Saturday, 24 November 2012

Hati Yang Terkilan dan Sembangnya..


Sebermula hikayat, tersebutlah suatu tempat bernama Taiping, dalam Larut Matang diamnya, tertakluk jua ia di dalam kamus perbendaharaan Negeri Perak Darul Ridzuan, ke utara sedikit letaknya, kecil pekannya itu datang sekarang. Tatkala hijratun nabiyyi seribu empat ratus tiga puluh empat, kepada tahun hijrah, pada tujuh haribulan Muharram, kepada hari Rabu, waktu Dhuha, pada ketika syamsu, pada zaman kerajaan Najib Razak Qaddasalahu Sirrahum Wal Al Sekorpin Al Tantuyia Wa Ghairahu Bum Si For Munggullia Ghafarullahulah Syah, maka tersebutlah satu bahtera, tiada bernama ia hanya bernombor pendaftaran, tersadai ia bersama nakhodanya, Tun Seri Bijaya Wangsa Maju Orang Kaya Haji Effendi, di tepi kawasan berhampiran pantai kerana rosak enjin.

Adapun, dipanggillah nakhoda itu secara istimewa, hanya untuk menghantar pulang bahtera itu tanpa armada ke Lumut untuk diperbaiki. Maka, setelah diperiksa, terpaksalah berada di sana. Nak jadi kisah, terlupa bawa kad bank yang tauke bagi. Eloklah sangat. Maka menggagaulah meminta pertolongan segala sahabat-sahabat yang handai lagi akram. Tak adalah yang nak membantu melainkan seorang. Tak mengapalah. Esok-esok bila yang lain-lain itu susah, aku pula buat tak tahu. Apapun, masalah dah selesai. Itu aku lega.

Tapi itu sekadar intro. Menyakitkan hati aku ialah harga makanan di sana. Pekan Taiping sahaja. Bukan Bandaraya Ipoh. Sepinggan kuey teow goreng RM5.00? Dah gila? Aci kerat tangan, kalau aku bawa makan di kedai mamak berdekatan dengan Medan Kidd, Ipoh, harganya cuma RM3.00. Memang jauh beza. Teh tarik harga RM2.00? Aku rasa marah sangat-sangat. Terkilan, terguris, pedih dan kecewa, semuanya bercampur-campur menjadi satu. Apa sangat yang ada di Taiping? Setakat ada tempat binatang dengan tempat orang yang dah nak jadi binatang, tak payahlah nak cas mahal sangat. Patutlah payah nak maju.

Kalau ada orang Taiping yang membaca, cuba-cubalah anda masuk ke kedai berdekatan dengan stesen bas Taiping, berhadapan dengan CIMB dan Hotel Legend Inn. Harganya tak masuk akal langsung. Aku terus angkat kaki bila aku tengok mahal sangat. Biarlah aku berjalan jauh sikit mencari kedai lain. Kalau ya pun nak jadi Melayu paling kaya, itu bukan jalannya. Beria gantung bendera kerajaan di luar kedai, tapi mahal gila.

Itu satu hal. Satu hal lagi, aku dah nak bekerja dah. Aku tak tahu berapa banyak sangat entri aku boleh buat sebelum aku bekerja. Entah macam mana agaknya bersawang nanti. Sedih aku. Lepas satu-satu benda aku masuk dan kemudian menghilang. Dulu, aku aktif dengan radio amatur. Lepas belayar, aku terus senyap. Cuma sekali sekala aku ada. Itu pun sebab ramai yang lupa siapa aku. Lepas ini, aku rasa follower pun akan lupa siapa aku. Entahlah. Sentap kejap (hati bukan main sensitif sekarang).

Bab lain, aku dah mula tengok ramai Muslim yang dah mula jejak kaki semula dalam restoran-restoran makanan segera yang kononnya nak diboikot. Heh. Beria-ialah bersumpah apa semua tak nak jejak, tak nak makan dan macam-macam lagi, tapi cuma untuk sehari dua. Yang dari dulu tak sedar-sedar pun lagi ramai. Entah apa nak jadi. Sekadar bahan lelucon orang kafir harbi. Semua pakat gelak.

Fikir-fikirlah. Melayu dan Islam nampak sinonim, tapi sebenarnya dua benda yang sangat berbeza. Macam hitam dan putih. Tersangat jauh. Agak-agak mana yang kita nak ikut?




Selit-selit: Lebih baik tak pandai bergaya, daripada berhabis harta.

Selit-selit: Ramai orang bertanya bila nak kahwin. Aku memang nak. Tapi ada satu masalah. Macam mana nak kahwin empat tanpa yang lain-lain saling bergaduh? Hahah.



14 comments:

Unknown said...

nak komen yg selit-selit tu jew: mohon sediakan satu sorang rumah, keta sebijik , bibik sorang satu, alaun bulanan sama rata, percutian, dan mohon buat jadual tidur rumah puan-puan bini sama adil... ha ha ha yg penting adil... ^_^

Aimacomel said...

Amboi-amboi, kemain.. yg satu pun xlepas lagi ada hati nak 4 ye?? :p
Taiping? selalu je pergi sana tp tak pernah makan kat situ.. ish, ish.. sabar la ye,

Unknown said...

PPP: Okeh. Itu semua boleh diselesaikan. Tapi yang hairan, tetap juga perempuan tak nak. Hairan. Hahah.

Baby: Dia ikut garis rank atas bahu. 1 line, satu bini. 2 line, 2 bini. Begitulah sampai 4. Hahah.

Wadi AR said...

dah cukup ilmu didada keeeeee nak kawen 4 :P

JR said...

JR pernah kerja kat Taiping dulu. Masa tu harga makanan tak lah mahal sangat. Kalau koteow goreng cuma RM3 sepinggan. Di kawasan taman rekreasi ais krimnya cuma RM1...besar dan sedap! Tapi itu 5 tahun dulu, mungkin sekarang harga petrol pun dah naik banyak kali lalu harga semua barang makanan turut naik, walaupun barang makanan tu tak berasaskan petrol....

Unknown said...

aku bab tepeng xpenah g jd tatau
sal kawen tu mohon jangan cite2 besar sngt

amik isteri satu pon cm payah je kan?

#berapa lama belayar?

Yana Sakura said...

pnjg sungguh nama tuan hamba..berbelit lidah nk menyebutnya..hihi..

hamboi..mahal giler..kalo itew pn xmo p kdai tuh..

xpna jejak kaki ke Taiping ag..hoho

mohon jga dri bebaik naa.. ^_^
gonna miss u.. =')

#amboih,demand nk 4 is3..
#try sorg dlu bru tau susah ke sng jga is3..haha
<-- xrela berkongsi kasih

duk kt laut tu 3 bulan ea?err

AAA Jr. said...

tambah isteri sama macam tambah line untuk ranking eh? menarik. nanti saya ubah struktur ranking tu. biar tinggi mana pun rank awak, line tu tak naik naik. kehkeh.

zaty said...

wahh..tinggi btul cita-cita ye.hehe

Lina said...

Waaaaaa 4byk sgt ckup la skdr seorang, tkut nnt byk plak hal yg tmbul..apapon selamat blayar. Hihihi..lma dh rsa xkomen kt cni

Unknown said...

encik romeo: hem2..sy single lagi..boleh le..tp kalau ada niat nak pasang empat..takpelah...tak jadi..hahaha...

pasal makanan kat taiping..depan hotel legend Inn memang ada tempat gerai makan..kawasan situ memang agak mahal..sebab kalau tengok hotel tuh banyak warga asing yang menginap..jadi rasanya tahap pengetahuan ekonomi peniaga kat situ tinggi..hingga cas melampau2 sama ada pada warganegara atau orang luar..tapi bagi saya..kalau dah sedap..berbaloilah bayar rm 5..=P

Unknown said...

Wadi: Ilmu akan tetap dicari. Heheh.

JR: Mungkin kita boleh kata ada kaitan dengan petrol sebab beli barang guna lori atau van. Tapi tak patut melampau sampai macam tu.

Yana Sakura: Miss me? Jenuh abang tak tidur malam. Hahahahahahah.

AAA: Tak salah pun kalau nak tambah kan? Hahahahah.

Izzati: Mana ada tinggi sangat. Sekadar hasrat menggunung sahaja. Heheh.

Lina: Hmm... Boleh dibuat sampai adil. Heheh.

kaki ketawa: Hahahahahahah.. Berbaloi? Ada angkat sikit dari makan makanan kucing agaknya. Pergilah rasa dahulu.

cik nana said...

masa cuti kat darat jenuh ulang alik 4 rumah bini. wakaka. boleh je kalau sanggup. haha

iAmCekbolat said...

boikot kemain kejap je . boikot pun sbb xde yg pegii . aiyakk =.=

khwin je la . slagi mampu than leteran 4mulut