Org bukan Islam bukan paham sangat tentang Islam, kalau mereka paham dah lama mereka masuk Islam. Tapi ni yg org Islam sendiri tak paham tentang Islam tu apa hal pulak? Dr Mahathir sendiri masa jadi PM dulu banyak kali menyindir janggut Nabi, pakaian Nabi malah mempertikai hukum Allah (hudud). Tapi masa tu tak ada sapa pertikai pun, tak ada laporan polis pun (kecuali Mufti Selangor yg pertikai ucapan Dr Mahathir, tapi kemudian dia dipecat)

Itu yg kadang2 tak paham tu, kalau org lain salah sikit cepat2 melompat, kalau geng sendiri salah buat dekkk aje...

Unknown said...

aku mengaji ngan ustaz.. kalau sendiri2 harus ke laut... tapi alhamdulillah ada la sikit2 perubahan, masih byk kena imporve :)

http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/orang-ke-3.html

Unknown said...

JR: Semua benda diorang nak heret jadi topik politik. Kononnya mereka itulah penjaga agama Islam yang jujur lagi bagus. Ceh!

PPP: Bagus! Suka bila ada blogger macam PPP. Bagus. ^_^

Lina said...

fuyooooo hebat la abam lori tu... mohon sain kat jari aq ni.. hahaha..

hehe.. maybe dia pna tegur eddie kot, tp eddi xlayan, sebab tu dia ckp mcm tu..mulut tempayan kita ble tutup,tp mulut org kita xbleh tutup,,tggu dia penat je la bru ley tutup.. kan3...

Unknown said...

as salam romeo :) tumpan lalu ek.. sbbkan romeo lum ada blog list kengkawan.. jadi ppp hantar secara manual n3 lates.. mohon jan annoyed le plak ppp hantar tiap2 hari n3 baru aku ni :P hu hu hu

Unknown said...

Lina: Lantakkan sahaja orang macam tu nak cakap apa-apa. Dia bebas mengkritik, aku pun bebas juga berkata. Hahah.

PPP: Silalah hantar buat sementara waktu. Ini adalah kerana kod HTML yang diletakkan untuk blog list, tidak menjadi seperti diharapkan. Hahah.

Unknown said...

wakakakka.... sepanjang awk tulis...

sy tertarik degna yang last sekali 2..blog paling angkuh aaghahahahhahah

=D

Unknown said...

Aimi: Persoalannya, angkuhkah? Hahahah.

yanmaneee said...

michael kors uk
supreme clothing
fila shoes
nike air max 2018
louboutin shoes
coach outlet
nike shoes
westbrook shoes
golden goose
jordan 13

lenol said...

see this page navigate to this website Extra resources check my reference More Help replica bags buy online

sede said...

z9c95y6m07 p8t80l0u71 k5p15p3i67 w5n73j5r77 a9c87w2q34 q3i93w5t61