Friday 14 September 2012

Berita dan Ketulusannya..

Aku jarang-jarang juga baca surat khabar kebelakangan ini. Alasan aku mudah, sebab berita yang disampaikan dari muka hadapan, sampailah ke muka yang berbelas-belas, semuanya politik. Banyak sangat unsur tahyul. Dah macam baca majalah mistik aku rasa.

Pada pagi ini, naiklah seorang rakan, membawa senaskhah surat khabar. Aku yang tengah bosan, mula menyelak satu persatu. Maka, dapatlah aku lihat percakapan seorang menteri berkata begini maksudnya, "Adakah tidak cukup lagi 22 tahun? Kelantan pasti sudah maju jika bersama BN". Mata aku terhenti di situ. Ayat keramat yang sungguh dahsyat. Ditambah pula katanya, tak nak lihat pelajar di Kelantan sakit perut minum air kotor. Pelik juga aku. Adik aku bersekolah di Kok Lanas, Kelantan, tak pernah pula telefon kata sakit perut. Tak pernah pula dia terlantar di hospital kerana minum air. Entahlah. Makin pelik aku. Kerana nak kempen punya hal, sampai bimbang sakit perut pun jadi modal. Tersenyum lebar aku baca berita yang penuh kehairanan, keajaiban dan ketahyulan yang terlampau itu.

Bukanlah aku nak kata pembangkang itu 100% betul. Ada juga usaha kerajaan yang sangat aku sokong. Contohnya, bekas PM dulu buat PPSMI, ajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Aku sokong. Bila pembangkang kata, tak daulatkan Bahasa Melayu, aku tak berapa setuju. Sebabnya mudah, bila ditanya pada guru-guru sains, rata-rata yang aku jumpa, sokong PPSMI. Ini sebab, bila masuk ke peringkat yang lagi tinggi, Bahasa Inggeris diguna pakai. Tak payahlah sesiapa nak beritahu aku, ada yang Bahasa Melayu. Berapa kerat sangat buku matematik dan sains dalam Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi? Dan adalah lebih mudah guna Bahasa Inggeris. Contohnya, dalam topik transformer. Transformer Injak Naik, dalam Bahasa Inggeris ialah Step Up Transformer. Senang nak ingat. Injak itu apa? Injak itu datang dari Bahasa Indonesia. Contoh lain, Hull Material, dalam Bahasa Melayu jadi Unsur Binaan Lambung. Tak pelik?



Cukup setakat itu. PPSMI bukan topik utama. Yang aku nak utarakan ialah manusia sanggup menggunakan apa sahaja untuk kepentingan diri. Surat khabar, berita di televisyen, gunanya untuk memberitahu kita berita tanpa menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik. Sampai nak baca surat khabar pun jadi sengsara. Duit dah keluar, tapi berita macam hampas. Bab artis boleh tolak tepi. Hampir tak ada manfaat pun. Yang paling sedap, berita tentang budak lelaki umur 14 tahun yang terlalu bermoral akhlaknya yang bersumbang mahram dengan kakaknya yang berumur 15 tahun sampai keluar anak, boleh pula ada ayat tambahan di hujungnya, "suspek telah diikat jamin oleh bapanya yang juga BEKAS AHLI PARTI PEMBANGKANG". Memang dahsyat. Padahal bekas ahli itu, dah jadi orang kuat di sebelah sana. Tapi tak cakap macam itu. Kena juga ada perkataan 'parti pembangkang'. Penulis berita pun dah macam longkang.

Walaubagaimanapun, kalau kita tak percaya langsung dengan akhbar dan berita pun tak boleh juga. Nanti tercangak-cangak kita bila orang bertanya apa dah jadi dengan dunia. Ada benda kita boleh ambil, tapi tak semua. Tak boleh percaya bulat-bulat. Tapi iringilah pembacaan anda dengan akal fikiran yang waras. Ada beberapa perkara yang kita perlu imbang-imbangkan.



Selit-selit: Tapi ada satu benda yang ramai orang percaya dalam akhbar - nombor ekor.  ^_^

8 comments:

Everything's Everythings said...

Tu la, tak suka betul dgn berita yg berat sebelah.. of course la tak semua yg BN buat tu betul dan tak semua yg parti pembangkang buat tu betul juga ^^

Tapi kalau dah berita dh smpaikan begitu sebab tu org ingat 1 parti tu sahaja yg senantiasa betul =.=

Anasyg said...

satu family geleng2 istighfar time berita budak 14 taon tu. Mmg surreal betul la, btw- abah tiap2 hari beli metro semata2 nak tengok asap2 politik dalam tu. Btw, mohon ulas kempen saya pilih mengundi tak?

Soalan: Kenapa color theme kempen warna biru putih? Ada pape ke...lalala *semangat larikan diri

faiq said...

sekarang geng TIBAI meningkat feymes d tv3

Unknown said...

suka baca cerita ape yg akan kuar kat tb je kuikui

ch000tz said...

Hanya mendengar....... Sebab kita tak boleh berbuat apa2 pun...

Unknown said...

Everything's everything: Itu sebab aku sakit hati baca surat khabar sekarang.

Anasyg: Biru putih? Jawapannya mudah. Cuba tengok benderanya warna apa. Hahah.

Faiq: TIBAI itu, memang saja nak cari publisiti je..

Zila: itu yang kadang-kadang payah.

ch000tz: Ada yang kita boleh buat. Tukar kerajaan nanti.

Chic Na said...

yang pasti semuanya tak adil.

Unknown said...

Kak Na: Sebab kita belum cukup matang macam negara luar.