Dalam entri lepas, aku kehilangan sedikit kawalan dari segi tutur bahasa aku. Aku takkan tarik balik, kerana ia adalah kebenaran. Pada sesiapa yang nampak apa yang aku kata, tahniah. Pada yang salah faham, nak berfikir secara negatif, terpulang. Ok, cukup takat itu. Aku di dalam perasaan yang penuh bunga-bungaan kali ini.
Aku dianugerahkan dengan kesempurnaan dari segi fizikal. Maksud aku tak ada cacat di mana-mana yang zahir. Kekurangan dah pasti ada, tapi cukuplah untuk diklasifikasikan sebagai manusia normal. Memang aku minat dia. Dari pertama kali aku mula bersembang dengan dia, sampailah sekarang, rasa seronok senantiasa. Ish. Kalau dikenang-kenang, rasa nak sarung balik baju sekolah. Boleh tengok dia muda dan cantik sentiasa.
Hari ini aku hantar mesej pada dia. Penuh dengan gelak ketawa. Aku nak panggil dia adik, walaupun pemikirannya dah matang. Biasalah, takkan tak boleh nak manja-manja. Tahap jiwang aku taklah sampai nak bermama-papa macam budak sekarang. Itulah rasa seronok duduk jauh-jauh. Kepercayaan penting. Tiada yang palsu-palsu. Ada ditanyakan pada aku, adakah aku serius atau bergurau? Jawapannya tak payah aku ceritakan di sini. Tengok oranglah, kalau dah nama jantan Melayu sejati, memang segalanya tiada halangan. Asal sahaja dunia ini ada aku dan dia. Hahah. Dah-dah, banyak aku mengarut. Taip entri ini pun aku senyum-senyum lagi. Boleh bayangkan betapa gembiranya aku? Hari sebelum-sebelum ini bukanlah tak gembira langsung. Cuma hari ini aku rasakan tiap butir patah perkataannya, lebih bermakna dari sajak-sajak A. Samad Said.
Pendek kata, tak kiralah nak renang lautan api, nak redah kampung gorila, masuk kandang harimau, melompat-lompat dalam kilang bom atom, tak kiralah apapun, memang aku tak kisah. Aku sanggup ke mana sahaja asalkan dengan dia. Hahahaha...
Kejap lagi nak ucap selamat malam pada dia. Dah tentu penat dia menghadap buku, berusaha mati-matian nak kejar impian. Jadi takat ini sahaja dulu. Aku ucapkan selamat pada semua. 73. Cario.
20 comments:
:)
tahniah! hahah.
ucap selamat mlm...bagus tu
ceria selalu romeo..
Smiley? Tahniah? Bagus ucap selamat malam? Ceria? Hahah.. Terima kasih. Terima kasih. Ada kosong lagi tiga, patut tak cari orang untuk kekosongan jawatan? Hahahah.
wah..sweetnya romeo nih!huhu
Sweet? Saya ni memang manis. Tahap kalau buat kopi, tak payah bubuh gula dah. Celup jari je. Hahah..
sukenye..hee...tumpg gembire ea.. :)
Tumpang gembira? Apa kata kita tambah kegembiraan? Hahah..
amboi amboi romeo betol niiii..hehe..tahniah sebakul daripada sayauntuk encik romeo..wawawa..:)
hee..nk tmbh cmne tu? :p
Umi, jangan nak tahniah sangat. Hahahah..
Sesibur, tambahkan kegembiraan dengan jadi bakal bini saya satu lagi. Hahahah.
hahahahaa..tu awk yg bahagia..
Miz sengsara la..
hahahaha :D
good luck...tahniah..
bini 4 pown xkesah. i nak payung mas. rumah banglo 2 biji i sorg je punye. kete porsche cayyene turbo sebijik, hummer dua bijik ngan mini cooper utk g anta ank skola. emas 3 peti besi. then kawen lah 4 pongg i kesah.
payung mas? banglo? kereta? kacang hijau je i setelkan. emas zhulian ada.. rumah banglo mainan pasang2 lego ada. kereta yang control ada.. ok la tu.. yessss... hhahahahah. setia pada yang satu ni..
zhulian.? ape tuh.?? rumah banglo lego u tu nak masuk kucing i pun xmuat yg. nak sumbat lg bini no 2 3 4 u celah mane yg.
itu emas celup.. tak apa, semua masuk dalam poket. hahahah..
try buat.
dengg~ siapakah itu? haha
Post a Comment