Friday, 23 March 2012

Wanita dan Berat Badan..

       Pada entri lepas aku katakan bahawa aku akan kemaskinikan blog selepas aku selesai konvokesyen. Akan tetapi, disebabkan aku ada capaian internet dan aku agak banyak kekosongan masa, aku taip lagi. Macam aku katakan, aku cerita, kupas atau ulas perkara-perkara yang terjadi di depan mata aku atau aku alaminya sendiri. Ada sesetengah manusia berpendapat bahawa jangan percaya apa yang mata kita lihat. Tapi masalahnya, orang yang berkata demikian itupun, aku tak percaya. Ini nak disuruh menidakkan kepercayaan terhadap mata aku sendiri.

Tinggal sehari lagi sebelum aku naik ke pentas untuk terima diploma dalam jurusan Pengajian Nautika. Dah kira-kira empat lima hari berlatih raptai untuk konvokesyen. Raptai penuh dengan uniform lengkap pun dah dibuat. Dan dalam masa ini jugalah aku melihat pelbagai ragam manusia. Pada hari pertama aku daftar masuk, aku ada dengar ramai yang mula mengambil langkah yang hebat dalam menurunkan berat badan. Terlalu bimbang dengan peningkatan berat badan yang kadar kenaikannnya sama berat dengan sepaket biskut meri. Atas kebimbangan dan kesedaran itu, mereka mengambil langkah yang cukup drastik. Sebelum aku meneruskan cerita, haruslah ditegaskan di sini bahawasanya perkara ini tidak berlaku di kalangan orang yang sejantina dengan aku. Mereka-mereka ini terlalu bimbang dengan peningkatan berat badan. 

Aku ada dengar seorang kawan perempuan kepada teman aku yang berkata begini, "lantaklah nak gemuk pun, janji senang hati...". Itulah kata keramatnya yang disebut di hadapan aku. Pada sebelah malamnya, kami pergi ke Kolam Air Panas Gadek di Melaka. Nak dijadikan cerita, apabila jejak sahaja kaki ke dalam, terus-terus kawan teman aku itu bersuara yang mafhumnya, "eh, gemuk sangat ke Ra**ah ni?"(nama sebenar harus aku rahsiakan), dan pertanyaan itu buat aku terfikir. Terfikir apa yang bermain di pemikiran orang perempuan. Biasalah, standard pemikiran mereka tak banyak jauh beza, balik-balik itu juga tapi aku nak tahu apa yang sangat-sangat merisaukan dia dengan kenaikan berat badan. Kalau berat itu boleh membahayakan kesihatan, aku tak peduli sangat. Tapi macam aku cakap tadi, kenaikannya adalah sama ringan dengan sepaket biskut meri.

Jadi, atas kebimbangan golongan itu dan ditambah pula ketaksuban mereka dengan berat badan, maka muncullah satu golongan manusia yang mengaku pakar, hebat dan cerdik pandai; menghasilkan pelbagai jenis formula kimia yang dikatakan boleh dijadikan pil kurus, ubat-ubatan dan bermacam lagi. Malah, tak cukup dengan itu, mencipta pelbagai jenis mesin dan alat mekanikal, hanya bertujuan untuk membantu mereka menguruskan badan. Dalam hal ini, aku sedikit seronok kerana kebanyakan ubat-ubat dan alat-alat mekanikal yang dikatakan membantu itu direka dan dihasilkan oleh orang yang tak kurus. Ironinya dunia. tak cukup dengan itu, penulis-penulis blog, terkenal atau tidak, banyak yang menaip fakta dan tips semata-mata untuk mengajar orang bagaimana untuk menjaga berat badan. Ya, aku tak nafikan penjagaan berat badan itu salah. Tetapi kalau sudah kurang dari berat badan ideal, apa namanya itu? 

 

Lantas, yang menjadi mangsa, dah tentu-tentu orang yang berada di sekeliling. Kerana hendak kurus, suami dan anak-anak terpaksa berlapar sama sebab isteri mogok tak nak makan sebab baru lepas timbang dah naik dua gram. Ada pula suami yang pening kepala sebab lantai rumah dah berlekuk-lekak gara-gara alat senaman mekanikal di rumah. Ada pula yang sanggup berhabis ribuan ringgit nak pergi ke pusat kecantikan untuk merampingkan pinggang. Kalau dah tulang pinggang jenis genetik sama besar dengan kerbau balar, dah tentu-tentu buat macam mana pun takkan ramping. Entahlah. Ada juga segelintir dari kaum aku yang dirasuk dengan pemikiran orang perempuan. Malah ditambah pula dengan mengambil segala jenis susu dan formula untuk otot-otot berkembang  dan pejal. Pada sesetengah orang itu bermaksud gagah dan sebagainya, tetapi aku sebagai orang yang sukakan air, aku berpegang pada kata-kata ini, 'muscle doesn't float'. Itu sahaja. Begitulah adanya sedikit sebanyak. 

Lumrah, perempuan hendak kelihatan cantik. Aku sendiri sukakan perempuan yang cantik, lawa dan macam-macam. Rata-rata kaum aku sukakan begitu. Tetapi dari menghabiskan duit dan membazirkan tenaga, apa kata kalau mula rajin-rajinkan diri buat benda lebih berfaedah dan mendatangkan hasil yang sama? Bagaimana kalau mula menebas kebun sendiri tanpa perlu upah orang? Atau boleh juga potong atau cabut rumput di halaman rumah. Basuh kereta sendiri dan tak perlu hantar ke tempat cuci kereta. Dah tentu-tentu ekonomi kita menjadi lebih baik dan tubuh badan rasa lebih berbahagia. Pada yang muslim, apa kata kalau mula mengamalkan cara pemakanan Rasulullah dan mula banyakkan solat sunat untuk menambah senaman yang sedia ada? Nampak dah? Aku faham. Aku lelaki. Lelaki ini akalnya banyak. Biasalah.

Tetapi, disebabkan aku dianugerahkan dengan akal yang cerdik dan pandai ini, ada satu lagi cara nak kurus melidi tanpa keluar sesen duit pun, malah tanpa perlu keluarkan tenaga pun. Caranya, beri kaum aku itu kahwin satu, dua atau tiga lagi....

14 comments:

Disini Adrenalinku said...

aku rasa kebanyakan entry kau berupa penentangan pada sikap lawan jantina kau..dan mungkin dunia kau di kelilingi oleh lawan jantina kau yang memilih untuk bersikap skeptikal. jadi pandangan kau agak terhad sebenarnya. hahah.

uyaitusaya said...

aku y makan byk tp x gemuk2 nih mcm mana?? haha

Romeo Laut said...

Penentangan pada jantina yang sebelah sana? Hahah. Mungkin. Bersikap skeptikal. Ya, aku tak nafikan aku adakalanya berpandangan dan bersikap skeptikal pada sesetengah perkara. Untuk tahap terhad atau tidak pandangan aku, aku yakin sahaja ia tidak terhad. Malah jauh lebih luas. Hahah.

Romeo Laut said...

Kau makan banyak, tapi lebih pada fibre. Jadi aku tahu kau pernah belajar biologi. Ia tidak akan menambah berat badan. Dan sesungguhnya kau tak sesuai jadi gemuk. Hahah.

applehijau said...

done follow

Miss Hamilicious said...

perempuan lumrahnya sukakan kecantikkan. jangan salahkan depa sebab depa nak cantik pun sebab nak complete'kan rasa keyakinan depa.(aku rasa laa..)

btw, depa perempuan nak cantik sebab hampa lelaki la jugak kan..hehee..


p/s; faktor persekitaran mbuatkan perempuans nak kurus melidi. baju senang cari kot.. hehee =P

Romeo Laut said...

Hahahah... Tak mengapa. Jalan penyelesaian nak cari skirt yang customized dah ada. Tengok post terbaru. Hahah.

Siti Fairuz said...

Daripada sekali imbas pembacaan , nampak nye banyak negatif di kaum wanita .

Tapi kena ingat , tak semua kaum wanita adalah sama . Wanita tak lari dari lumrah ingin kan kecantikan .

PEACE :)

Anonymous said...

After looking οver а numbеr of the blog articlеs on your sitе,
I honestly like your technique οf writing a blog.
I book-marked іt to my bookmark site list and will be cheсking back soon.
Please сheck out my website too and let me knοω how you feel.


Also visit my webpаge :: quick cash loans

Anonymous said...

I used to be rеcommеnded this web ѕite
by my cousin. I am no lοngeг poѕitive whether or not
this ρost is written bу meаnѕ of hіm as
no one else understanԁ such distinct approximately my
troublе. Yοu're amazing! Thanks!

my web page ... loans for bad credit
Also see my web page - loans for bad credit

Anonymous said...

I ԁrop a lеavе a resρоnse ωheneveг
I eѕρecially enjοy a artіclе on а blоg οr I
havе ѕomething to valuаble to сontrіbute tο thе conversatiοn.
Usually it's triggered by the sincerness communicated in the article I read. And after this post "Wanita dan Berat Badan..". I was actually moved enough to drop a thought :) I do have 2 questions for you if it's
аllгight. Coulԁ it be just me οr do a few of these геmarks comе across likе
theу are ωrіtten bу
brain dеad folks? :-Р And, іf yοu are
writіng аt additional sites, I'd like to keep up with you. Would you make a list all of all your communal sites like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?

my webpage; mrbean73.blog.com
my website > mrbean73.blog.com

Anonymous said...

Amazing thіngs here. I am very satisfіed to ѕeе your article.
Thank you a lοt anԁ I am lοοking forward to touсh you.
Will you pleaѕe ԁrop me а
е-mail?

My ωebpage ... Www.Aresfree.net
Also see my web page: 7zip.com

Anonymous said...

certainly lіkе your ωeb ѕitе but you neеd to сhecκ the spelling on quitе а few of yοur ροstѕ.
Mаny of thеm aгe rife ωith spelling problemѕ anԁ Ι in finding it veгу tгoublesome to inform thе truth
hoωeѵеr I'll definitely come again again.

Feel free to surf to my page :: Same Day Payday Loans

Anonymous said...

Ѕuperb blog you hаve here but I wаs
curious if you knew οf any mеѕѕagе boaгdѕ that cоѵer the same topiсs ԁіscussed
herе? Ӏ'd really love to be a part of community where I can get comments from other knowledgeable people that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Kudos!

My website ... Same Day Payday Loans