Berdasarkan tajuk di atas, neuron-neuron dalam kepala kalian dah mula merenjis macam-macam cerita hanya berdasarkan tajuk tersebut. Fikirlah apapun, aku nak kongsi sikit cerita tentang dua blogger yang terikat perasaan antara satu sama lain.
Pada suatu hari, selepas beberapa lama adanya berhubungan dari jarak jauh, maka mereka pun merancanglah untuk bersua muka dan bertentang mata. Tapi biasalah, bila dah tua-tua macam ini, tak perlu lagi nak 'declare' macam budak-budak zaman sekolah rendah sekarang. Cukup bila hati terjentik, dah tahu terikat sendiri. Mulalah tidur pun tak berapa nak nyenyak siap meracau-racau, bila mandi macam basah tak basah mengalahkan kulit kalis air, bila makan rasa macam tak berapa nak cukup rencah. Bab lain-lain tak payah cerita, tengok berita di tv, boleh nampak muka dia yang jadi pemberita. Nak cakap bab fizikal, kalau letak tepi Siti Nurhaliza, Erra, Lisa Surihani, tak kira mana artis pun, tak kira India atau Korea atau Venezuela, tetap kata dialah yang paling lawa.
Maka, tibalah hari yang dinanti dan dijanji. Berdekatanlah dua hati. Dunia yang ramai manusia macam ada dua orang sahaja. Hujan yang sejuk dan dingin yang diketahui umum mampu menjadi punca orang demam, langsung tak dihiraukan. Langkah kaki kedua-dua manusia itu tetap dihayun, lecak dan lopak tak dihiraukan. Elok sahaja bertentang mata, mulut masing-masing tak serancak mana, hanya mata yang berkomunikasi.
Bila bercinta, biasalah, orang lain takkan tahu apa-apa. Hanya sekadar bertentang mata dah cukup untuk segala-galanya. Macam 'bluetooth', muat turun sahaja semua perkara terus ke hati. Masa seolah-olah terasa pantas berlalu. Terlalu laju. Sehingga berdesis di hati "kalaulah masa boleh dihentikan sementara". Tetapi itu mustahil.
Hmm... Setakat itu sahaja. Siapa dengan siapa, tak boleh aku beritahu. Itu suatu rahsia. Identiti? Pun tak boleh beritahu. Kalian bebas membuat andaian dan spekulasi. Blog mana? Pun tak boleh diberitahu. Rahsia. Semua maklumat ada di dalam senarai follower. Tahap aktif? Semuanya rahsia. Biarlah rahsia. Hahahahah. Kebenarannya? Memang sahih. Tahap 'muttafakun alaih'.
Selit-selit: Kalau blogger kahwin, agak-agak konsep macam mana nak dibuat?
Selit-selit: Aku cadang nak beli kereta, apa pendapat kalian?
13 comments:
keta aku bg idea keta inspira =)
aku taw sape ahahahhahahahah =P
Alhamdulillah... semoga pertemuan tu dapat dilanjutkan ke pernikahan barangkali?? semoga cepat-cepat ang naik pelami ye romeo... happy for you tak le asik nak berkelana jauh-jauh lagi ha ha ha >..<
camner hari jumaat tu?? betapa kat tempat tu ke?? (tak ingat nama dia) :P
boleh tahan sweet encik romeo ni. kehkeh
nak beli kereta eh? saya cadang encik ambil Range Rover. tolong lah ambil Range Rover. okay? :D
owh bahagianya kalau lagu tu =) hehe,
~kalau dh berkemampuan sila kan beli :) kereta pun skg ni dh jadi keperluan kan..
Nak teka: yg lelaki tu RL, yg pompuan...hmmm...biar rahsia!!
banyak weh blogger kawen dgn blogger skg. member aku dah selamat sorang
Aimi: Inspira? Tak berminat dengan Proton.
PPP: Eh? Mengapa saya yang kena naik pelamin? Hahahah.
AAA: Kereta yang dicadangkan itu sangat-sangat mahal.
Baby: Bahagia? Mungkin. Kereta memang keperluan.
Jay Ar: Heheh. Betul atau tidak, dua-dua rahsia.
Wadi Ar: Blogger sama blogger? Menarik. Boleh hantar kad jemputan dekat nuffnangs. Hahah.
keh keh keh... kata buatle spekulasi.. ni tengah buat spekulasi le ni... ha ha ha tapi kalau Romeo yg dalam penceritaan pun ok gak tu... hip hip horey >..<
p.s: jan mare... suka bila tengok romeo majuk (ha ha ha padahal x penah tengok pung :P)
untunglah kalau sudah ada yang sayang , jadi cepat2 lah tahap serius ye RL..
hehhehhe..keter saga amacam?? saga baru lah..besar n taklah mahal sgt payment..lagi pun sedap kalau bawak kat higway kalau gf blogger hang duk jauh :)
hehheheh
p/s : aku nak tau jugak la sapa gades tu..,mesti cun :) pape kim salam kat si dia :)
wahhh..bahagia nmpk ;D
semoga ke jinjang pelamin lah hendaknya. bende yg elok tak baik tangguh2 kan...heheh
beli keta ale ijau.lbh mewah sbb perlukan pmandu tuk bgerak (keta sorong!)HAHAHA :p
haha..kau la tu kan..baguslah..bende baik jangan dilambat- lambatkan..wink !
cerita pasai blogger dgn blogger bercinta n sampi ke jinjang pelamin da ramai skunk nie..
hoho..hebak ngt nk kawen 4
Post a Comment