Aku kebelakangan ini agak tak menaip hari-hari. Banyak benda yang aku kena laksanakan dan kerjakan. Tapi ada juga masa yang aku curi-curi untuk lawat blog-blog yang aku rasakan banyak berkongsi pendapat dan cerita. Tak semua blog aku pergi. Aku tengok juga pada jenis isu atau perkara yang dikongsi.
Kali ini aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku dapati ramai di antara kita tak tahu. Tachymeter. Boleh kita lihat pada sesetengah jam tangan analog (jam yang pakai jarum). Aku tak berapa minat jam digital sebab fungsinya terlalu terhad. Ramai yang aku tengok pakai jam ada tachymeter tapi tak tahu cara guna. Jadi, fungsi tachymeter ini ialah untuk pengukuran kelajuan dan lain-lain. Cara penggunaannya senang walaupun kelihatan seperti rumit.
Jadi mari kita mulakan dengan asasnya dahulu. Tapi, tolong baca sampai habis. Formula memang nampak rumit, tapi aku kena beritahu juga.
Lihat skala luar, bukan dalam |
Kedua, kalau dilihat atas skala tachymeter, jam 12 menunjukkan 60, jam 3 menunjukkan 240, jam 6 menunjukkan 120, dan jam 9 menunjukkan angka 80. Angka-angka lain juga ada. Tengok sendiri. Cara penggunaannya? Senang. Kalau tak faham juga, aku ada sediakan video.
Andaikan anda sedang memandu untuk jarak 1 kilometer. Kemudian, anda lihat berapa saat yang anda ambil untuk jarak 1 kilometer itu. Sebagai contoh, anda mengambil masa 30 saat untuk 1 kilometer, jadi, kelajuan anda ialah 120km/j. Atas tachymeter, jam 6 (30 saat) menunjukkan angka 120. Maka itulah kelajuan anda. Tapi perlu diingat, bahawasanya ia hanya menunjukkan kelajuan purata.
Selit-selit: Video aku berkualiti rendah, jadi kena rujuk pada jam anda sendiri, atau boleh cari gambar di internet.
Selit-selit: Ada satu lagi jam yang aku simpan. Dah lama mati. Tapi dia pernah jaga aku dalam tempoh masa yang agak lama. Kemudian ada orang tolong simpankan, dan akhirnya ada kembali di tangan aku. Aku akan baiki balik jam itu selepas aku dapat baiki balik kerosakan hidup aku, dan aku akan kembalikan pada dia.
22 comments:
aisey.... habis komen aku yg tadi.. hilang tah kemana :P
oh i was saying just now... aku ni tak pandai maths... dari dulu (masa sekolah sampai skrg) aku mengaku aku bukan setakat lembab... memang hancur math aku...
So bila baca ko nya tutor pasal Tachymeter ni... jaw aku jam kejap ha ha ha (tapi tima kasih la sbb sudi sharekan menda ni kat kiterang)... mana tau satu hari aku tersesat lam hutan ke hape boleh gak aku ikut cara ko ni kan...
Dah macam kerja anak kapal pun ada gak rasa nya ni he he he (aku agak ko ngan menda ni dah macam petik jari jer la kan... )
hu hu hu apa2 pun thanks aku rasa ramai jugak yg macam aku ni.. bila baca n3 ko... 1st time tahu kot :P
p/s: dua - tiga hari ni mood aku sume rasanya terjun laut... >..<
xpandai jugak gune even awk da aja pon
maybe pale nga pening
xdpt nk sedut pape
PPP: Kalau nak tau, benda ni digunakan banyak orang. Tak kiralah pilot, pelaut, bawa kereta, motor, berlari, macam-macam.
Iffah: Kalau rasa nak tahu betul-betul cara guna, beritahu saya.
Wahhhh... segannya baru tahu benda ni, seriously dulu beli jam ak tak tahu pun ap function nombor2 yg kt sekeliling tu..
hahah lepas tgk video tu faham dh ;D
maklumlah dulu belajar bahasa Inggeris
Distance= time x speed
Salam kenal. tq singgah berkomen di laman KA. Dah follow awak juga ye 122. InsyaAllah berapa ramai pown dalam bloglist KA nnti pelan2 KA akan terjah agar ukhwah sampai ke jannah
EE: Haa.. Sebab dalam manual jam pun, banyak yang tak cerita tentang tachymeter ni.. Apapun, lepas ni dah tahu cara nak guna. ^_^
KA: Terima kasih.. Jenuh juga nak ke blog banyak-banyak. Heheh.
wow. pelaut pun ada blog! first time sampai sini! :D
btw, entry ni complicated sikit. baca pepetang cani, tak boleh digest. :P
ainraus: Rasa rumit, ada entri jenis ringan-ringan. Hahahah. Thanks datang.
Sori, tak reti nak komen sebab dah 4 tahun tak pakai jam tangan, pakai jam henset aje..hihihi...
okey, rasa2nye paham apa yg cuba disampaikan tentang kelajuan tu. tp xsemua jam jenis analog ada tachymeter ni kan?? ada fungsi jgk rupanya eh selain tengok masa tu. thanks ye romeo sbb share ilmu yg saya xtau ni (baru tau kejap ni)
JR: Tau dah. Dah baca entri JR tentang jam. Hahah.
Baby: Tak semua ada tachymeter. Tapi boleh cari. Banyak yang ada skala ni. Jam perempuan jarang-jarang ada sebab perempuan tak ramai yang minat benda teknikal. ^_^
saya bawak pada kljuan minimun je, xd maksimum. xth jam kelajuan itu xpla kot..hehe
haii. ko ingat aku lagi tak? btw, aku dengan math ibarat mencurahkan air ke daun keladi. haha
Zilla: Sekadar pengetahuan. Tak salah untuk tahu. ^_^
Wadi AR: Aku ingat kau. Tapi entah ke mana kau hilang, tak menjengah langsung. Hahah.
haha. sori la. leptop aku rosak. tu yang lama sangattt tak jengah. maaf ye. nanti dah baik aku jengah ko hari hari sampai ko muak
Wadi: Hahahah.. Dah kau bagi kura-kura main laptop, memanglah rosak. Hahah.
hehee..nice explaination..tp perempuan jarang yg suke pakai jam mcm ni.tapi ape2 pn, lepas ni dah tau lah ape fungsi tachymeter kt jam tu :)
hebat2...dh boleh jd tenaga pengajar nie =)
download video, hari hari boleh dengar suara. hahah.
Zaty: Boleh ajar kawan-kawan lelaki yang tak tahu.
Aimi: Hebat? Tak hebat mana. Hahah.
AAA: Dengarlah selalu. Hahah.
hmm, menarik. jam saya digital + analog - tanpa Tachymeter. ada alasan nak cari jam yang banyak nombor mcm ni, banyak juga kegunaannya. tq untuk info :)
Wani: Hahah. Suruh encik jurutera belikan. Sebat yang mahal sikit. Hahahah.
Post a Comment