Tuesday, 3 April 2012

Kejayaan dan Keseronokan..

Tanggal 24 Mac 2012, menyaksikan satu upacara konvokesyen di Akademi Laut Malaysia, Melaka, khususnya bagi pegawai kadet dari 'batch' DNS 11 dan DME 25. 

Hari yang sama ertinya menandakan bebanan untuk duduk di bawah kesakitan sistem ala-regimental tamat sama sekali. Aku rasa bersyukur dan berterima kasih yang amat-amat kepada Pencipta aku. Seronok kerana aku tak pernah gagal walau satu pun kertas akademik. Segala beban yang ada dalam kelas dah macam terangkat ke langit. Aku salah seorang dari pegawai kadet yang menerima Diploma in Nautical Studies (DNS) atau dalam bahasa ibunda kita, Diploma Pengajian Nautika. Dah bergelar pegawai dek (deck) kelas ketiga. Satu kepuasan selepas harung macam-macam perkara buruk dan baik.

Di atas sebab itulah, blog ini agak lama tak diusik. Urus beberapa perkara. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah terima bunga. Kalau mungkin ada orang bagi bunga telur waktu datang kenduri kahwin, janganlah kira sekali. Jadi bila dapat bunga, rasa seronok dan kekok sikit. Lebih kurang rasa macam waktu berkhatan dulu. Takut, seram, penuh mitos dan tahyul, ada sikit-sikit adegan lawak tak berapa bijak dan ada juga rasa seronok dan bahagia sebab lepas ini akan dinobatkan dewasa (waktu itu tak berapa belajar lagi bab baligh, jadi ingat dah khatan kira besar sangatlah). Aku siap dapat dua hadiah dalam satu pakej lengkap. Seronok betul aku. Semua rakan-rakan aku, kenalan-kenalan tak kira yang baik atau tidak dengan aku, semuanya berpakaian lengkap dan dalam keadaan yang cukup kemas dan segak. Dalam gambar-gambar yang ada, bagi yang pernah mengenali aku, bolehlah cam aku. Bagi yang tidak, pandai-pandailah cari mana yang paling kacak. Hahah..


Tapi, apa yang lebih menarik? Paling menarik ketika itu ialah gadis-gadis yang lawa-lawa datang nak melihat teman kesayangan menaiki pentas. Siap ada yang bawa mak bapa. Ada yang berkebaya, ada berbaju kurung Pahang, ada yang berpakaian ala barat sikit, macam-macamlah. Tengok tetamu pula, kalau jenis Melayu tulen dan sejati, siap datang macam rombongan meminang. Nenek yang ada dalam IJN pun sanggup lari dari hospital sebab nak tengok cucu punya graduation. Hebat kan? Mestilah. Walhal kad jemputan ada satu dan cuma dua orang dibenarkan masuk bagi tiap-tiap kadet. Apapun, aku puji betul kaum hawa ini bila bab melawa. Dengan pipi merah, siap mata ada garis apa entah. Memang cantik sungguh. Cuma, walau tak kira di mana, atau bila masa, mereka masih sensitif dan tahap penganalisaan data di dalam kepala mereka masih tak berubah. Ada kawan aku, temannya merajuk sebab tak boleh masuk sama walaupun dah dari tiga hari sebelum beritahu. 

Biasalah, orang perempuan. Kalau mereka tak buat hal atas dunia ini, rasa sunyi. Bila dia buat perangai pelik-pelik sampai kita rasa nak tampar muka dia, barulah ada rasa seronok hidup ini. Sama macam belajar, kalau markah ujian tak pernah jatuh, apa sangatlah rasa seronok belajar. Kerana perempuan juga, lelaki banyak berusaha kuat. Mana tidaknya, apabila teringin beristeri dua, dah tentu kena lipat gandakan usaha sebanyak dua kali ganda. Kalau tiga, maka jadilah tiga kali ganda. Begitulah sedikit perumpamaannya. Bersempena dengan kebahagiaan ini, aku kongsikan bersama dan aku sentiasa berharap agar kebahagiaan untuk kita semua tidak akan direntap pergi sampai bila-bila.

Maka, di atas dasar itu jugalah aku akan berusaha gigih lagi selepas ini. Nak membina hidup. Nak ada sedikit kesenangan dan keluar dari kesempitan. Nak lipat-lipat gandakan usaha aku supaya lebih seronok, lebih berbahagia, lebih gembira dan boleh ada bini banyak-banyak... Hahah.


18 comments:

uyaitusaya said...

smart weyh.. suci dan murni.. haha.
TAHNIAH! :) ekin x pegi? ;)

Unknown said...

Suci dan murni? Hahah.. Terima kasih. Dia ada datang. Bunga yang nan sejambak itu, dialah yang bagi.

Anonymous said...

congrats then, officer =)

Unknown said...

Thanks..

Myra.KS said...

suka sangat dgn uniform, time skola join navy, semata adore dia punye uniform,haha

1 perkara, tak tinggal juga bab perempuan kan. hahah! kelakar.

Unknown said...

Eh.. Ikut kadet navy waktu sekolah? Bagus. Tapi uniform putih leceh sikit nak dijaga. Bab perempuan, payah nak tinggal. Kan orang perempuan semuanya 'baik, mulia dan terpuji'. Hahahah.

emarieys said...

terima kasih dtg ke blog ema..salam kenalan..dan tahniah

Cik Puan Muda Umi said...

wah..smart2 semuanya..:D

suzie rahman said...

wah taniah erk...best3..neway ada mlm dinner x?

Unknown said...

Terima kasih cik suzie. Kami ada pre-convo dinner pada dua malam sebelum convocation day. Semua turun. CEO pun ada. Memang best!

Telor Power said...

tahniah...owh jadi kelasi eh. bagus2....

lets around the world

AzelahSaupi said...

komen3

izz iizza said...

waa alam akademik..teringin nak masukkan anak kat situ..:)

tapi lambat lagi ler...anak pun budak lagi..:)

izz iizza said...

tahniah..

Unknown said...

izz iizza: Terima kasih. Nak masukkan anak? Elok sangat. Tapi nanti jarang-jaranglah dapat tengok muka anak. ^_^

@fienal said...

Salam.
Kalau prmpuan boleh tak masuk bidang ni? Ranaco ada bt permohonan diploma utk lepasan pt3. Saya ingat nak join skali 😃😃

Unknown said...

Salam.klw x ambil aluran sains boleh ke masuk alam ni

yanmaneee said...

fitflops sale clearance
nike air max
balenciaga
air jordan
nmd
michael kors handbags
golden gooses
louboutin shoes
moncler jacket
nfl store