Monday 17 September 2012

Apakah Perasaan Anda Kalau Dalam Ramai-ramai....

Dua hari sudah aku berdiam diri. Jari-jari aku mula naik lemau bila tak ada senaman. Jadi, aku menaip lagi buat kesekian kali. Kali ini aku nak kongsi tentang "Apakah perasaan anda kalau dalam ramai-ramai....."


Apakah perasaan anda kalau dalam ramai-ramai...

  • dalam ramai-ramai orang, anda yang diperhatikan apabila ada bau-bauan atau bunyi-bunyian yang tidak menyenangkan?
  • dalam ramai-ramai anak, semuanya berjaya kecuali nan seorang yang paling kita sayang?
  • dalam ramai-ramai penonton yang menyaksikan konsert anda, tak ada seorang pun yang tepuk tangan walaupun anda dah menyanyi 18 lagu?
  • dalam ramai-ramai yang buat pemeriksaan kesihatan di pejabat, anda seorang yang disahkan menghidap pelbagai penyakit?
  • dalam ramai-ramai orang di majlis, anda seorang yang berbahasa Inggeris walaupun tunggang-langgang bahasanya?
  • dalam ramai-ramai kawan, semuanya dah berkahwin, sedangkan anda seorang yang makin hari makin tak laku?
  • dalam ramai-ramai orang yang beratur di mesin ATM nak ambil duit, sampai giliran anda, 'out of service' pula sedangkan anda memang tak ada walau sesen pun ketika itu?
  • dalam ramai-ramai orang mengambil pil kurus, anda seorang yang makin gemuk berganda-ganda?
  • dalam ramai-ramai kawan yang memancing, mereka semua dapat ikan, sedangkan anda tak dapat walau seekor pun dari pagi sampai malam walaupun anda adalah seorang pemancing profesional?
  • dalam ramai-ramai pesakit di hospital, doktor dan pelawat memberikan perhatian yang lebih pada anda?
  • dalam ramai-ramai teman wanita anda, yang bawah umur mengaku perutnya berisi kerana anda?
  • dalam ramai-ramai blogger, anda seorang yang dilucutkan keahlian glitterati secara tiba-tiba?
  • dalam ramai-ramai cikgu, anda juga yang ditanya oleh anak murid sama ada dah kahwin atau belum?


Mungkin ada di antara kita, pernah mengalami peristiwa seperti di atas. Dan reaksi kita tentulah berlainan. Ada yang reaksinya positif, ada yang negatif dan ada yang tak ambil tahu langsung. Apapun, itulah yang aku nak kongsikan. Samada kalian nak jawab atau tidak, terpulang.




Selit-selit: Hidup ini ibarat meniti mata pedang yang tajam di atas gunung yang curam. Silap meniti, parah di kaki. Silap mengimbang, jatuh dan mati.




23 comments:

ch000tz said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ch000tz: aku tak tau nak komen macam mana, sebab aku tak pernah tengok muka kau. Cari juga FB kau, tapi tak ada.

Unknown said...

dalam ramai-ramai orang, anda yang diperhatikan apabila ada bau-bauan atau bunyi-bunyian yang tidak menyenangkan? ~ selalu terjadi kat tempat2 public atau shooping mall.

dalam ramai-ramai anak, semuanya berjaya kecuali nan seorang yang paling kita sayang? ~ aku le tuewww

dalam ramai-ramai penonton yang menyaksikan konsert anda, tak ada seorang pun yang tepuk tangan walaupun anda dah menyanyi 18 lagu? ~ penonton malaysia la selalunya tu siap kena bagi isyarat tepuk.. ha ha ha ko hade??

dalam ramai-ramai yang buat pemeriksaan kesihatan di pejabat, anda seorang yang disahkan menghidap pelbagai penyakit? ~ mungkin aku harus pasrah... walau pun takut dalam masa yg sama.

dalam ramai-ramai orang di majlis, anda seorang yang berbahasa Inggeris walaupun tunggang-langgang bahasanya? ~ sekurang-kurangnya aku mencuba... lebih baik cuba dari x buat apa2

dalam ramai-ramai kawan, semuanya dah berkahwin, sedangkan anda seorang yang makin hari makin tak laku? ~ ada dua sebab pertama jodoh x mai lagi atau satu lagi kita terlalu memilih nak yg perfect (sedangkan diri sendiri bukanlah sesempurna mana)

dalam ramai-ramai orang yang beratur di mesin ATM nak ambil duit, sampai giliran anda, 'out of service' pula sedangkan anda memang tak ada walau sesen pun ketika itu? ~ mungkin terpaksa buat muka tebal pinjam dr family or kawan baik (lebih elok dr mencuri :P)

dalam ramai-ramai orang mengambil pil kurus, anda seorang yang makin gemuk berganda-ganda? ~ memang nak kena bakau le company yg buat pil kurus tu...

dalam ramai-ramai kawan yang memancing, mereka semua dapat ikan, sedangkan anda tak dapat walau seekor pun dari pagi sampai malam walaupun anda adalah seorang pemancing profesional? ~ ikan dah bosan nak makan joran yg sama kot..

dalam ramai-ramai pesakit di hospital, doktor dan pelawat memberikan perhatian yang lebih pada anda? ~ itulah pengubat sakit yg sebenarnya... perhatian..

dalam ramai-ramai teman wanita anda, yang bawah umur mengaku perutnya berisi kerana anda? ~ ha ha ha lau x penah buat.. apa nak takut...

dalam ramai-ramai blogger, anda seorang yang dilucutkan keahlian glitterati secara tiba-tiba? ~ glitterati tu mmg cenggitu.. sengal..

dalam ramai-ramai cikgu, anda juga yang ditanya oleh anak murid sama ada dah kahwin atau belum? ~ itu menunjukkan derang prihatin pada kita :)

aku rasa aku dah jawab sume soklan ko di atas.. harap maklong ha ha ha >..<

Unknown said...

PPP: Hebat... Kalau dah kena kerumun tetiba je dalam hospital, tanda dah tak lama la nak pergi dunia baru. Hahahah. Apapun, ada salah satu pernah terkena ke batang hidung aku sendiri. Rasa nak tendang-tendang orang pun ada. Hahahah.

Unknown said...

romeo mohon aku buat preview blog ko?? buleh ni mintak kebenaran ni...

Unknown said...

Nak preview ke, apa ke, buatlah. Dialu-alukan. Buatlah macam blog sendiri. Heheh.

Unknown said...

ok but gimme time ok nanti dah siap aku buzz la ko :p

Chic Na said...

tengok keadaan la. kdg2 boleh jd positif, kdg2 boleh jd negatif. ;)

Unknown said...

PPP: Wah. Rasa nak pergi seterika baju bila ada orang nak buat preview bagai. Hahahah.

Kak Na: Hahahah. Tapi kebanyakan masa, kita diam je..

nursuriani said...

huhuhuhuhu. buat tak tahu jerk!! tak tau nak buat cam mana lagi. huhuhu

Unknown said...

romeo you were tagged here :)

http://paripariputih.blogspot.com/2012/09/entry-600-teman-istimewa-aku-euwww.html

Noor Maizan said...

dh mcm the choosen one pulak..hihik...

Aimacomel said...

dalam banyak2 yg ada ni, owh takut nak cerita & bayangkan semuanya.. yg baik tu positif la, tp kalau yg tak berapa nk baik tu (mybe time tu my psikologi dh drop until zero kot).. apa-apa pun, atas bawah hidup kita itu yg akan sebenarnya mencorakkan yg bagi warna.. hohoho,

ch000tz said...

heheheheeh sorry aku banned FB.....mmg takkan jumpa lah.....aku tempek kat sini ajer lah muka aku eyh....hahahah

nah koooo!!
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/aku-hanya-mahu-kamoooooo.html

Unknown said...

kalau dalam banyak2 situasi tu memang kite nmpk negatif je

but sy rase, di dalam negatif terselit juga positifnye

sbb org prihatin kat kite...npe orng lain xamik peduli kat ramai2 tu?

nmpk sngt kite penting heee

Unknown said...

hihihihih... pena rse.. tp wat tak tahu je.. sebab malas nk ambik tahu =)

Unknown said...

ROMEO TERIMA KASIH FOLLOW AKU :)

Unknown said...

Sue Pelik: Biasalah. Kebanyakan orang begitu.

PPP: Terima kasih banyak-banyak. Rasa takbur sangat hari ini sebab ada orang buat review blog. Dah sarung tuxedo dah nak pergi makan kat warung bawah. Hahah.

Cik Mai: Memang the chosen one..

Babycomel: Kadang-kadang sampai buta warna jadinya..

axoera: Tak la buruk mana muka kau. Cuma telinga capang sikit. Hahah. Entah gemuk entah tidak, aku tak tau. Tapi rasa ada dalam XL juga kau ni. Hahah.

Iffah: Tak apa. Kena dalam bas ada orang kentut, lepas tu diorang pakat ramai-ramai tengok muka kau, baru ada rasa... Hahah.

PPP: Tak sedar langsung yang tak follow blog PPP. Rasa nak nangis dah tadi. Hahah.

Unknown said...

paripariputih berkata...
Finally! Aku sebenarnya tunggu respon ko jer ROMEO utk balas sume komen2 peminat ko kat atas tu mua ha haha.

Ya Allah. Terima kasih sangat-sangat pada PPP ~ SAMA-SAMA... :)

Kali pertama ada orang review blog aku ni. Dah la blog pun buruk. Ada juga orang nak singgah. Hahah ~ BURUK X BERMAKNA TAK ADA ORG NAK MENYINGGAH :p

Terkejut pun ada. Aku ingatkan main-main. Apapun, tahniah sebab dah capai entri ke 600 ~ TOCHE! TOCHE! HE HE HE ^.^

Rasa bangga bercampur takbur diiringi dengan riak kerana menjadi isi dalam entri ke 600 ~ HAMBOI.. TAKBUR TU YG AKU X TAHAN TU... MUA HA HA HA....

Hahah. Rasa nak pakai tuxedo pergi warung makan kejap lagi. Hahah ~ MOHON JAN PANGGIL AKU LAU TERSERMPAK KO KAT KEDAI MAMAK TU DGN BERTUXEDO BAGAI KAN... ^..^

Terima kasih sangat-sangat. Segala nasihat akan dipertimbangkan dengan sedaya upaya ~ SMALL MATTER JER TU... yup... harap2 begitule.. aku ni pung bukan le mahir sgt lam berblogging (masih dlm proses merangkak2 dan menggesot ha ha ha)

P/s: Itu memang gambar sebenar. Cuma epaulette dah berubah. Masih bujang. Kira nak diambil jadi calon, memang elok sangat. Hahahah ~ OWH! MOHON KO SEDIAKAN SALINAN BORANG PERMOHONAN SEBANYAK MUNGKIN HA HA HA...

P/S: THANKS FOLLOW BLOG AKU ^..^

Unknown said...

ewahhh hahha shahid kapur tu wangi laa budak nepal je yg busuk ehh

Unknown said...

BeLLa: Tak percaya? Pergilah ke India. Masuklah ke bahagian yang bandar-bandar. Hahahahah.

Unknown said...

gua akan memalukan diri walaupun tak rasa malu. ekekeeke..

mmg gitu pun dalam banyak2 orang,mesti ada sorang yg lain dpd yg lain. betul ehh?? haha

Unknown said...

Michelle: Hahah. Tak dapat nak ditolong kalau dah macam tu. Hahah.